Monday 16 April 2018

[Video MUSIBAH BESAR JIKA BN KALAH PRU14 kepada pemimpin2 BN] Najib BANGSATKAN Melayu? Malaysia dah jadi wilayah China & Ambil duit Umno: Pas Terengganu akan saman Mahfuz

Isnin, 16 April 2018

Foto Otai BERSIH.
Malaysia dah jadi wilayah China.
#HebatkanNegaraku atau #HebatkanChinaku?

Ambil duit Umno: Pas Terengganu akan saman Mahfuz

Ambil duit Umno: Pas Terengganu akan saman Mahfuz

Timbalan Pesuruhjaya Pas Terengganu Satiful Bahri Mamat menegaskan, parti itu bersedia menyaman Naib Presiden AMANAH, Datuk Mahfuz Omar kerana mendakwa Pas Negeri Terengganu menerima wang daripada Umno.
Beliau dipetik berkata, pemimpin AMANAH itu membuat tuduhan fitnah terhadap Pas Terengganu dakwanya dengan berniat jahat.
“Saya ingin memaklumkan sejelas-jelasnya bahawa Pas Negeri Terengganu menafikan sekeras-kerasnya tuduhan dan fitnah yang mengatakan Pas Terengganu mendapat wang daripada pihak Umno.
“Itu merupakan satu tuduhan, satu fitnah palsu yang dibuat terhadap Pas Terengganu.
“Kita mendesak orang yang mendakwa Pas Terengganu mengambil wang daripada Umno supaya membuat ‘report’ Polis. Jika sekiranya pada pandangan mereka ada unsur rasuah, sila buat (laporan) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Kita telah beri masa yang lama tetapi tidak ada tindakan itu. Bahkan, mereka meletakkan bebanan bukti itu terhadap orang yang dituduh pula. Ini satu perkara yang tidak wajar,” jelasnya seperti dilapor lidah rasmi parti itu Harakahdaily.ner hari ini.
Pada 7 April lalu, Mahfuz dakwanya, membuat tuduhan Pas Terengganu menerima wang Umno sebanyak RM1 juta yang dimasukkan ke akaun khas dinamakan Akaun Amanah pada 21 Mac lalu dan RM1.5 juta lagi didepositkan ke akaun Jabatan Pembangunan Pas (JPP) atau Jabatan Pilihan Raya Pas Pusat.
Satiful Bahri antara tiga nama pemimpin Pas Terengganu termasuk Bendahari Pas Terengganu, M.Syukrimun Shamsudin dan Setiausaha Pas Terengganu, Muhyidin Abdul Rashid dilaporkan menerima wang daripada Umno.
Sehubungan itu jelasnya, Pas Terengganu menyerahkan tindakan susulan itu kepada peguam yang juga Ketua Lajnah Guaman dan Hak Asasi Manusia Negeri Terengganu, Mohd Zabidi Yusof.
Sidang media yang diadakan semalam itu, turut dihadiri dua pemimpin Pas yang dituduh oleh Mahfuz iaitu M.Syukrimun Shamsudin dan Muhyidin Abdul Rashid.
MD.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena