Sunday, 8 December 2013

Alhamdulillah, EMPANGAN SUNGAI LEMBING semakin surut (3.40pm) & Lintah masuk kemaluan 2 kanak-kanak ...

Isnin, 9 Disember 2013

update jam 3.40 pm
Air di empangan sg lembing sudah mula surut.
Walaupun air empangan sungai lembing sudah mula menurun namun itu tidak bermakna kita boleh alpa. Harap semua yang berdekatan terus berwaspada.
Posted by 

Banjir: lintah masuk kemaluan kanak-kanak

KOTA BHARU - Keasyikan dua-dua kanak bermain dalam banjir bertukar mimpi ngeri apabila kemaluan mereka dimasuki lintah.

Dalam kejadian pertama, mangsa, Yusrina Yusri, 5, dari Kampung Bendang Pak Yong, Tumpat, mengalami pendarahan teruk apabila lintah tersebut memasuki dubur setelah mandi lebih satu jam bersama adiknya, Yusri Aiman Yusri, 3.

Ibu mangsa, Siti Khatijah Ibrahim, 27, berkata, ketika kejadian, dia sempat melihat beberapa lintah berada berdekatan anaknya ketika Yusrina bermain air berhampiran rumahnya yang dekat dengan sawah dan kuala.

“Yusrina datang kepada saya dalam keadaan menangis sambil menunjukkan objek hitam yang melekat pada duburnya.

“Saya terkejut dan cuba menarik lintah tersebut ketika ia masuk separuh ke dalam dubur, namun usaha itu tidak berjaya kerana ia licin dan melekat,” katanya ketika ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), di sini, hari ini.

Hadir melawat mangsa, Pengarah HRPZII, Datuk Dr Ghazali Hassan Md Hassan.

Dalam pada itu, seorang lagi kanak-kanak berusia 2 tahun, Muhammad Luqman Haziq Kamal dari Kampung Bagus, Rantau Panjang, turut menjadi mangsa lintah apabila ia masuk ke dalam alat sulitnya.

Ibunya, Siti Mazura Che Kob, 31, berkata, kejadian itu berlaku pada Sabtu ketika  banjir berada pada paras lebih 1.22 meter.

“Ketika kejadian, anak bongsu saya mandi menggunakan pelampung, bermain banjir di kawasan rumah nenek bersama abang dan sepupunya.

“Tiba-tiba sahaja dia menjerit ketakutan dan menangis, lalu suami saya mendapatkannya. Suami segera mengangkat Luqman di kawasan cetek dan dapat membuang lintah tersebut,” katanya.

Akibat mengalami pendarahan tanpa henti, Siti Mazura berkata, anak lelaki daripada tiga beradik itu  terpaksa dibawa ke Hospital Lati, Pasir Mas, sebelum dirujuk ke HRPZII.’

“Badannya lesu dan dia hanya menangis kerana mengalami pendarahan yang banyak sehingga terpaksa menggunakan lima helai lampin dalam tempoh lima jam selepas kejadian bermula jam 10 pagi,” katanya.

Sementara itu, Dr Ghazali Hasni menasihatkan orang ramai supaya mengelak bermain banjir berikutan bukan sahaja terdapat lintah, malah juga boleh mengancam nyawa terutama kanak-kanak.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena