Thursday 19 April 2018

[Video Tibitiga Kebijaksanaan Allahyarham Tan Sri P Ramlee & 4 sindiran sinis P Ramlee dalam filemnya] Karya kreatif daripada anakanda & Najib tahu rakyat tidak suka dia.

Khamis, 19 April 2018


Foto Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Karya kreatif daripada anakanda, Nurul Hana Anwar. Pakatan Harapan komited untuk mengurangkan beban rakyat dengan menghapuskan GST

#RakyatMestiMenang
#HarapanMalaysia
#DemiRakyat
#pakatanHarapan
#HapusGST

Najib tahu rakyat tidak suka dia, kata Khalid Samad

Najib tahu rakyat tidak suka dia, kata Khalid Samad

Persempadanan baharu kawasan pilihan raya antara cara Umno-BN untuk mengekalkan kuasa selepas melihat penolakan rakyat terhadap parti itu.
Penyandang Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, kawasan diwakilinya pada PRU13 turut terkesan dengan usul persempadanan semula kawasan pilihan raya yang diluluskan pada 28 Mac lalu.
“Najib tahu rakyat tidak suka dia. kalau buat pilihan raya secara adil dan saksama, dia tahu rakyat tidak mahukan dia.
“Jadi, dia cari jalan supaya (BN) terus memerintah walaupun rakyat tidak mahu. Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong.
“Pengundi bukan Melayu yang dulu sokong kita 100 peratus seperti Taman Berkeley, Bukit Kuda, Bandar Baru Klang, dia tendang keluar masuk Klang,” katanya dalam Ceramah Perdana Pakatan Harapan (PH) Shah Alam, kelmarin.
Pada masa sama, jelasnya, pengundi di kawasan Bukit Saga dan TTDI Jaya yang banyak menyokong Pakatan ‘ditendang’ masuk ke Parlimen lain.
“Daripada asalnya 71 peratus pengundi Melayu, Shah Alam sekarang sudah jadi 77 peratus pengundi Melayu,” ujarnya.
Untuk rekod, pada PRU13, kawasan Taman Berkeley, Bandar Baru Klang, TTDI Jaya terletak di bawah Dewan Undangan Negeri (Dun) N.40 Kota Anggerik.
Sementara itu, kawasan Bukit Saga dan Bukit Kuda berada di N.41 Batu Tiga.
Menurut Khalid yang juga Pengarah Komunikasi AMANAH, parti Bersatu pula diharamkan kerana Najib Razak masih tidak yakin BN akan menang walaupun persempadanan baru telah diluluskan.
“Sudah buat persempadanan baru pun dia (Najib) masih tidak yakin. Dia terpaksa haramkan parti Bersatu.
“Dia tahu Tun Mahathir dan Bersatu mampu tarik sokongan Melayu sehingga menyebabkan PH pun tidak dapat didaftarkan.
“RoS sudah tolong, SPR dah tolong Umno-BN tapi dia masih tidak yakin. Dia buat pula hari mengundi hari Rabu. Dia cari jalan nak menangkan dirinya dalam keadaan rakyat tidak mahu.
“Dia tak mahu rakyat ramai keluar mengundi. Kalau ramai, dia tahu dia kalah, rakyat akan tolak dia,” tegas Khalid lagi.
Lebih 2,000 penduduk setempat hadir dalam Ceramah Perdana Pakatan Harapan Shah Alam, 17 April lalu.
Bagi PRU14, terdapat 90,742 pemilih berdaftar di P.108 Shah Alam dengan N.40 Kota Anggerik mempunyai 41,488 pengundi manakala N.41 Batu Tiga memiliki 49,254 pengundi.
MD.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena