Showing posts with label Utusan. Show all posts
Showing posts with label Utusan. Show all posts

Thursday, 15 November 2018

[Video Tok Mat-Saya hormati keputusan mahkamah] Utusan, oh Utusan, mula menyanyikan irama yang lain daripada biasa? Utusan adalah 'Suara Rakyat' dan bukan lidah Umno lagi! Lagu HARAPAN BARU.

Jumaat, 16 November 2018

Utusan, oh Utusan

Semenjak dua menjak ini, satu akhbar harian nasional yang berbahasa Melayu, Utusan Malaysia mula menyanyikan irama yang lain daripada biasa.
Akhbar yang lazimnya dikenali sebagai “lidah rasmi UMNO” telah mula mengkritik dan menuntut mantan Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Razak untuk meminta maaf kepada ahli parli UMNO kerana berbohong mengenai sumber wang RM2.6 bilion yang diterimanya ketika masih memegang kuasa. Malah, ruangan editorial Awang Selamat yang ditulis beberapa pengarangnya juga kini seakan-akan bertindak “bebas” dan mula “menyerang” UMNO di samping menyindir kerajaan Pakatan Harapan dan parti-parti komponennya.
Baru-baru ini pula, penolong ketua pengarahnya, Datuk Zaini Hassan juga telah membuat pengakuan bahawa Utusan Malaysia telah silap dalam percaturan dan sepatutnya menjadi neutral walaupun dimiliki oleh sebuah parti politik. Beliau kini berpendapat bahawa Utusan harus menjadi suara rakyat dan kembali kepada asas kewartawanan selain meminta Utusan bertaubat jika masih ingin mengekalkan survivalnya – lebih-lebih lagi apabila akhbar itu terpaksa menawarkan skim pemisahan sukarela  (voluntary separation scheme) kepada lebih 1,000 pekerja-pekerjanya gara-gara masalah kewangan.
Saya teringat dahulu ketika di bangku sekolah, Utusan Malaysia merupakan antara surat khabar yang saya sering baca untuk menambahbaik pemahaman, tatabahasa dan penulisan Bahasa Melayu. Ini kerana saya merasakan kualiti bahasanya baik walaupun intipatinya kurang saya fahami pada ketika itu.
Namun semakin melonjak dewasa, semakin saya rasa kurang gemar membaca akhbar tersebut. Apabila mula berkecimpung dalam arena politik sebagai ahli DAP, lagi-lagilah meluat apabila membaca tulisan-tulisan yang jelas berniat untuk menghasut tanpa mengambil kira kebenaran. Walau bagaimanapun, atas urusan kerja maka terpaksalah juga saya menyelak helaian demi helaian kerana bos saya pada ketika itu, Lim Kit Siang, sering menitikberatkan kepentingan untuk mengambil tahu apa yang musuh memperkatakan. Malah, beliau sendiri membaca Utusan Malaysia setiap hari.
Kini, suratkhabar yang bersejarah ini menghadapi masalah survival. Sekiranya tidak berubah, akhbar yang berusia 79 tahun dan dimulakan oleh Yusof Ishak (Presiden Singapura yang pertama) dan Abdul Rahim Kajai (Bapa Kewartawanan Melayu) mungkin akan pupus. Alangkah sayangnya jika ia berlaku.
Suara rakyat dan bukan lidah UMNO
Saya terpanggil dengan gesaan Zaini meminta Utusan Malaysia mencerminkan suara rakyat dan menentang UMNO sekiranya perlu. Seruan ini bukanlah umpama bercintakan geliga di mulut naga. Sebenarnya, pada suatu masa dahulu, Utusan Malaysia (nama lamanya) adalah suratkhabar yang lantang membantah UMNO sehinggakan seluruh pekerja akhbar itu pernah mogok selama tiga bulan kerana menolak tindakan UMNO menguasai Utusan Melayu (nama lamanya) pada tahun 1960an.
Pada ketika itu, Utusan didokongi oleh golongan yang berhaluan kiri seperti Said Zahari di bawah pengaruh Samad Ismail, seorang tokoh kewartawanan dan pengasas Parti Kebangsaan Melayu. Kedua-dua mereka pernah ditahan di bawah ISA atas sebab idelogi politik mereka.
Utusan pada masa itu sangat bersifat politikal namun bukannya berpartisan. Dasar-dasar dan perspektif yang dibawanya lebih berhaluan kiri dan anti-barat walhal pendirian kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman lebih kepada dasar-dasar pro-Barat.
Ya, alangkah bezanya citra Utusan pada ketika itu yang boleh dikatakan sebagai akhbar yang bertaring dan berprinsip. Sudah tentu, akhbar itu tidak dilihat sebagai suara yang mengampu, memfitnah dan membodek sehinggakan sering disaman dan terpaksa membayar saman sehingga ratusan ribu ringgit setiap kali.
Mungkin kini tiba masanya untuk Utusan Malaysia kembali bertaring dalam mengkritik kedua-dua belah pihak, baik Pakatan Harapan sebagai kerajaan mahupun UMNO sebagai pembangkang. Warga Utusan seharusnya menyahut seruan untuk kembali menjadi suara rakyat, memainkan peranan sebagai nadi semak dan imbang untuk kebaikan seluruh rakyat Malaysia di samping menggalakkan orang ramai membaca bahan bacaan Bahasa Melayu yang berkualiti.
Utusan Malaysia, kalau hendak menjadi suara orang Melayu, jadilah suara yang boleh dibanggakan. Semoga berjaya! – Roketkini.com
*Dyana Sofya adalah Ahli Jawatankuasa Sosialis Muda DAP (DAPSY)
Read More

Sunday, 6 April 2014

[Video] MH370: Setuju dengan Utusan - MH370 KINI DI AFRIKA?

Ahad, 6 April 2014

KALI INI YONG SETUJU DENGAN UTUSAN: MH370 KINI DI AFRIKA?

Kotak hitam sudah sampai ke penghujung hayat...Tapi di mana dia?

Hari ini akhbar lidah rasmi UMNO Utusan Malaysia tidak mengenepikan teori konspirasi CIA sebagai dalang kehilangan MH370. Ini sebahagian daripada tulisan dalam Utusan Malaysia:
FIKIR DI LUAR KOTAK

Utusan mengajak kita berfikir di luar kotak - melihat apa yang berlaku dalam tragedi 9/11 sebagai perbandingan untuk menguatkan hujah teori konspirasi.

Bagi yang mengikuti blog Yong, tentu perasan, sepatahpun Yong tak sebut teori konspirasi. Paling keras Yong berkata tidak akan bersangka baik 100% kepada gerombolan sekutu Zionist laknatullah, iaitu US, UK dan Australia (baca di sini).

Kenapa Yong tak sebut konspirasi?

Kerana bagi Yong konspirasi itu adalah satu persekongkolan yang melibatkan 3 perbuatan asas (3 basic actions), iaitu:
  1. Perancangan (Plan)
  2. Pakatan sulit (Collusion)
  3. Pengkhianatan (Treason)
Perancangan - kerana konspirasi bukanlah satu tindakan instantaneous. Ia bukan tindakan seorang pilot yang kononnya mahu bunuh diri. Pakatan sulit - kerana ia satu rahsia yang dipegang oleh kumpulan yang bersekongkol. Kumpulan dari sekurang-kurangnya dua pihak; dan pengkhianatan - kerana konspirasi tidak akan berlaku tanpa adanya kerjasama dari orang dalam, sama ada di peringkat perancangan atau logistik.

Ini bermakna US tidak mungkin dapat menjayakan apa yang dinamakan konspirasi ini tanpa ada yang membuka pintu untuk memberi peluang kepadanya. Seperti contoh yang diberi oleh Utusan - tanpa adanya "sokongan" dari CIA, "bagaimana jurukamera CNN mendapat shot dari pelbagai sudut menara WTC ketika dirempuh oleh pesawat? Serangan berlaku dalam masa "hanya beberapa saat" tetapi CNN sempat merakamkan dari pelbagai arah. Wah, sungguh luar biasa." 

Teori konspirasi ini amat pahit untuk ditelan...

Yong mahu bersangka baik, bahawa tiada pengkhianatan yang berlaku... Sebab itulah Yong tidak mahu menyebut konspirasi. 

Walau bagaimanapun, memandangkan berbagai-bagai hujah telah dibentang di media sosial berkaitan kehilangan MH370 termasuk mesej Phillip Wood yang didakwa dikirim dari Diego Garcia, maka teori konspirasi terus menjadi tanda-tanya utama. Lebih-lebih lagi sekarang Utusan Malaysia juga turut melompat naik ke atas kereta muzik (jump on the bandwagon).

Jika kita lihat peta di bawah ini jelas menunjukkan wujudnya skop yang menghadkan kebarangkalian hala penerbangan MH370. Peta ini sengaja mengeluarkan Diego Garcia dari kawasan kemungkinan pendaratan MH370. 

Adakah pakar-pakar antarabangsa (US, UK dan Australia) sengaja misled (mengelirukan) kerajaan Malaysia?

Setakat ini tiada apa yang ditemui di Lautan Hindi Selatan, kecuali sampah sarap...

PETA PENCARIAN YANG CACAT

Berdasarkan maklumat dari nelayan Maldives yang dikatakan melihat pesawat berjalur merah biru, terbang rendah, kita patut berfikir - mungkinkah itu MH370? Ia tidak mendarat di lapangan terbang Male, ibu kota Maldives. Jadi, kemana perginya?

Kemungkinan besar ia mendarat di pengkalan tentera British dan US di Diego Garcia yang hanya 741 km dari Maldives. 

Kalau mesej Phillip Wood itu benar, apa lagi yang boleh menghalang US dari menukar ID dan signature pesawat itu, mengisi minyak dan membawanya untuk disorok di Afrika?

Kenapa ada "ping" di Lautan Hindi Selatan?

Alahai...syarikat dari negara manakah Inmarsat itu?

Sebenarnya kami sudah lama berfikir di luar kotak.

Video ini menghuraikan salah satu dari teori konspirasi yang melibatkan US. Kalau belum tengok, dipersilakan. Lepas itu nilaikan sendiri.




Jika teori konspirasi ini benar, celakalah si pengkhianat itu.

Kami sayang negara ini.

Berikut adalah link yang menarik mengenai kemungkinan teori konspirasi. Bacalah, cerakin dan buat penilaian secara kritis dan fikir di luar kotak:

http://www.africanspotlight.com/2014/03/18/missing-malaysia-airlines-mh370-satellite-image-showing-white-painted-plane-emerges-photos/

http://my.firedoglake.com/mason/2014/03/14/was-malaysia-airlines-flight-mh-370-hijacked-and-hidden/

http://www.motherjones.com/politics/2013/09/us-military-bases-africa

http://www.washingtonpost.com/world/national-security/us-expands-secret-intelligence-operations-in-africa/2012/06/13/gJQAHyvAbV_story.html

http://www.aljazeera.com/news/asia-pacific/2014/04/ships-race-time-find-mh370-black-boxes-20144491214281588.html

http://www.ibtimes.com/malaysia-airlines-flight-spotted-maldives-examining-latest-theory-mh370-1562221

Read More

Wednesday, 20 February 2013

Apaa? Ah! Argh! Arghhhh! : Habaq kat aku... Laa ni nak makan kicap apa woi?

Muka Depan  Artikel M@rhaen  Tamin taja Umi Felda kempen untuk BN

TAMIN taja Umi Felda kempen untuk BN
Rabu, 20 Februari 2013 17:52 BlogMaster  M@RHAEN




Sebuah syarikat pembuat kicap dan sos, Syarikat Tamin yang beroperasi di Enggor Perak selama ini diketahui menjadi panaja kepada Roadshow Umi Hafilda.

Menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 yang akan muncul pada bila-bila masa, syarikat ini turut memperomosikan BN dengan menampal pelekat 'Pangkah BN' pada setiap botol keluaran syarikat ini.

Pemilik Syraikat Kicap Tamin, Puan Sharifah bt. Mohd Tamin adalah merupakan Ketua Wanita Umno Bahagian Sungai Siput dan juga AJK Wanita Umno Perak. Jadi tidak hairanlah jika syarikat yang menaja Roadshow Umi Hafilda ini akan juga berkempen untuk Barisan Nasional melalui penjualan produk yang berasas kicap dan sos.

Kepada para penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat khususnya di Perak dan bahagian Utara, eloklah mengelak diri daripada membeli produk keluaran Syarikat Tamin penaja Ummi Hafilda dan Umno ini.


Petikan Akhbar
Credited to:M@RHAEN

Pautan Arkib Berkaitan:

Monday, June 6, 2011
TAUKE KICAP TAMIN TAJA CERAMAH UMI HAFILDA

Jika ini bagai dikata....elok lah fikir-fikirkan terutamanya pendokong Pakatan Rakyat...patut beli atau tidak????
http://www.ipsofactoj.com/highcourt/2008/Part03/hct2008%2803%29-015.htm

AJK WANITA UMNO NEGERI PERAK

PN SHARIFAH BT MOHD TAMIN
KETUA WANITA SUNGAI SIPUT

Lot 174 Kampung Enggor
33500 Enggor

No Tel :             05-7576577      
No Fax : 05-7576025

Ceramah Ummi Hafilda Rabu
IPOH 15 Mei - Orang ramai dijemput menghadiri program ceramah isu semasa oleh Ummi Hafilda Ali di Hentian Rehat dan Rawat Salak (R&R) Jalan Ipoh-Kuala Kangsar dekat Sungai Siput pukul 8.30 malam pada Rabu ini.

Program tersebut dianjurkan oleh Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK) Parlimen Sungai Siput dengan kerjasama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lintang, Datuk Ahamad Pakeh Adam.

Menurut Pengerusi MPWK Parlimen Sungai Siput, Sharifah Mohd. Tamin, pihaknya menjangkakan seramai 2,000 orang hadir pada program tersebut.

''Kita ramai akan hadir pada malam tersebut untuk mendengar penerangan oleh Ummi Hafilda khususnya mengenai isu politik tanah air," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Posted by WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI at Monday, June 06, 2011 
Email This
BlogThis!
Share to Twitter
Share to Facebook



Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena