Showing posts with label Janji dicapati. Show all posts
Showing posts with label Janji dicapati. Show all posts

Wednesday, 21 February 2018

[Video PH Digeruni UmnoBN & Najib, Janji-janji Mu Janji Dicapati] Orang Langkawi berhati-hati dengan janji & Kalau Najib tak disekat, 2021 hutang negara akan cecah RM1,000,000,000,000 (1 trilion).

Khamis, 22 Februari 2018



Orang Langkawi berhati-hati dengan janji


Terima kasih Tun Dr Mahathir Mohamad, syabas orang Langkawi tapi maaflah orang Kedah yang lain.
Semata-mata kerana ura-ura Dr Mahathir akan bertanding di Langkawi, Perdana Menteri Najib Abdul Razak, dengan murah hati janji (saya ulang, JANJI) peruntukan RM1,300,000,000 (RM1.3 bilion).
Begitulah “power”nya Dr Mahathir. Cakap saja kata dia nak bertanding di Langkawi, terus peruntukan berbilion dijanjikan.
Kata tak takut. Kata Dr Mahathir orang tua nyanyuk. Kata dia Mahathir Kutty. Kata dia tunduk kepada DAP. Kata parti dia parti serpihan.
Tapi cakap saja dia nak bertanding di Langkawi, Najib pun melawat tak berhenti-henti dan buat macam-macam janji.
Tapi orang Langkawi baik berhati-hati. Janji Najib ini banyak jenis wal hasil balik asal itu pasal tak hasil. Jenis kulit tebal tapi isi nipis.
Kalau tak percaya, kaji baliklah janji pilihan raya umum 2013. Dia janji nak bagi itu dan ini. Nak turunkan harga kereta dan macam-macam lagi. Tapi harga tak turun. Naik ada. Yang jatuh merudum adalah taraf hidup rakyat jelata.
Janji dimungkiri
Tak sampai dua tahun lepas menang tipis, Najib dengan tidak fikir panjang laksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) seolah-olah mahu hukum rakyat jelata yang tak bagi dia kemenangan dua pertiga.
Kita tahu GST adalah cukai yang Perdana Menteri sebelum Najib tolak tapi Najib dengan bangganya nobatkan sebagai penyelamat negara.
Sepatutnya bila menang kecil, Najib fikirlah cara ambil hati rakyat jelata supaya mereka kembali sokong Barisan Nasional (BN). Sebaliknya dia hukum rakyat jelata, termasuk yang sokong BN, dengan bebankan GST ke atas mereka.
Tapi Najib tak peduli semua itu. Bagi dia, janji boleh dimungkiri. Macam-macam alasan boleh dibagi. Dia kata rakyat didahulukan. Tapi keluh kesah rakyat jelata tidak dipedulikan.
Yang dia dengar adalah cakap para penasihat dan perunding dalam dan luar negara yang kiblatnya kapitalisme dan syahadahnya pasaran terbuka.
Jadi apabila harga minyak mentah jatuh dan hutang negara naik mencanak, jawapan mudahnya adalah mencukai rakyat jelata.
Maka GST pun dimanterakan sebagai cukai paling adil dan paling saksama. Kali ini Najib tak bohong. GST tidak pilih mangsa. Orang kaya, orang senang, orang papa kedana, orang buta, pengemis dan orang yang dapat zakat semuanya kena GST.
Najib kata enam peratus saja. Negara lain lagi tinggi. Tapi dia tak cakap pula pasal kenaikan harga berganda kerana GST dikenakan di setiap peringkat pemprosesan dan pertukaran tangan.
Awas orang Langkawi
Jadi rakyat Langkawi kena berhati-hati. Manalah tahu, bukan mereka yang Najib sayangi tapi Dr Mahathir yang dia benci dan takuti.
Siapa yang majukan Langkawi kalau bukan Dr Mahathir? Dan tempat manakah yang menjadi tapak berpijak terawal bagi Dr Mahathir kalau bukan Langkawi? Dia doktor kerajaan terawal di pulau Mahsuri.
Najib hanya peduli Langkawi apabila ia sudah maju dan rakan sekutunya macam Peter Sondakh mula bertapak dengan projek raksasa berbilion ringgit.
Bagi orang Kedah yang lain, maaflah. Pertanian dan luar bandar bukan keutamaan Najib. Luar bandar dan rancangan Felda hanya berguna waktu pilihan raya.
Dalam pertemuan terakhir dengan Najib banyak tahun lalu, saya tanya apa sumbangan dia kepada orang luar bandar menggunakan duit yang dijimatkan daripada pemotongan subsidi minyak?
Saya kata, dia belanja berpuluh bilion bina MRT di Lembah Klang. Pasal apa tak belanja sikit untuk naikkan taraf projek pertanian macam Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) supaya setaraf dengan Sekinchan?
Dia kata “too expensive” (terlalu mahal). Saya tanya berapa? Dia kata RM2.3 bilion. Saya baca berita kata, MRT sudah telan belanja lebih RM32 bilion.
Itu belum kira projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) konsesi China (RM55 bilion), kereta api laju Kuala Lumpur-Singapura yang dianggarkan berharga RM70 bilion, pelabuhan China Kuantan, pelabuhan China Melaka dan macam-macam lagi projek urbanisasi.
Jadi janji RM1.3 bilion kepada orang Langkawi ini hanyalah tahi gigi. Najib peduli apa. Yang nak bayar balik hutang negara bukan dia tapi kita dan anak cucu kita. Tahun ini bayar bunga hutang saja RM31 bilion.
Sejak dia jadi Perdana Menteri pada tahun 2009 hutang negara naik 10 peratus setiap tahun. Kalau tak disekat, pada tahun 2021 hutang negara akan cecah RM1 trilion (RM1,000,000,000,000).
Apa kesan semua ini kepada rakyat jelata? Kita dibebankan dengan GST, nilai ringgit kita merudum, harga barang pengguna naik mencanak, biasiswa dipotong, hutang pendidikan tinggi dikurangkan, kerja tak ada, lulusan universiti jual nasi lemak dan bawa kereta sewa, hatta ubat di hospital pun dicatu.
Inilah hasil “17 Aku janji BN kepada rakyat” pada PRU 2013. Aku janji bertukar jadi janji dimungkiri. Jadi orang Langkawi dan rakyat jelata di seluruh negara berjaga-jaga dan berhati-hati.
Najib akan janji bulan, bintang dan matahari asalkan dia terselamat daripada sebuah mimpi yang amat ngeri.
Wallahuaklam.
*Tulisan ini kali pertama disiarkan di http://kadirjasin.blogspot.my
*Datuk A Kadir Jasin adalah Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM dan merupakan wartawan veteran.


Read More

Wednesday, 25 October 2017

[Video JANJI DICAPATI! Bajet PRU14~Apa jadi pada janji-janji BN PRU13 yang lalu?] 1MDB ‘cengkerang kosong’ (untuk mengaburi rakyat) tanpa mempunyai apa-apa selain hutang RM40 bilion.

Khamis, 26 Oktober 2017

Image result for Foto Belanjawan Alternatif Malaysia 2018

1MDB ‘cengkerang kosong’ hanya mengaburi rakyat

1MDB ‘cengkerang kosong’ hanya mengaburi rakyat

Dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak bahawa 1MDB memberi kesenangan kepada rakyat dan bakal menjana keuntungan hanyalah sekadar rekaan bagi mengabui mata rakyat.
Hakikatnya, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata, 1MDB kini menanggung hutang yang besar malah hampir kesemua kos tajaan haji serta biasiswa yang diberikannya sebenarnya ditanggung pembayar cukai.
“1MDB kini merupakan ‘cangkerang kosong’, tanpa mempunyai apa-apa selain hutang RM40 bilion.
“Justeru itu, bagaimana boleh Najib katakan bahawa 1MDB kononnnya dalam landasan untuk menjana keuntungan?” katanya dalam kenyataan, hari ini seperti dilapor Roketkin.
Tony berkata demikian sebagai mengulas tulisan Najib yang disiarkan di blog miliknya semalam.
Najib antaranya mendakwa bahawa 1MDB kononnya “berkemungkinan besar akan menjana keuntungan untuk rakyat” selepas pelan rasionalisasi dijalankan.
Mengulas lanjut, Tony yang juga Setiausaha Publisiti DAP berkata, soalan sensitif berkaitan 1MDB tidak harus ditolak di Parlimen jika benar syarikat pelaburan milik negara itu bakal menjadi penyelamat kepada ekonomi negara.
“Bagaimanapun, jika Najib memilih untuk tidak bertanggungjawab di Parlimen, maka ia hanya membuktikan bahawa dia hanyalah seorang Perdana Menteri yang paling korup dan pengecut dalam sejarah Malaysia,” ujarnya.
Sekurang-kurangnya 10 soalan berkaitan 1MDB yang ingin diajukan pembangkang ditolak oleh Speaker dalam sidang Dewan Rakyat kali ini dengan pelbagai alasan yang tidak munasabah.
Ia mengulangi tindak-tanduk yang sama dalam sesi Dewan Rakyat sebelum ini di mana Speaker menolak 30 soalan berhubung syarikat terbabit.
Malaysia Dateline

Read More

Monday, 5 May 2014

Setahun Sudah Ditipu Oleh Umno BN!...BR1M bakal dimansuhkan?

Isnin, 5 Mei 2014
Setahun Sudah Ditipu Oleh Umno BN!
Hari ini, genaplah setahun kita ditipu dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Seperti yang ditegaskan sejak setahun yang lalu, kita tidak wajar mengiktiraf kemenangan Barisan Nasional walau dengan apa pun hujahnya.

Dakwat tidak kekal memberi ruang manipulasi kepada 300 ribu pengundi awal - ini jangan sesekali dilupakan.

Membiarkan BN terus memerintah negara ini walaupun dalam hati tidak bersetuju dan tidak redha, adalah bersubahat dengan penipuan yang dilakukan.

Mengekalkan beberapa negeri tidak harus jadi alasan untuk bertahan, kerana rakyat terus sengsara dengan dasar dan polisi sebuah kerajaan yang menang secara menipu.

Natijahnya cukup besar apabila kita membiarkan aparat ini terus berkuasa.

Kenaikan harga gula, harga petrol dan tarif elektrik yang seterusnya menjadi anjakan kenaikan kepada hampir semua sektor perbelanjaan rakyat Malaysia.

Malah pemberian BR1M yang dijanjikan sebanyak RM1,200 dalam manifesto BN sebagai umpan hanya dapat separuh sahaja, kini timbul pula ura-ura BR1M bakal dimansuhkan kononnya kerana ia bebankan kerajaan dan gagal hapus kemiskinan.

Ini disebut sendiri oleh Tun Mahathir dan Ahmad Maslan selaku menteri berkaitan. Apalah nasib, penyokong BN pun ditipu hidup-hidup.

Rakyat Malaysia terus dirudum malang apabila Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) diperkenalkan.

GST diluluskan di Dewan Rakyat dengan sokongan 119 ahli Parlimen BN.

Bagi mengolah persetujuan ramai, ratusan juta wang rakyat dibelanjakan untuk propaganda betapa indahnya rupa GST.

Semua kebaikan GST yang diamalkan oleh negara maju dijaja dengan fakta yang penuh tersembunyi.

Mantiknya, mereka boleh menipu dalam pilihanraya untuk mengekalkan kuasa, mereka juga boleh menipu dalam melaksanakan GST.

Satu contoh mudah, mereka katakan tiada GST untuk pengguna lebuhraya bertol, tetapi pengguna tol akan dikenakan 6% GST setiap kali isian semula 'Touch n Go'. Nampak?

Anda tentu pernah dengar cadangan untuk semua pengguna lebuhraya diwajibkan guna 'Touch n Go' untuk elak kesesakan di lebuhraya. Nampak?

Satu lagi contoh, mereka katakan pembelian rumah dikecualikan dari GST, namun segala ramuan untuk menyiapkan rumah dikenakan GST.

Pemaju perumahan tidak terkecuali dikenakan GST untuk setiap batu bata, simen, besi, pasir dan sebagainya.

Ya, benar harga rumah tiada GST, tetapi harga jualan tetap akan melambung tinggi. Maksudnya, GST dikenakan sebelum rumah tersebut sedia untuk dijual.

Jika GST yang dilaksanakan di luar sana dikatakan baik untuk negara dan rakyatnya, pelaksanaan GST 'versi Malaysia' adalah tembolok untuk kerajaan Umno dan malapetaka buat rakyat Malaysia.

Justeru itu, sempena Hari Buruh, 1 Mei 2014 menyaksikan lebih 50 ribu rakyat protes secara berhimpun mewakili jutaan rakyat Malaysia membantah pelaksanaan GST.

Paling dramatik, satu perarakkan bersejarah 'Hari Buruh' berlangsung dari KLCC ke Dataran Merdeka melalui Bukit Bintang dan Pudu.

Perarakan tersebut disertai oleh ribuan anak muda dan kaum buruh dengan agenda membantah GST.

Selesai tunjuk perasaan, selesai ceramah, apakah hasilnya aksi kali ini? Dalam masa tidak sampai tempoh 24 jam, satu pengumuman dibuat oleh pihak kerajaan.

Pengumuman oleh menteri yang berbunyi, "Kerajaan akan tetap melaksanakan GST pada April 2015".

Lihatlah betapa angkuhnya mereka, tidak langsung mempertimbangkan aspirasi rakyat yang tersepit. Jelas petualang ini tidak peduli.

Mungkinkah kerana pilihan raya lambat lagi? Apakah kita perlu tunggu pilihan raya dan akhirnya ditipu lagi?

Dataran Merdeka mungkin sudah tidak mendatangkan gerun buat mereka.

Mengimbau kembali, malam tahun baru 2014 menjadi saksi bagaimana anak muda berjaya masuk ke Dataran Merdeka dengan jumlah yang hampir sama dengan aksi 1 Mei.

Ketika itu tiada kebenaran polis, tiada ceramah politik, malah tiada penganjur rasmi. Hanya yang ada ialah amaran keras daripada anak muda.

Aksi ini berhasil, selain daripada mendapat liputan berita dunia, hasrat kerajaan menaikkan harga tol sebagai menu hidangan kepada kroni juga terpaksa dibatalkan.

Maka dapatlah dirumuskan bahawa perhimpunan yang berkompromi dengan kerajaan tidak akan membuahkan hasil, malah dihina pada hari berikutnya.

Jumlah kehadiran 50 ribu bukanlah satu angka yang boleh dibanggakan kerana kita pernah gegarkan Kuala Lumpur dengan angka 250 ribu, suku juta dalam tempoh dua tahun sebelumnya.

Jangan sesekali kecewa dengan hasil perjuangan kali ini, jangan sesekali mengalah hanya kerana perhimpunan itu 'ceramah'.

Kita anak muda perlu berjiwa besar dan perlu terus menyusun gerakan ampuh untuk mengajar regim erti kuasa rakyat.

Barangkali jika perhimpunan aman itu berlangsung di Putrajaya seperti yang pernah dicadang, meninggalkan tiada ruang untuk pentas ceramah diatur, tiada ruang untuk berkompromi.

Jangan jadikan logistik sebagai alasan. Ya benar, bukan senang untuk ratusan ribu muncul berhimpun di Putrajaya kerana faktor logistiknya.

Tetapi harus juga diingat, bukan senang ratusan ribu mahu pulang selepas berjaya masuk ke Putrajaya.

Berbalik kepada jubli setahun penyelewengan demokrasi rakyat, renungkanlah kembali dalam masa setahun ini, apakah kita akan terus bersabar menjelang tahun-tahun yang mendatang?

Apakah kita akan terus bersubahat?

Kita tidak harus berserah dan menunggu, kita akan terus ditipu dan mereka terus bermewah merompak khazanah negara.

Ingatlah, janji Tuhan tidak akan merubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu mengubah nasibnya sendiri (bangkit dan lawan).

Malah bala (GST) itu tidak mengenal siapa yang kamu sokong dalam pilihan raya 5 Mei yang lalu, sokong PR pun terkena, sokong BN pun terkena, semua tidak terkecuali.

Penulis ialah aktivis blogger dan Pengarah Propaganda SAMM
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena