Thursday 31 December 2015

SELAMAT DATANG TAHUN BARU 2016...Tanah 1MDB dah dijual kepada sebuah syarikat mega dari China.

Khamis, 31 Disember 2015


SELAMAT DATANG TAHUN BARU 2016.

Muga tahun 2016 nanti akan bertambah para DERMAWAN SELURUH DUNIA TERMASUK DARI PLANET PLUTO YANG SUDI MENDERMA PADA KITA.

Pada yang belum nyatakan no akaun cepat senaraikannya agar mudah Pak Arab bank-in.

Countdown selesai hutang 1MDB hampir luput..
Najib sebelum ini memberi jaminan bahawa kerajaan akan menyelesaikan isu 1MDB sebelum penghujung tahun 2015. PETALING JAYA: Jaminan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyelesaikan isu kontroversi syarikat pelaburan staregi kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menjelang hujung tahun ini akan berakhir dalam masa dua hari lagi. 

Najib memberi jaminan hutang 1MDB sebanyak RM42 billion akan diselesaikan menjelang hujung tahun ini ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Rantau Panjang, Kelantan pada bulan 22 Ogos yang lalu. “Sebelum ini kita bagi masa enam bulan untuk selesaikan hutang tersebut, sekarang hanya tinggal lima bulan lagi. Saya yakin menjelang hujung tahun ini segala hutang 1MDB akan selesai,” katanya ketika itu. 

Najib sekali lagi memberi jaminan yang sama ketika memberi penjelasan kepada lebih 1,500 Ketua Penerangan UMNO Bahagian dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada Majlis Penerangan Perdana di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) 8 Disember. Justeru, keputusan tempoh yang akan tamat pada 31 Disember bukan sahaja turut dinanti-nantikan ahli UMNO, malah jutaan rakyat Malaysia yang masih berteka-teki tentang hutang syarikat 1MDB. 

Apapun, situasi sekarang menggambarkan seolah-olah isu tersebut sukar diselesaikan memandangkan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) masih melakukan siasatan berhubung kes tesebut. Terdahulu, Pengerusi PAC, Datuk Hasan Arifin juga berkata, Jabatan Audit Negara dijangka menyiapkan laporan akhir berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hujung tahun ini. Najib sebelum ini telah memberikan keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu dana RM2.6 bilion dan SRC International pada awal Disember.

1MDB: Johor, China beli ekuiti Bandar Malaysia‎
1MDB: Johor, China beli ekuiti Bandar Malaysia‎
KUALA LUMPUR - Sebahagian tanah Bandar Malaysia milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah dijual kepada sebuah konsortium usahasama antara syarikat milik Kerajaan Negeri Johor dan sebuah syarikat mega dari China.

Menurut 1MDB, pihaknya melaksanakan tandatangan Perjanjian Jual Beli Saham Bandar Malaysia Sdn Bhd (BMSB) sebanyak 60 peratus yang bersamaan RM7.41 bilion itu, hari ini.

Tanah Bandar Malaysia berukuran 486 ekar itu dinilai RM12.35 bilion secara keseluruhannya.

Konsortium yang dikenali sebagai IWH-CREC Sdn Bhd adalah perkongsian awam-swasta antara Konsortium Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH) dan China Railway Engineering Corporation (M) Sdn Bhd (CREC).

Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda berkata, proses pembidaan dilakukan secara terbuka dengan penyertaan 40 pelabur dari dalam dan luar negara.

"Hasil daripada jualan ini, 76% daripada Bandar Malaysia akan dimiliki entiti Malaysia yang mana kira-kira 54% daripada projek tersebut dimiliki Kerajaan Pusat dan Johor.

"Kemasukan CREC sebagai rakan kongsi antarabangsa dengan ekuiti projek sebanyak 24% mewakili Pelaburan Langsung Asing (FDI)," katanya pada sidang media selepas Majlis Tandatangan Perjanjian itu yang turut dihadiri wakil IWH, Tan Sri Lim Kang Hoo serta wakil CREC, Cai Zemin dan Ma Li.

Menurut Arul juga, pembangunan di Bandar Malaysia telah menerima kebenaran dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada tahun ini.

Kebenaran bersyarat yang diberi berdasarkan pelan induk Bandar Malaysia itu adalah untuk pembangunan bercampur pada purata nisbah plot kasar 4.05 melangkau keseluruhan tapak seluas 486 ekar di Sungai Besi.

1MDB akan menerima deposit 10% bersamaan RM741 juta setelah perjanjian Jual Beli Saham itu dimetrai dan urusniaga itu dijangka lengkap menjelang Jun 2016.

Bandar Malaysia akan dibangunkan dalam tempoh 15 hingga 25 tahun pada unjuran Nilai Pembangunan Kasar sebanyak RM150 bilion.


http://www.sinarharian.com.my/bisnes/1mdb-johor-china-beli-ekuiti-bandar-malaysia-1.467331
KDL.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena