Tuesday 29 December 2015

Apa dah jadi? Dividen & Bonus ASB semakin lama semakin sikit neh!

Rabu, 30 Disember 2015
Semalam.. ASN dah jatuh
Harini.. ASB plok jatuh

Esok, lusa dan seterusnya apa lagi yang nak jatuh !!!

Bukankah sebelum ini KERAjaan UMNO/BN kata ekonomi negara semakin kukuh, nilai ringgit semakin pulih, saham-saham di Bursa Malaysia makin meningkat tiba-tiba dividen #ASN & #ASB terus jatuh... KENAPA ??

APA SUDAH JADI !!!

Sama-samalah kita tunggu penangan tahun 2016 nanti..


Plok dah... bukankah sebelum ini KERAjaan UMNO/BN kata ekonomi negara semakin kukuh, nilai ringgit semakin pulih, saham-saham di Bursa Malaysia makin meningkat tiba-tiba dividen ASN terus jatuh... KENAPA ??

APA SUDAH JADI !!!

Sama-samalah kita tunggu penangan tahun 2016 nanti..

Kenapa Dividen Dan Bonus ASB Semakin Lama Semakin Sikit Ni?


PNB hari ini mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 7.25 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2015.

Menurut Bernama agihan berkenaan rendah sedikit berbanding 7.5 sen seunit yang diumumkan bagi ASB tahun lepas.

Rendah sedikit dari tahun lepas katanya, tapi kalau kita bandingkan antara dividen dan bonus yang dibayar PNB diawal ASB diwujudkan..rendah banyak sebenarnya..

Dividen pada tahun 1990 ialah 8.00 sen seunit dan bonusnya pula adalah 6.00 sen seunit, sepuluh tahun kemudian iaitu tahun 2000 dividennya ialah 9.75 sen seunit manakala bonusnya pula ialah 2.00 sen seunit..

Tahun 2010 pula ialah 7.50 sen seunit dividen dan 1.25 sen seunit bagi bonus.. dan tahun tahun 2015 dividen 7.25 sen seunit bonus 0.50 sen seunit.

Kenapa semakin lama semakin sikit ni??

Baca laporan ni..

Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB) hari ini mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 7.25 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2015.

Agihan berkenaan rendah sedikit berbanding 7.5 sen seunit yang diumumkan bagi ASB tahun lepas.

Pengerusi PNB Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata agihan pendapatan itu akan melibatkan pembayaran sejumlah RM10.41 bilion, peningkatan sebanyak 4.3 peratus berbanding RM9.98 bilion yang dibayar tahun lepas.

Bagi bonus, beliau berkata ia melibatkan jumlah pembayaran sebanyak RM451.73 juta.

"Pembayaran berkenaan akan memberi manfaat 8.87 juta pemegang unit yang kini memiliki sejumlah 142.54 bilion unit ASB," katanya pada sidang media selepas mengumumkan agihan dividen berkenaan di sini.

Ahmad Sarji berkata setakat 23 Dis, 2015, ASB mencatatkan pendapatan kasar sebanyak RM10.06 bilion ~ Bernama

Berikut adalah pengagihan dividen dan bonus ASB dari tahun 1990 - 2015:



Apa dah jadi?

Posted by Anak Sungai Derhaka

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena