Thursday 12 April 2018

[Video Mahfuz dicalon pertahan Pokok Sena] AMANAH Kedah umum senarai calon PRU, tiga parlimen 10 Dun.

Jumaat, 13 April 2018

AMANAH Kedah umum senarai calon PRU, tiga parlimen 10 Dun

AMANAH Kedah umum senarai calon PRU, tiga parlimen 10 Dun

Presiden AMANAH Mohamad Sabu mengumumkan senarai calon AMANAH bagi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang akan bertanding di tiga kerusi Parlimen dan sepuluh Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah.
Pengumuman dilakukan Mohamad dalam ceramah perdana PH di Alor Setar malam tadi.
Hadir sama timbalan presiden AMANAH Salahuddin Ayub dan para pemimpin Pakatan Harapan (PH) negeri.
Tiga calon bagi bagi kawasan parlimen ialah Datuk Mahfuz Omar di kerusi parlimen Pokok Sena manakala Parlimen Padang Terap pula akan ditandingi naib ketua Pemuda AMANAH Kedah, Mohd Khairizal Khazali.
Bagi kerusi parlimen Sik, Azli Uda seorang akauntan dan ahli jawatankuasa AMANAH Sik akan mewakili AMANAH pada PRU kali ini.
Mohamad bersama calon-calon AMANAH Kedah bagi PRU ke-14 yang diumumkan malam tadi.
Pengerusi AMANAH Kedah Datuk Dr Ismail Salleh mengetuai cabaran AMANAH di kerusi Dun Pengkalan Kundur manakala ketua Pemuda AMANAH Kedah Mohd Asmirul Anuar Aris pula diberi tugas untuk bertanding di Dun Kubang Rotan.
Kerusi Dun Alor Mengkudu akan ditandingi timbalan pengerusi AMANAH Kedah, Datuk Mohd Phahrolrazi Mohd Zawawi.
Naib pengerusi AMANAH Kedah Dr Salmee Said pula bertanding di kerusi Dun Siputeh.
Sementara itu bagi kerusi Dun Merbau Pulas diwakili ketua AMANAH Padang Serai, Abd Razak Salleh.
Untuk kerusi Dun Kupang ditandingi naib pengerusi AMANAH Kedah, Johari Abdullah manakala kerusi Dun Pantai Merdeka akan diwakili Ustaz Rosli Yusof.
Timbalan ketua AMANAH Sik Abdul Rashid Abdullah menggalas cabaran AMANAH di Dun Belantek.
Bagi Dun Sungai Limau dan Dun Tokai yang diwakili Pas sejak beberapa penggal, akan ditandingi Zahran Datuk Abdullah dan bekas ahli parlimen Jerai, Ustaz Firdaus Jaafar.
MD.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena