Wednesday 23 December 2015

MAS patut malu! Rayani Air tidak hidang minuman keras...Syarikat penerbangan patuh syariah pertama di Malaysia.

Khamis, 24 Disember 2015

MAS patut malu dgn semua ni..........................syarikat penerbangan baru dari malaysia RAYANI AIR mewajibkan semua anak kapal yang beragama Islam menutup aurat serta segala jenis minuman beralkohol (ARAK) diharamkan sama sekali dalam pesawat.

''bila reti halal haram..secara tegas haramkan arak dalam pesawat.. apsal syarikat penerbangan MAS tak mampu buat semua ni....disebabkan nak kekalkan sikap jahilliah..

Rayani Air bermula hari ini
Rayani Air bermula hari ini
Bersedia... Anak kapal bagi penerbangan pertama Rayani Air ke Langkawi pagi ini. - Foto Sinar Harian oleh AFIQ RAZALI.

SYARIKAT penerbangan patuh syariah pertama di Malaysia,  Rayani Air memulakan penerbangan sulungnya pagi ini ke Langkawi dan Kota Bharu.

Menerima lesen perkhidmatan udara dan sijil pengendali udara dari Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Rayani Air menggunakan dua pesawat lama Boeing 737-400 bagi laluan Kota Bharu, Kuching, Langkawi dan Kota Kinabalu.

Rayani Air menetapkan sasaran 10 tahun untuk mewujudkan rangkaian bagi memanfaatkan pasaran umrah dan haji.

Pengarah Urusannya, Jaafar Zamhari berkata, untuk permulaan, syarikat penerbangan itu yang baharu sahaja mendapat kelulusan daripada Jabatan Penerbangan Awam untuk beroperasi, mengambil 'langkah kecil' untuk memenuhi keperluan yang ditetapkan di bawah undang-undang Islam dalam operasi mereka sebelum melaksanakan lebih banyak rancangan dalam beberapa tahun akan datang.    

"Kami akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa yang berkaitan dalam memperkemaskan langkah kami dari semasa ke semasa dan hasrat utama kami adalah memanfaatkan pasaran (umrah dan haji)," katanya kepada pemberita selepas tiba dengan penerbangan sulung Rayani Air dari Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LIA) di Langkawi, hari ini.    

Katanya Rayani Air telah memperoleh dua buah pesawat Boeing 737-400 untuk menawarkan perkhidmatan di KLIA2 di Kuala Lumpur dan Kota Baharu (Kelantan) dengan LIA sebagai hab operasi mereka, sebelum Kuching dan Kota Kinabalu pada tahun depan.    
"Harapan kami keputusan menjadikan Langkawi sebagai hab operasi akan menyumbang ke arah menjadikan Langkawi sebagai hab pelancongan iaitu pelancong akan datang ke sini dahulu sebelum ke destinasi pelancongan lain di negara ini," katanya.   

Syarikat penerbangan itu turut merancang untuk menambah dua buah lagi pesawat Boeing 737-400 dan dua 737-800 dalam kumpulan pesawat mereka menjelang 2017 sebagai langkah untuk meningkatkan laluan domestik dan kekerapan penerbangan.
 SH.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena