Sunday 20 December 2015

[Video] Aisey, 'loyar buruk'? Tak kan kut! PAS nafi laporan sedia maafkan Umno..."Akhirnya akhbar jugak yang dikatakan salah lapor".

Isnin, 21 Disember 2015

Video Pas Sedia Maaf, Lupakan Kesalahan Umno



PAS nafi laporan sedia maafkan Umno

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan hari ini menafikan parti Islam itu bersedia memaafkan dan melupakan kesilapan lalu Umno, seperti dilaporkan media semalam. 
 Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan hari ini menafikan parti Islam itu bersedia memaafkan dan melupakan kesilapan lalu Umno, seperti dilaporkan media semalam. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Disember, 2015.
Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan hari ini menafikan parti Islam itu bersedia memaafkan dan melupakan kesilapan lalu Umno, seperti dilaporkan media semalam. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Disember, 2015. 


Takiyuddin berkata, beliau tidak “mendengar atau atau menjawab” soalan berbunyi atau membawa maksud “adakah PAS memaafkan Umno…” pada 1 sidang media selepas menghadiri program Perkasa di Kuala Lumpur semalam.
Ahli Parlimen Kota Baru itu menyalahkan portal The Malaysian Insider dan mengatakan kenyataannya diputar belit.
"Sepanjang ditemu bual, saya tidak pernah mendengar atau menjawab soalan berbunyi atau membawa maksud ‘adakah PAS memaafkan Umno…’
"Oleh sebab itu, saya menganggap soalan seumpama itu tidak ada. Justeru, apa-apa ‘jawapan’ kepadanya juga tidak ada, atau datang daripada saya atau apa-apa yang dimaksudkan oleh saya,” katanya dalam 1 kenyataan awal pagi ini.
Menurut Takiyuddin, sidang akhbar diadakan di sebuah dewan dalam suasana bising selepas beliau menghadiri majlis perasmian Perhimpunan Agung Tahunan Perkasa semalam.
Katanya, kenyataan sikap terbuka dan murah hati PAS terhadap orang lain apabila mereka memeluk parti dan perjuangan untuk menegakkan Islam, dan ia bukan bermakna “PAS mahu menyertai Umno”.
"Apabila ditanya kepada saya apakah langkah yang diambil oleh PAS terhadap isu yang dibangkitkan, iaitu kononnya ‘PAS akan bekerjasama dengan Umno’, saya menyatakan bahawa PAS akan memberikan penerangan ahli PAS tentang kekeliruan, salah faham yang timbul dan juga menangkis tohmahan terhadap PAS dalam isu ini.
"Ia bukan bermaksud PAS akan memberi penjelasan seolah-olah ‘kerjasama dengan Umno akan dilaksanakan,’”katanya.
Selain The Malaysian Insider, portal berita lain seperti Sinar Harian OnlineThe Malay Mail OnlineMalaysiakini dan Mstar Online turut melaporkan perkara sama.
Berikut adalah transkrip sidang media Takiyuddin di Kuala Lumpur semalam:
Pemberita: Salam perpaduan antara Umno dengan PAS, pemimpin PAS pun beri 1 reaksi positif?
Takiyuddin: Sebagaimana kita semua maklum ucapan diberikan presiden, cuma yang penting kepada kita, perpaduan yang diperjuangkan  PAS selama ini adalah perpaduan dan “unity” berasaskan syariat.
Sebab itu sebagaimana kenyataan presiden PAS, sepanjang masa PAS berjuang atas dasar ini, sampai masanya ada pihak lain yang juga berjuang atau mengambil prinsip yang sama dengan PAS, maka PAS bersikap terbuka bersama-sama menjayakan agenda besar ini. 
Atas kata kunci perpaduan atau perjuangan berasaskan syariat itu kita bersama-sama mana-mana pihak, sama ada orang Islam atau bukan Islam. Itu kenyataan presiden kita. Jelas. 
Pemberita: So maknanya PAS bersedia “forgive and forget”?
Takiyuddin: Itu antara ciri yang ada dalam perjuangan kita. 
Perkara ini bukan perkara baharu. Di dalam perjuangan PAS sendiri. Ramai pemimpin parti lain. Parti Umno sendiri. 
Yang masuk dalam PAS mereka ada kedudukan yang begitu baik. Diterima dengan hati terbuka PAS. Itu di kalangan ahli. Sekarang ini datang parti pula kita akan “apply” perkara yang sama. 
Pemberita: Apakah selepas ini PAS dan Umno akan lebih kerap bertemu dalam majlis lain?
Takiyuddin: Itu bergantung perancangan kedua-dua pihak. Kita sekarang dalam proses untuk kita berikan penjelasan yang menyeluruh kepada ahli kita tentang hasrat dan perkara ini. 
Pemberita: Penerimaan ahli bagaimana?
Takiyuddin: Penerimaan saudara boleh melihat sekarang ini. Perkara yang baru memang ada tahap masing-masing. 
Tapi pokoknya dalam kepimpinan PAS, apa yang dibawa presiden PAS ini adalah satu yang bersikap kolektif atas nama parti. Itu adalah “collective decision” daripada parti. – 21 Disember, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pas-nafi-laporan-sedia-maafkan-umno#sthash.UVVAlMJp.dpuf

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena