Sunday 20 December 2015

[Video] Kerjasama Pas-Umno? Mereka BERDRAMA lagi! Akar umbi Pas tidak selesa dengan perkembangan terbaru ini.

Isnin, 21 Disember 2015


Kerjasama Pas-Umno: Apakah maksud drama ini?
Ramai ahli Pas di peringkat akar umbi tidak selesa dengan perkembangan terbaru itu.


KUALA LUMPUR:  
Adakah majoriti ahli PAS dan Umno di peringkat akar umbi setuju dengan ‘hubungan’ pemimpin parti mereka yang dilihat kian erat? 

Bekas Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, walaupun hubungan Pas dan Umno kelihatan kian mesra, masih banyak isu antara dua parti terbesar Melayu itu yang belum selesai sehingga kini. 

“Ada banyak dimensi dalam isu ini, misalnya undang-undang hudud. 

“Saya tahu ahli Pas di peringkat akar umbi tidak selesa dengan perkara ini (kerjasama Umno-PAS),” katanya kepada Free Malaysia Today. 

Namun, beliau yang kini menjadi Pengarah Strategi Parti Amanah Negara (Amanah) enggan mengulas lanjut dan mahu melihat tindakan pemimpin kedua-dua parti yang seterusnya. 

“Sementara saya tahu akan potensi pergolakan dalam Pas dan juga Umno, saya enggan mengulas panjang dan ingin melihat tindakan (pemimpin kedua-dua parti) yang seterusnya. 

“Ke manakah mereka ingin bawa, serta apakah maksud ‘drama’ ini,” katanya lagi.

 Kerjasama PAS dan Umno kembali hangat diperkatakan selepas ‘berkuburnya’ Pakatan Rakyat Jun lalu. 

Malah Presiden kedua-dua parti, Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkongsi pentas dalam satu program di sini tiga hari lalu. 

Najib secara terbuka menjemput Pas mengadakan kerjasama dengan UMNO demi perpaduan Melayu dan Islam. 

Posted by Mohd Sulaiman (Wak Labu)

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena