Sunday 12 July 2015

Dah menggelabah dah! "DAP bukan musuh tegar", kata Muslimat PAS S'ngor...'Aikk, kan dah putus kasih sayang'?

Isnin, 13 Januari 2015

Jalinkan Hubungan Tidak Rasmi, DAP Bukan Musuh Tegar. -Muslimat PAS S'ngor:

Kerjasama tidak rasmi PAS dan DAP seperti sebelum 2008 perlu dijalinkan, kata Ketua Muslimat PAS Selangor Wan Hasrina Wan Hassan. 

KL: Meskipun tahaluf siyasi antara PAS dan DAP kini terbatal,  Dewan Muslimat PAS Selangor menggesa kerjasama yang tidak rasmi seperti sebelum 2008 dijalinkan, memandangkan parti sekular itu bukannya "musuh tegar" parti Islam itu.

Ketuanya Wan Hasrina Wan Hassan berkata kerjasama antara mereka masih boleh dijalinkan dan ia sudah pasti akan melibatkan kebaikan bersama demi kepentingan rakyat dan negara.

Katanya, ini berdasarkan kepada mereka "memahami perbezaan pandangan dan sikap antara parti membolehkan mereka menjaga keharmonian politik dan kestabilan negara daripada ancaman musuh dan kuasa asing".

Hasrina juga mengharapkan tahaluf siasi antara PAS dan PKR, satu lagi rakan dalam Pakatan Rakyat (PR), dapat diperkemas memandangkan PRU ke-14 sudah semakin hampir.

Katanya, beliau berharap, kerajaan negeri Selangor di bawah Menteri Besar Mohamed Azmin Ali boleh menggunakan formula terbaik agar susunan sedia ada dapat dipertahankan demi mandat yang diberikan rakyat Selangor.


Sikap Wan Hasrina ini dilihat terkedepan dan selari dengan Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad yang terdahulu hari ini berkata, pihaknya akan menunggu keputusan PAS Pusat selepas Majlis Syura Ulama membuat keputusan hubungan PAS dan DAP putus.

Sementara itu, di Perak, PAS kemungkinan akan bertanding semua 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu selepas ia memutuskan secara rasmi hubungan dengan DAP. Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria dalam satu postingnya di Facebook menulis: "Mungkin PAS Perak akan bertanding 59 kerusi DUN dalam PRU14. Meneruskan perjuangan Nabi."

Razman memuat naik status itu selepas Majlis Syura Ulama PAS mengeluarkan keputusan hubungan tahaluf siasi PAS dan DAP diputuskan secara rasmi. (IH)

1 comments:

Unknown said...

Pasti tempat Wan Hasrina adalah didalam neraka kerana melanggari perintah Majlis Syurga Ulama pas..

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena