Tuesday 17 April 2018

[Video Tun M: Hadi layak mengajar di pondok] Kastam sahkan pelepasan GST pada kontraktor ECRL.

Selasa, 17 April 2018

No automatic alt text available.

Kastam sahkan pelepasan GST pada kontraktor ECRL

Kastam sahkan pelepasan GST pada kontraktor ECRL
Jabatan Kastam Diraja Malaysia mengesahkan sijil pelepasan GST kepada kontraktor projek Laluan Keretapi Pantai Timur (ECRL), China Communications Construction Company (CCCC) yang tular di media sosial.
Menurut laporan Malaysiakini, Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Subromaniam Tholasy berkata, pihaknya memberi sokongan bagi mempertimbangkan pelepasan oleh Kementerian Kewangan kepada CCCC.
Sebab pelepasan berkenaan kata beliau, projek ECRL itu adalah projek melibatkan dua kerajaan yang membabitkan kepentingan awam.
Dan juga katanya, bagi mengurangkan kos projek yang berorientasikan kemudahan awam.
“Secara amnya, pelepasan ke atas syarikat ini (CCCC) bagi memastikan projek strategik ECRL dapat dilaksanakan dengan jayanya serta memberi manfaat besar kepada rakyat secara keseluruhannya,” katanya dalam kenyataan semalam, menurut laporan tersebut.
Naib Presiden AMANAH Husam Musa, sebelum ini memuat naik sijil pelepasan GST yang menyatakan ia diberikan bawah Seksyen 56(3)(a) Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014.
Seksyen itu menyatakan kuasa menteri kewangan untuk memberikan pelepasan berkenaan.
Turut disertakan kepala surat CCCC yang memberitahu pembekalnya bahawa ia diberikan pelepasan GST berdasarkan surat oleh Kementerian Kewangan bertarikh 7 Feb tahun ini.
MD.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena