Thursday 31 December 2015

Skandal Syarikat 'Sarat Hutang' 1MDB - Rafizi ramal Putrajaya bakal anugerah syarikat China projek kereta api laju RM47 bilion.

Jumaat, 1 Januari 2015
Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata, akan lebih banyak projek negara bakal dimenangi syarikat asing ekoran skandal syarikat sarat hutang yang diilhamkan Najib 1Malaysia Development Berhad (1MDB). – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Disember, 2015.
Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata, akan lebih banyak projek negara bakal dimenangi syarikat asing ekoran skandal syarikat sarat hutang yang diilhamkan Najib 1Malaysia Development Berhad (1MDB). – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Disember, 2015. 
Rafizi ramal Putrajaya bakal anugerah syarikat China projek kereta api laju RM47 bilion

Setiausaha Agung PKR itu berkata, akan lebih banyak projek negara bakal dimenangi syarikat asing ekoran skandal syarikat sarat hutang yang diilhamkan Najib 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
"Saya berani meneka pentadbiran Najib juga sedang berkira-kira untuk menganugerahkan projek sistem keretapi laju Kuala Lumpur – Singapura yang berharga RM47 bilion itu juga kepada syarikat berkait dengan kerajaan China.
"Jika ini berlaku, Malaysia akan memasuki era baru yang lebih sulit apabila banyak kepentingan negara berhubung kait dengan pemilikan syarikat kerajaan China yang sudah tentu merumitkan pendirian negara dalam isu serantau seperti tuntutan bertindih ke atas Kepulauan Spratly.
"Perjanjian hari ini hanya mengesahkan amaran saya sebelum ini kemelut kewangan 1MDB akan mengheret negara sehingga banyak aset penting negara akan dijual untuk mengambus hutang besar 1MDB," kata ahli Parlimen Pandan itu dalam satu kenyataan hari ini.
Rafizi berkata, perjanjian jual beli di antara 1MDB dengan satu konsortium Iskadar Waterfront Holding Sdn Bhd (IWH) dan China Railway Engineering Corporation (CREC) bagi pegangan 60% di dalam pembangunan Malaysia mengesahkan kebimbangan PKR sebelum ini lebih banyak aset strategik dan projek negara jatuh dimiliki syarikat asing terutamanya dari China akibat kemelut kewangan 1MDB.
"Dengan perjanjian hari ini, CREC akan mempunyai 40% dari 60% pegangan dalam Bandar Malaysia (pegangan 24% di dalam keseluruhan projek) iaitu satu bidang hartanah yang cukup bernilai dan strategik.
"Bandar Malaysia kini sedang dibangunkan sebagai pusat pengangkutan utama negara yang baharu dengan memusatkan kereta api laju Kuala Lumpur - Singapura (HSR), sistem MRT2 dan MRT3 di situ selain dari pembangunan hartanah," katanya.
Rafizi berkata, walaupun pentadbiran Najib akan memberikannya alasan pegangan 24% dari keseluruhan projek yang kini dimiliki syarikat China itu adalah kecil, PKR percaya pegangan itu akan memberi kelebihan kepada CREC untuk membida dan memenangi projek yang lebih besar - berkait rapat dengan Bandar Malaysia, iaitu pembinaan sistem kereta api laju Kuala Lumpur - Singapura yang dijangka menelan belanja USD11 bilion (RM47 bilion).
"Sebab itu, saya mengajak rakyat Malaysia menghayati bagaimana kebelakangan ini ada kecenderongan pentadbiran Najib untuk menjual atau menganugerahkan bidaan kepada syarikat yang berkait dengan kerajaan China termasuklah penjualan Edra Energy dan hari ini pegangan di dalam Bandar Malaysia," katanya. – 31 Disember, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/rafizi-ramal-putrajaya-bakal-anugerah-syarikat-china-projek-kereta-api-laju#sthash.gbgmFwiT.dpuf

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena