Saturday 2 February 2019

[Video Jika sokongan Melayu MEROSOT SALAH SIAPA?] Hancusss & hangusss la duit derma? Hadi tarik saman ke atas Clare saat perbicaraan kan mula! Selesai luar mahkamah: Adakah PAS akui artikel Sarawak Report, soal MP.

Ahad, 3 Februari 2019
Image may contain: 1 person, eyeglasses, beard and text
Hadi tarik saman ke atas Clare saat perbicaraan kan mula... 
「Foto tabung derma saman sarawak report」的圖片搜尋結果
Pengurusan Masjid Rusila tidak ketinggalan mengumpul sumbangan orang ramai bagi membantu Pas mengisi Tabung Sumbangan Dana Guaman Saman Sarawak Report

Selesai luar mahkamah: Adakah PAS akui artikel Sarawak Report, soal MP

Anggota Parlimen Kepong Lim Lip Eng mempersoalkan sama ada tindakan PAS tidak meneruskan saman terhadap Sarawak Report menunjukkan dakwaan laman itu - bahawa ada pemimpinnya menerima dana RM90 juta sebagai usaha menarik sokongan parti itu menyokong BN dan Umno - sememangnya benar.
Apatah lagi penarikan balik rencana Sarawak Report yang mencetuskan saman itu tidak termasuk dalam penyelesaian luar mahkamah kedua-dua pihak, katanya.
"Selepas menghabiskan lebih RM2.5 juta untuk bayaran guaman dan tarikh mahkamah ditetapkan April ini, hanya tiga bulan lagi, tidak masuk akal untuk Presiden PAS Abdul Hadi Awang putus asa dengan begitu mudah.
"Terutama dakwaan partinya menerima RM90 juta daripada bekas perdana menteri Najib Razak yang memang mengejutkan," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Terdahulu, Setiausaha Politik kepada presiden PAS, Syahir Sulaiman yang memaklumkan perkembangan saman fitnah itu berkata, antara penyelesaian luar mahkamah yang dibuat adalah Hadi menarik balik tuntutan terhadap editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown.
Clare pula sebagai defendan menarik balik tuntutan balas terhadap Abdul Hadi.
Semalam Clare memberitahu Malaysiakini bahawa dengan penyelesaian luar mahkamah itu, rencana yang menjadi pertikaian dalam kes saman itu tidak akan ditarik balik.
Lim berkata perkembangan itu membangkitkan persoalan - apakah dakwaan artikel itu memang benar.
"Adakah Hadi dan pemimpin PAS lain berani memberi jawapan ringkas 'ya' atau 'tidak' berkenaan dakwaan itu?.
"Rakyat, pengundi di Kelantan dan Terengganu, anggota PAS, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu tahu (berhubung persoalan itu)," katanya.
Selain itu, Lim yang juga setiausaha DAP Wilayah Persekutuan membangkitkan rayuan beberapa pemimpin PAS bulan lalu untuk sumbangan orang ramai bagi membiayai kos guaman saman itu.
"Adakah Hadi akan menyumbangkan wang itu, jika masih berbaki, kepada mereka yang memerlukan di dua negeri yang ditadbirnya, Kelantan dan Terengganu? Dari segi moral, tidak betul untuk parti itu menyimpan wang itu untuk mereka sendiri," katanya lagi.
Malaysiakini.

1 comments:

Unknown said...

Akhirnya. ..parti penjual agama...lah. .perosak pecahnya melayu...

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena