Thursday 3 November 2016

"Aku kena pepah ngan bini aku!" 'Minyak Untuk Sembahyang Sahaja'...Pas semakin yakin kehilangan Kelantan?

Jumaat, 4 November 2016

MALAYSIA YANG DIIMPIKAN BERSAMA

Memang ia sukar dicapai. Tetapi itulah satu PERJUANGAN.

Semua merasakan BERPELUANG dan tiada yang merasa KEHILANGAN atau terlepas dari tangan.

Itulah yang diajar oleh TUHAN.

Pas semakin yakin kehilangan Kelantan

Tindak-tanduk Pas mutakhir ini menunjukkan parti itu semakin yakin akan kehilangan Kelantan.
Mengulas kenyataan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk berunding bagi menjayakan formula satu lawan satu, Penasihat Amanah Negeri Kelantan Datuk Husam Musa berkata dalam pilihan raya akan datang kumpulan yang cuba bersendirian akan ditolak rakyat.
Dengan pelbagai masalah yang melanda negara, rakyat bersungguh untuk menukar kerajaan BN sedia ada dengan mengharapkan pembangkang dapat bersatu padu dan mampu mengambil alih kerajaan.
Menurut Husam, Konvesyen Pakatan Harapan 12 November ini yang turut dihadiri Tun Mahathir Mohamad akan mewujudkan satu pakatan yang mampu bersaing dengan BN.
"Kita serius untuk menawarkan kerajaan yang baru dengan menjadi kompetitif dan pilihan kepada rakyat," katanya pada majlis makan malam sempena setahun penubuhan Amanah Negeri Terengganu, malam tadi.
Malah beliau menegaskan, negara memerlukan pemimpin yang jelas untuk membela nasib rakyat dengan mempunyai ciri akauntabliti, kredibiliti, mengutamakan maslahat ummah dan melihat ke hadapan untuk melakukan kebajikan kepada rakyat dan negara.
Mengulas tentang politik Terengganu, beliau berkata rakyat negeri ini memerlukan parti politik baru yang mempunyai pimpinan berkaliber serta memenuhi ciri-ciri seorang pemimpin yang dikehendaki rakyat.


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena