Friday 13 April 2018

[Video Panas! Pas Menerima Bantuan Dari Umno?] AMANAH: Mohd Amar, Takiyuddin jangan lari.

Jumaat, 13 April 2018

Nasi lemak PAS - tiada ikan bilis, tiada sambal, tiada timun, tiada telur...?

Image may contain: text
Tumpang sekole.

AMANAH: Mohd Amar, Takiyuddin jangan lari

PAS kelihatan yakin benar untuk kekal mentadbir Kelantan dan bercakap mengenai potensi membentuk kerajaan di peringkat pusat.
Justeru Parti Amanah Negara (AMANAH) Kelantan meminta beberapa pemimpin utama PAS agar tidak meninggalkan kerusi masing-masing yang akan dicabar mereka pada PRU ke-14 ini.
Dua nama yang disebut khusus oleh Pengerusi AMANAH Kelantan pada sidang media di Kota Bharu hari ini ialah Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan setiausaha agungnya Datuk Takiyuddin Hassan.
Kata Wan Abd Rahim Wan Abdullah AMANAH berharap Mohd Amar tidak berpindah daripada kawasan dewan undangan negeri Panchor, manakala Takiyuddin di parlimen Kota Bharu.
"Kami memberi peluang kepada calon muda iaitu Ketua Pemuda AMANAH Kelantan Hazmi Hassan menjadi giant killer di Panchor.
"Harap-harap YB Panchor tak lari ke tempat lain," katanya merujuk kepada Mohd Amar yang menjadi penyandang kerusi berkenaan.
Untuk rekod Nik Amar yang juga timbalan menteri besar Kelantan itu memenangi kerusi Panchor - yang terletak di bawah Pengkalan Chepa - selama tiga penggal.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena