Wednesday 30 December 2015

WOWW! Lagi laporan bumi Pahang datang "haid"? Berani tak paper2 & media massa pro UMNO/BN mainkan isu ni...

Khamis, 31 Disember 2015

Muara Sungai Balok menjadi kemerahan selepas hujan lebat selama dua hari dipercayai akibat perlombongan Bauksit ketika tinjauan pada 29 Disember, 2015. — Foto Bernama
Muara Sungai Balok menjadi kemerahan selepas hujan lebat selama dua hari dipercayai akibat perlombongan Bauksit ketika tinjauan pada 29 Disember, 2015. — Foto Bernama 

Sampling JAS 30/12


WOWW !!!.. Lagi laporan bumi Pahang datang "haid".

Berani tak paper2 & media massa pro UMNO/BN mainkan isu ni berkali-kali kat tv & surat khabar !!!

Korang semua sendiri tau & kenapa...


#PencemaranBauksit


The sediments from the mud sludge alone will cause serious long term adverse impact on our ecosystem.
So, DOE stop your wayang. You should be brought to court by the rakyat for failing in your judicial duties!




Laa...ingatkan Laut Merah kat Negara Arab....
Rupanya di NegaraKu ini yg Pak Menterinya tak boleh nk harap..
Pantai Batu Hitam..kini dah Merah Air Lautnya....

Mne pegi jbtan alam sekitar dan pihak2 yg brtggungjwab ni? Xbrani atau alasan diluar bidang kuasa? Atau trpksa brdiam diri sbb kes berprofile tggi cmni xbole disettlekan....mane tv3 dan 999 yg hebat mndapatkan berita dan cerita tentang kesalahan jenayah...adakah ini juga bukan di dalam bidang kuasa mereka....abistu spe yg boleh brtggungjwb ?


Wakil rakyat PKR isytihar ‘perang’, dedah info pencemaran bauksit

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK

Sampling kami smlm 29/12
KUALA LUMPUR, 30 Dis — Ahli parlimen Kuantan, yang pernah lantang dalam isu kilang Lynas beberapa tahun lalu, akan melancarkan “perang” berhubung pencemaran bauksit di Kuantan.
Fuziah Salleh memberitahu ProjekMMO hari ini beliau mempunyai maklumat penting untuk didedahkan dalam satu sidang media yang dijadual diadakan esok di Kuantan.
“Esok kita akan beri kata dua kepada menteri besar, mengumumkan moratorium [hentikan sementara] atau letak jawatan sebelum 12 tengah malam,” katanya.
“Kami ada maklumat lebih besar daripada sampel air itu. Saya akan dedahkan esok 11 pagi.
“Saya baru dapat maklumat dan bukti, kalau beliau tidak berbuat apa-apa, beliau gagal. Saya dedahkan esok.
“Esok kita memang hendak ‘perang’ sebab sudah terlalu teruk [pencemaran]. Menteri besar berjanji [selesai] sebelum hujung tahun.”
Fuziah juga berkata pihaknya sudah mengambil sampel air yang tercemar dengan bauksit. 
“Kami ambil sampel sendiri. Semalam, kami guna pakar. Kami ada pakar air, mereka yang memberi nasihat,” katanya.
Beliau minta mengulas foto-foto sepasukan pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang mengambil sampel air Sungai Balok dekat Kuantan seperti dimuatkan oleh beliau di Facebook hari ini.
Menurut pengumuman di akaun Facebook miliknya, ahli parlimen itu akan mengadakan sidang media esok di pejabat pentadbiran negeri Wisma Pahang.
Bukan sahaja sungai tersebut bertukar merah akibat pencemaran keladak bauksit tetapi pantai-pantai berdekatan muara sungai itu juga turut tercemar.
Air di Pantai Batu Hitam, kira-kira 7km dari selatan muara tersebut, dilaporkan bertukar warna merah. Pantai ini terletak lebih kurang 4km di selatan Pantai Balok yang menjadi tumpuan pelancong.
Seorang pengguna Facebook memuatkan beberapa keping foto kesan pencemaran bauksit di pantai tersebut semalam.
“Pantai Batu Hitam sudah tidak hitam tetapi merah,” kata Ieda Ismail di laman Facebook kumpulan perbincangan Gerakan Hentikan Pencemaran Bauksit.
Agensi berita Bernama semalam memuatkan foto-foto pencemaran bauksit di sungai tersebut sehingga membimbangkan seorang pengusaha bot.
Ibrahim Muhammad, 45, berkata beliau menyedari air sungai itu mula berwarna merah pada pagi semalam semasa hendak memulakan kerja membaiki bot.
“Biasanya air sungai ini berwarna kuning, bukan merah seperti ini. Di atas kawasan berbukit di sana ada berlaku aktiviti (galian) bauksit. Mungkin air hujan bercampur bauksit menyebabkan sungai bertukar warna.
“Air sungai merah juga menyebabkan bahagian bawah bot yang berwarna putih diletakkan di sungai menjadi merah,” beliau dipetik berkata.
Tinjauan agensi berita itu juga mendapati air di beberapa kawasan pantai termasuk Pantai Batu Hitam turut berwarna kemerah-merahan, seperti “bercampur” air lumpur.
Aktiviti perlombongan bauksit juga dilaporkan menyebabkan penduduk berhampiran tidak senang duduk semasa hujan lebat kerana bimbang berlaku runtuhan tanah bauksit atau banjir disebabkan longkang dipenuhi tanah.
- See more at: http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/wakil-rakyat-pkr-isytihar-perang-dedah-info-pencemaran-bauksit#sthash.a5fEoaJY.dpuf

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena