Showing posts with label Berakhir. Show all posts
Showing posts with label Berakhir. Show all posts

Thursday, 3 April 2014

Wajah sedih PM, `Berakhir' pilihan terbaik ! Good Night MH370...

Khamis, 3 April 2014

MH370 : Wajah sedih PM, `Berakhir' pilihan terbaik !

PM Bersama Menteri Pertahanan Australia, David Johnston 
KUALA LUMPUR: Perkataan "berakhir" di selatan Lautan Hindi yang dipilih Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menerangkan nasib pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 adalah pilihan terbaik, kata Duta Besar China di Malaysia Dr Huang Huikang.
Bercakap dalam sidang akhbar di kedutaan China di sini hari ini, Huikang mempertahankan perkataan yang digunakan oleh Najib dalam usaha bagi mengelakkan makna yang mendatangkan keburukan dalam kalangan anggota keluarga penumpang.
Pada 24 Mac, 17 hari selepas kehilangan pesawat Boeing 777-200, Najib mengumumkan bahawa Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal "berakhir di selatan Lautan Hindi" selepas analisis terbaharu data satelit, syarikat telekomunikasi satelit United Kingdom Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK (AAIB) merumuskan bahawa Penerbangan MH370 terbang melalui koridor selatan dan bahawa kedudukan terakhirnya adalah di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth, Australia.
Huikang menegaskan perkataan "berakhir" yang dipilih Najib memberi panduan yang signifikan dalam operasi mencari dan menyelamat kerana ia membantu mengecilkan kawasan pencarian.

"Sebelum ini, kita mempunyai dua kawasan carian iaitu koridor utara dan koridor selatan. Tetapi dengan kesimpulan yang dibuat oleh Najib, kita mengecilkan kawasan mencari dan menyelamat dan memberi tumpuan di selatan," katanya.

Di peringkat awal operasi mencari dan menyelamat, usaha itu dibahagikan kepada dua koridor - koridor utara menjangkau dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke utara Thailand, dan koridor selatan, meliputi Indonesia sehingga ke selatan Lautan Hindi.

Duta itu juga menyelar tindakan media asing atas laporan penuh kontroversi dan berat sebelah berhubung kehilangan pesawat malang itu menyebabkan anggota keluarga warga Chia begitu marah dan menuduh kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab.

"Kami ingin mengambil kesempatan untuk menyatakan bahawa laporan sedemikian boleh menjejaskan hubungan Malaysia-China memandangkan semua orang tahu bahawa Malaysia telah melakukan usaha mereka yang terbaik terutama bagi anggota keluarga (penumpang dan anak kapal)," katanya. - BERNAMA
Read More

Sunday, 23 March 2014

[Video] Apa fungsi sebenar scorpene... Pencarian MH370 Bakal Berakhir

Isnin 24 Mac 2014

Scorpene tiada teknologi cari pesawat, kata Hisham




Update Status ~ Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengakui bahawa kapal selam milik Malaysia, Scorpene tidak mempunyai kepakaran dalam operasi menyelamat dan teknologi scorpene tidak berkeupayaan untuk mencari pesawat MAS yang hilang....

Take Note !!! : Persoalan rakyat kini... Menjadi keperluan dan asas keutamaan apakah Kerajaan Umno-BN membelanjakan berbilion ringgit wang negara dalam pembelian scorpene sebagai aset negara.... Apa fungsi sebenar scorpene dlm keperluan negara???...

https://www.youtube.com/watch?v=EA9uKWiv-IY


Penemuan Mutakhir.. Pencarian MH370 Bakal Berakhir


Malaysia hari ini menerima gambar satelit baru daripada pihak berkuasa Perancis menunjukkan objek berpotensi di koridor Selatan, dalam usaha pencarian pesawat MH370.

Menurut kenyataan Kementerian Pengangkutan, Malaysia segera menyampaikan imej itu kepada pusat penyelarasan usaha menyelamat Australia.

Koridor Utara terletak antara Indonesia hingga Lautan Hindi.

Perkembangan terbaru ini sekali gus menguatkan teori bahawa MH370 mungkin berada di kawasan itu.

Kementerian Pengangkutan bagaimanapun tidak memberikan sebarang maklumat terperinci berhubung imej itu atau mengedarkannya kepada media buat masa ini.

Sebelum ini dua lagi negara mendedahkan imej satelit, iaitu Australia dan China. Pasukan pencarian bagaimanapun belum dapat mengesannya.

Sementara itu, sejak kehilangan pesawat itu pada 8 Mac, hari ini pertama kali kerajaan tidak mengadakan taklimat media, sebaliknya hanya mengeluarkan kenyataan bertulis. ~mk
Addin.



Read More

Thursday, 7 March 2013

Tempoh Lima Tahun Parlimen (2008 - 2013) Tamat 9 Mac 2013!

Khamis 7 Mac 2013
Hayat Kerajaan BN Berakhir!
(2008 - 2013)
new pm
Kajang-20130217-00907




Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena