Monday 13 July 2015

[Video] Perusuh serang kereta, lelaki di Jalan Imbi & dekat Low Yat malam tadi...beberapa cedera

Isnin, 13 Julai 2015

Perusuh serang kereta, lelaki di Jalan Imbi
  • Published on 13 July 2015 12:24
  •  
  • 301 views
Selepas bersurai di Plaza Low Yat di Kuala Lumpur, kira-kira 200 orang yang dipercayai sebuah NGO tidak bersurai tetapi mula berkumpul di Jalan Imbi.

Mereka mula merusuh dan didakwa menyerang kenderaan secara rambang dan bertindak memukul dan menyepak seorang pemandu kenderaan yang tidak pasti sama ada berkaitan dengan apa yang berlaku dengan kejadian di Low Yat itu.

Kekasaran perusuh dekat Low Yat, beberapa cedera


Beberapa wartawan dan seorang pekerja bar dilapor cedera selepas satu perhimpunan berhampiran Plaza Low Yat di ibu negara bertukar menjadi kekasaran.

Sehingga jam 1.00 pagi ini, pihak polis telah membuat beberapa tangkapan dan kumpulan perusuh bergerak ke arah yang berbeza.

Kumpulan itu - yang mendakwa bahawa mereka mewakili NGO Melayu - mula berhimpun di depan Plaza Low Yat petang semalam sebagai tindak balas kepada pergaduhan kelmarin di pusat membeli-belah popular dengan barangan elektronik itu.

Pada petang Sabtu, dilaporkan pergaduhan tercetus di tingkat bawah Plaza Low Yat selepas tujuh belia menyerang pekerja pusat perniagaan itu.

Manakala pekerja pusat membeli-belah lain dilapor membalas dengan memukul kumpulan belia itu.

Video insiden itu tersebar dengan begitu cepat sekali di internet, tetapi perbahasan mengenainya bertukar menjadi buruk dan mengikut garis perkauman.

Hal ini walaupun pada hakikatnya polis mengklasifikasikan kejadian itu sebagai rusuhan yang berpunca daripada kes dakwaan kecurian.

Kira-kira 200 orang berkumpul di hadapan pusat membeli-belah itu kira-kira jam  7 malam pada Ahad atas alasan bahawa mereka menuntut keadilan bagi tujuh individu terbabit.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena