Showing posts with label Gugusan Manjoi. Show all posts
Showing posts with label Gugusan Manjoi. Show all posts

Thursday, 21 February 2013

UMNO Manjoi Pasti Sakit Hati: DS Nizar berGANGNAM Yes! To Pakatan & Noooo! To BN di Gugusan Manjoi petang tadi...*Video Updated


Khamis, 21 Februari 2013

TRELER NEGARA BERKEBAJIKAN PAS SINGGAH DI GUGUSAN MANJOI 
JAM 6.00 PETANG TADI DALAM MISI MENJELAJAH SELURUH NEGARA
 MENJELANG PRU13

Saksikan Video Sambutan Penduduk Gugusan Manjoi





Read More

Mesin Transfomer NEGARA BERKEBAJIKAN di Lancarkan Dengan Rasminya...Akan Singgah di Gugusan Manjoi jam 5.00 petang ni...nantikan

Khamis, 21 Febrari, 2013

Presiden PAS lancar trak 'Negara Berkebajikan'


Harakahdaily,
21 Feb 2013



(Presiden dan timbalannya mengucapkan tanda bagus kepada trak Negara Berkebajikan PAS)

 KUALA LUMPUR: PAS hari ini melancarkan trak 'Negara Berkebajikan' yang bakal menjelajah seluruh negara bagi menyampaikan mesej PAS untuk semua.


Ia dilancarkan oleh Presieden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang serta timbalannya, Haji Mohamad Sabu dalam majlis ringkas di perkarangan Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini.

Sebaik dilancarkan, trak ini bergerak untuk menjelajah utara semenanjung dengan sasaran malam ini akan berhenti di Pendang, Kedah.

Di sana, Haji Mohamad Sabu akan mula menggunakannya dalam satu majlis ceramah.


Trak berharga lebih RM100,000 ini mempunyai pentas pasang siap bersama sistem audio untuk keperluan sebarang program ceramah PAS.

Pada badannya tertulis "Negara Berkebajikan' dengan gambar tiga pemimpin utama Pakatan, Ustaz Hadi, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng dalam suasana penuh ceria.

Pada pentasnya pula tertulis Undilah PAS, PAS for All, Negara Berkebajikan.
Pelancaran ringkas hari ini hanya dengan bacaan doa oleh Ustaz Abdul hadi yang memohon kepada Allah agar proses perjalanan jelajah ini selamat.


Ia diikuti dengan pembukaan pentas pada badan treler ini yang menunjukkan rekabentuk latar belakang pentas bergerak ini.
Ustaz Hadi ketika sidang media menjelaskan, trak ini akan bergerak ke seluruh negara untuk menyampaikan mesej PAS kepada rakyat umum.
"Ini satu pendekatan baru agar kempen kita lebih lancar bergerak," kata Presiden PAS itu.

Mohamad Sabu pula dalam sidang media yang sama selepas pelancaran itu berkata, kos trak ini lebih RM100,000.
Namun kesemuanya disumbangkan oleh ahli PAS dan dermawan.
"Kawan-kawan kita beli dan dermakan kepada kita," katanya kerana duit PAS berada dalam poket ahli-ahlinya.


Program pertama yang akan menggunakan trak ini adalah dalam ceramah Pakatan Rakyat di Pendang 23 Mac ini.
Di samping itu, trak ini akan berhenti dari bandar ke bandar untuk menyampaikan mesej PAS.
Ketika ditanya di mana ia akan berhenti, Mohamad Sabu berkata, "Kita akan berhentia apabila sampai ke Putrajaya."


Sila nantikan persinggahan pertama misi penjelajahannya di Gugusan Manjoi petang ini jam 5.00 petang (21 Februari 2013)

Read More

Wednesday, 20 February 2013

Apaa? Ah! Argh! Arghhhh! : Habaq kat aku... Laa ni nak makan kicap apa woi?

Muka Depan  Artikel M@rhaen  Tamin taja Umi Felda kempen untuk BN

TAMIN taja Umi Felda kempen untuk BN
Rabu, 20 Februari 2013 17:52 BlogMaster  M@RHAEN




Sebuah syarikat pembuat kicap dan sos, Syarikat Tamin yang beroperasi di Enggor Perak selama ini diketahui menjadi panaja kepada Roadshow Umi Hafilda.

Menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 yang akan muncul pada bila-bila masa, syarikat ini turut memperomosikan BN dengan menampal pelekat 'Pangkah BN' pada setiap botol keluaran syarikat ini.

Pemilik Syraikat Kicap Tamin, Puan Sharifah bt. Mohd Tamin adalah merupakan Ketua Wanita Umno Bahagian Sungai Siput dan juga AJK Wanita Umno Perak. Jadi tidak hairanlah jika syarikat yang menaja Roadshow Umi Hafilda ini akan juga berkempen untuk Barisan Nasional melalui penjualan produk yang berasas kicap dan sos.

Kepada para penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat khususnya di Perak dan bahagian Utara, eloklah mengelak diri daripada membeli produk keluaran Syarikat Tamin penaja Ummi Hafilda dan Umno ini.


Petikan Akhbar
Credited to:M@RHAEN

Pautan Arkib Berkaitan:

Monday, June 6, 2011
TAUKE KICAP TAMIN TAJA CERAMAH UMI HAFILDA

Jika ini bagai dikata....elok lah fikir-fikirkan terutamanya pendokong Pakatan Rakyat...patut beli atau tidak????
http://www.ipsofactoj.com/highcourt/2008/Part03/hct2008%2803%29-015.htm

AJK WANITA UMNO NEGERI PERAK

PN SHARIFAH BT MOHD TAMIN
KETUA WANITA SUNGAI SIPUT

Lot 174 Kampung Enggor
33500 Enggor

No Tel :             05-7576577      
No Fax : 05-7576025

Ceramah Ummi Hafilda Rabu
IPOH 15 Mei - Orang ramai dijemput menghadiri program ceramah isu semasa oleh Ummi Hafilda Ali di Hentian Rehat dan Rawat Salak (R&R) Jalan Ipoh-Kuala Kangsar dekat Sungai Siput pukul 8.30 malam pada Rabu ini.

Program tersebut dianjurkan oleh Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK) Parlimen Sungai Siput dengan kerjasama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lintang, Datuk Ahamad Pakeh Adam.

Menurut Pengerusi MPWK Parlimen Sungai Siput, Sharifah Mohd. Tamin, pihaknya menjangkakan seramai 2,000 orang hadir pada program tersebut.

''Kita ramai akan hadir pada malam tersebut untuk mendengar penerangan oleh Ummi Hafilda khususnya mengenai isu politik tanah air," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Posted by WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI at Monday, June 06, 2011 
Email This
BlogThis!
Share to Twitter
Share to Facebook



Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena