Monday 4 June 2018

[Video Shahrir Abdul Samad disaman RM 100 juta] Pendedak Umno & puak2 lobai jangan nak gelembong! Sebelum ini perlantikkan AG bukan Islam telah pun dipratikkan oleh UmnoBN.

Isnin, 4 Jun 2018

Foto Otai BERSIH.
Apa jadi pun... kita kena pastikan Najib Razak diambil tindakan cepat... Agung tak tahu peranan peguam Agung ni dulu... Agung baru je dilantik... tapi mohon pihak istana jgn pakai khidmat Cecil ni lagi... sangat tak boleh pakai..!!

Daulat Tuanku... mohon tuanku ambil tahu siapa mereka ini... patik mohon ampun dan tak mahu tuanku jadi mangsa keadaan pihak ini...


Halisah Depa pun pakai peguam bukan melayu bukan islam tp bila Tun M..... macam2 hal cai Umno& puak2 lobai ni!

Foto Otai BERSIH.

FAKTA...

Sebelum ini perlantikkan AG bukan Islam telah pun dipratikkan oleh UmnoBn.

Sejarah xpernah MENIPU tau..!!

3 Bekas Peguam Negara Bukan Islam Dilantik Sebelum Ini.

Benarkah Peguam Negara harus beragama Islam.??



Mengikut sejarah, pernah ada 3 Peguam Negara bukan beragama Islam yang dilantik sebelum ini.

Mereka ialah bekas Peguam Negara, Thomas Vernor Alexander Brodie (1955-1959), Cecil M. Sheridan (1959-1963) dan Athi Nahappan (1970-1974).

Berikut ialah senarai nama bekas Peguam Negara:

1) Thomas Vernor Alexander Brodie (1955-1959)
2) Cecil M. Sheridan (1959-1963)
3) Abdul Kadir Yusuf (1963-1977)
4) Athi Nahappan (1970-1974)
5) Hamzah Abu Samah (1977-1980)
6) Abu Talib Othman (1980-1993)
7) Mohtar Abdullah (1994-2000)
8) Ainum Mohd Saaid (2001)
9) Abdul Gani Patail (2002-2015)
10) Mohamed Apandi Ali (2015-2018)

Selepas tahun 1977, semua Peguam Negara yang dilantik adalah beragama Islam.



Maknanya individu yang bukan beragama Islam juga boleh dilantik menjadi Peguam Negara.

Peguam Negara merupakan penasihat undang-undang utama kepada Kerajaan Malaysia dan juga Pendakwa Raya Malaysia.

Kedudukan, peranan dan kuasa Peguam Negara telah termaktub dalam Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.

Peguam Negara yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri mestilah terdiri daripada individu yang mempunyai kelayakan untuk menjadi seorang Hakim Mahkamah Persekutuan.

Sebagai Pegawai Undang-undang Tertinggi Negara, Peguam Negara berkewajipan untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong atau Jemaah Menteri mengenai apa-apa perkara yang bersifat undang-undang yang dirujukkan kepadanya dan menunaikan fungsi yang diberikan kepadanya oleh Perlembagaan dan undang-undang bertulis yang lain.



Dua kuasa utama yang diberikan kepada Peguam Negara oleh Perlembagaan Persekutuan adalah kuasa pendakwaan dan sebagai penjaga kepentingan awam iaitu hak yang diwarisi melalui undang-undang common.

Di bawah Perkara 145(3), Peguam Negara mempunyai kuasa yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding bagi kesalahan, selain prosiding di hadapan Mahkamah Syariah, Mahkamah Anak Negeri atau Mahkamah Tentera.

Kuasa budi bicara yang diberikan kepada Peguam Negara di bawah Perkara 145(3) adalah mutlak, tidak boleh dicabar atau digantikan oleh mana-mana kuasa termasuk Mahkamah.

Sebarkan..

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena