Sunday 20 December 2015

Gempar! Jika ada bom meletup di KL ..."Ia mungkin sudah “terlewat”.

Isnin, 21 Disember 2015
Gambar Ihsan malaysiagazette.com 9 Okt 2014.

Seorang anggota skuad bom dan beberapa anggota forensik Polis Diraja Malaysia melakukan siasatan berhampiran sebuah premis di Bukit Bintang, Kuala Lumpur yang rosak apabila sebutir bom dilemparkan ke arah premis itu pada awal pagi ini (9 Okt. 2014). Foto: Fareez Fadzil. 9 Okt. 2014.
Image result for Bom meletup di KL hari ini
Pengkritik rang undang-undang Majlis Keselamatan Negara mungkin akan berubah fikiran jika ada bom meletup di Kuala Lumpur, kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 Disember, 2015.

Gempar! Jika ada bom meletup di KL ...

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan hari ini berkata, pengkritik rang undang-undang (RUU) Majlis Keselamatan Negara mungkin akan berubah fikiran jika ada bom meletup di Kuala Lumpur.

Dalam Twitternya hari ini, Rahman berkata jika sesuatu kejadian seumpama itu berlaku, ia mungkin sudah “terlewat”.

“Jika ada bom meletup di KL maka mungkin anda akan lihat ia daripada pandangan berbeza. Tetapi malangnya ia akan sudah terlewat,” kata menteri perumahan, kerajaan tempatan dan kesejahteraan bandar itu di akaun Twitter @mpkotabelud.

Ahli Parlimen Kota Belud itu berkata, demikian sebagai respons terhadap tweet yang mengkritik rang undang-undang berkenaan yang diluluskan di Dewan Rakyat, pada waktu hampir tengah malam, 3 Disember, hari terakhir persidangan bagi tahun ini.

Rang undang-undang yang mengejutkan itu dibentangkan hanya 2 hari sebelum itu.

Rang undang-undang Majlis Keselamatan Negara memberikan kuasa kepada perdana menteri mengisytiharkan “kawasan keselamatan” tanpa perlu perkenan Yang di-Peruan Agong, yang akan membenarkan pihak berkuasa menahan sesiapa tanpa waran di kawasan berkenaan.

Penggeledahan dan rampasan harta juga boleh dilakukan tanpa waran.

Tindakan majlis itu juga tidak boleh dicabar di mahkamah.

Perdana menteri ialah pengerusi majlis berkenaan, yang turut terdiri daripada menteri dalam negeri, menteri pertahanan, timbalan perdana menteri dan 4 lagi anggota kerajaan peringkat tinggi, termasuk angkatan tentera dan ketua polis.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, majlis itu memberikan kuasa kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk “jual negara”.

Rang undang-undang Majlis Keselamatan Negara menerima pelbagai kritikan kerana memberi hampir “kusa mutlak” kepada Najib, dan gabungan pembangkang Pakatan Harapan menggelarnya sebagai “hukuman mati terhadap demokrasi”. – 7 Disember, 2015.


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena