Tuesday 3 December 2013

Pemaju Bandar Saujana Sdn Bhd: Projek di Lembah Bujang lulus bawah BN

Selasa, 3 Disember 2013
Projek pembangunan berkenaan berada bawah 

pemantauan Jabatan Warisan Negara dan bukannya 

bawah pemantauan kerajaan negeri.

Pemaju untuk projek perumahan di kawasan tapak tinggalan candi purba di Lembah Bujang dilaporkan mengakui merobohkan candi tersebut.
bujang valley 011213
Jurucakap syarikat pemaju di kawasan tapak tinggal candi Lembah Bujang berkata projek tersebut diluluskan oleh Majlis Daerah Sungai Petani dan Exco antara 1994 dan 1995.

Pemaju berkenaan, Bandar Saujana Sdn Bhd, dalam laporan The Star menjelaskan, pelan bagi projek pembangunan bercampur dikemukakan oleh pemaju terdahulu dan diluluskan pada tahun berkenaan.
Jurucakap syarikat tersebut, Saw Guan Keat berkata tanah tersebut dibeli dari satu lagi pemaju pada Februari tahun ini dan kerja-kerja meratakan tanah di kawasan tersebut dimulakan pada September.

bujang valley 011213
Saw juga mengakui bahawa mereka telah memusnahkan tinggalan candi itu.
Sementara itu, bekas exco hal ehwal kesenian dan warisan Kedah Datuk Dr Hamdan Khalid berkata kerajaan pimpinan PAS hanya menyokong kelulusan pengambilalihan tanah di kawasan tapak bersejarah tersebut.
"Kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah di bawah (pimpinan) arwah Tan Sri ustaz (Azizan Abdul Razak) sebagai MB sangat-sangat menyokong apa saja projek kerajaan pusat di ketika itu.

lembah bujang ancient port 030209

Bekas ADUN Tanjung Dawai itu berkata demikian apabila ditanya mengenai penglibatan kerajaan PAS Kedah dalam meluluskan projek pembangunan kontroversi di kawasan tinggalan candi purba itu.

Tambahnya, projek pembangunan berkenaan berada bawah pemantauan Jabatan Warisan Negara dan bukannya bawah pemantauan kerajaan negeri.

"Projek semua di bawah Jabatan Warisan Negara. Negeri tidak terlibat (dalam pemantauan projek)," katanya
Posted by Kedah Lanie 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena