Sunday 7 December 2014

'Rega' Minyak Jatuh! Menteri Umno gesa bantu k'jaan BN! Masa minyak naik mereka bebankan rakyat...

Ahad, 7 Disember 2014
Harga minyak jatuh, menteri Umno gesa bantu k'jaan BN..masa minyak naik mereka bebankan rakyat..!

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah menggesa semua pihak agar bersama-sama membantu kerajaan meningkatkan ekonomi negara berikutan kejatuhan harga minyak. 

Beliau berkata antara langkah yang boleh dilaksanakan adalah dengan menurunkan harga barangan kerana kos pengeluaran akan menjadi lebih rendah berikutan penurunan harga minyak. 

"Kerajaan, pihak swasta, pertubuhan bukan kerajaan dan pekerja, marilah kita bekerjasama. "Kita kata, kita naikkan harga (barangan) sebab kos minyak tinggi, sekarang harga minyak dah rendah marilah kita menyumbang kepada ekonomi, kenapa tidak kita bekerjasama, kita kurangkan harga (barangan)," katanya. 

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Kelulusan Kerja-kerja Menaik Taraf Lampu Isyarat di Persimpangan Kampung Baru, Kuala Kuang di Ipoph hari ini, beliau berkata apabila harga barangan dikurangkan, kuasa membeli akan meningkat dan ia akan menyumbang secara positif kepada ekonomi negara. 

Dalam perkembangan lain, Ahmad Husni berkata bilangan negara yang melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) meningkat kepada 169 berbanding 160 negara tahun lepas. Katanya sembilan negara turut melaksanakan sistem itu sejak setahun lepas. Kerajaan akan melaksanakan CBP pada kadar enam peratus mulai 1 April tahun depan. - Bernama 

ulasan: Tanpa Nama7 Disember 2014 7:24 PTG Harga Minyak mentah dunia turun sebanyak 30%... malangnya penurunan harga minyak ron95 sbyk 3 sen.... sepatutnya harga minyak turun kepada RM1.90 .... barulah harga barangan lain boleh diturunkan. Kerajaan perlu lebih kreatif meningkatkan pendapatan bukannya dgn cara membebankan rakyat..... sepanjang pentadbiran 4 PM sblm ni tidak pernah timbul isu subsidi kpd rakyat... ini disebabkan memang t/jwb kerajaan menyediakan kemudahan kpd rakyat dan kurangkan pembaziran dan berbelanja secara berhemah... jangan boros dan membazirkan duit rakyat... membuat pinjaman yg melampau menyebabkan rakyat menanggung hutang tsbt....

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena