Wednesday 23 December 2015

Hanya mulut busuk tuduh DAP taja AMANAH..."Belajar agama bukan main tinggi tapi menfitnah tak ingat dunia."

Khamis, 24 Disember 2015

Hanya mulut busuk tuduh DAP taja AMANAH

 | December 23, 2015
Tertubuhnya AMANAH adalah hasil usaha ahli jawatankuasa menganjurkan program mengumpul dana
aisha-dap
PETALING JAYA: Parti Amanah Negrara (AMANAH) nafi kononnya parti itu ditaja DAP.
Penafian itu dibuat Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Parlimen Batu, Wan Aishah Ariffin yang menyifatkan dakwaan itu fitnah yang dibuat pihak yang cemburu apabila parti serpihan Pas itu mula diterima rakyat.
“Lama juga saya mendiamkan diri tidak mahu layan tuduhan-tuduhan, fitnah-fitnah mengenai parti AMANAH. Mulut-mulut busuk yang menuduh tanpa fakta dan bukti kononnya (AMANAH) dibiayai oleh DAP.
“Tanpa bukti tuduh je, belajar agama bukan main tinggi tapi menfitnah tak ingat dunia. Selalunya ikut pengalaman saya, orang gila selalunya tuduh orang lain yang gila,” tulisnya di Facebook.
Malah bekas penyanyi yang pernah menyertai Pas itu berkata, tertubuhnya AMANAH adalah hasil usaha ahli jawatankuasa yang giat menganjurkan pelbagai program mengumpul dana, selain menggunakan wang peribadi.
Mengulas lanjut, Aisyah turut menepis dakwaan kononnya dia akan meninggalkan AMANAH, setelah beberapa bulan menyertai parti itu.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena