Showing posts with label KDN. Show all posts
Showing posts with label KDN. Show all posts

Thursday, 12 December 2013

KDN ('Syiah'): Takan kutip dari Blog & CN Afghan jee.. Sapa dua orang ustaz Syiah tu?

Jumaat, 13 Disember 2013

Inilah 10 alasan KDN bahawa Mat Sabu Syiah... takan kutip dari Blog & CN Afghan jee..??

BUKTI KUKUH MAT SABU SYIAH KDN AMBIL DARI CN AL-AFGHANI DAN BLOGSPOT?

Walaupun disebut TG Hj Rahim Pendang kata Mat Sabu syiah pasai dia sendiri pernah tengok sendiri Mat Sabu solat dan sujud atas batu kecil leper macam orang syiah, tapi sumbernya takkan cedok dari blogspot ja kut? Jangan-jangan dari blog setaraf blog papagomo ja...

AstroAwani melaporkan:
Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Abdul Rahim Mohamad Radzi mengesahkan "orang nombor dua PAS" yang didedahkan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebagai pengikut fahaman Syiah adalah Timbalan Presiden parti Islam itu, Mohamad Sabu.

Dalam satu sidang media di Putrajaya hari ini, Abdul Rahim berkata kenyataan itu adalah berdasarkan 10 fakta dan maklumat yang dikumpul oleh KDN termasuk keterangan daripada Mohamad sendiri. - AstroAwani.
Kat bawah ni aku riongkaskan 10 bukti tu:  
  1. Pernah gesa contohi pimpinan politik berdasarkan cara Imam Khomeini.
  2. Kagum dengan kepimpinan dan perjuangan Khomieni yang banyak mencorakkan kepimpinannya.
  3. Gunakan pendekatan Imam Khomeini sebagai terma rujukan untuk penganut kristian sambut krismis.
  4. Terumarah AntaraPos dengan Aidid Ghazali, Timbalan Presiden Jati yang kata Mat Sabu ikon syiah.
  5. Secara terang-terang puji Satiausaha Agung Syiah Lubnan dan mengaku selalu bersama isteri dia jumpa Sayyed Hassan Nasrallah.
  6. Pernah melawat sebuah masjid syiah di Kampung Aluar Wilayah Satun Selatan Thailand serta melawat pemimpin syiah di sana.
  7. Beberapa kali hadir kelas pengajian di sebuah rumah di Bukit Merah oleh yang mengajar di sebuah sekolah agama di Gunung Semanggol.
  8. Temuramah oleh Ust Zamihan, CN Al-Afghani bagitau Mat Sabu kerap melawat Iran dan pernah terlibat program penghantaran pelajar Malaysia ke Iran.
  9. Temuramah oleh Ust Zamihan, Dr. Aziz Hanafi bagitau Mat Sabu pernah lafaskan salawat macam salawat orang Syiah.
  10. Dari sumber blogspot, TG Hj Abdul Rahim dari Pendang Kedah kata pernah nampak Mat Sabu solat dengan sujud atas batu kecil leper macam orang syiah.
Dari 10 'bukti' tu cuma bukti no. 7, no 9 dan no. 10 tu ja kut yang nampak agak power sikit, yang lain tu kalau dapat kat peguam Hanifa Maidin jenuh la Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri kena tekan nak menjawab dalam mahkamah.

Untuk bukti no. 7 tu tak dinyatakan sapa 2 orang ustaz yang dikatakan berfahaman syiah tu, apa pulak bukti yang kata 2 ustaz tu syiah dan bila pulak dia didakwa atau diambik tindakan oleh JAIP atau Jakim atau mana-mana mahkamah.

Untuk bukti no 9 tu aku berminat nak dengar komen dari Ust Aziz Hanafi sendiri. Kalau takat "Abdul Rahim kata Ust Zamizan kata dia dengar dari Dr. Aziz Hanafi kata bla bla bla..." tak jadi kut...

Untuk bukti no. 10 tu pulak walaupun disebut TG Hj Rahim Pendang kata Mat Sabu syiah pasai dia sendiri pernah tengok sendiri Mat Sabu solat dan sujud atas batu kecil leper macam orang syiah, tapi sumbernya takkan cedok dari blogspot ja kut? Jangan-jangan dari blog setaraf blog papagomo ja...

Sumber: Bukti kukuh Mat Sabu Syiah KDN ambil dari CN Al-Afghani dan blogspot? | Cenangau Daunkari http://cenangau.blogspot.com/2013/12/ukti-kukuh-mat-sabu-syiah-kdn-dari-blogspot.html#ixzz2nHV0D1FC 
Follow us: @cenangau on Twitter | CenangauDkari on Facebook
Read More

Tuesday, 12 February 2013

IC PROJECT: Anwar & Abdullah Tak Terlibat - Mat Swadi Awi



IC PROJECT: AGENDA TERSEMBUNYI MAHATHIR


IC PROJEK copy

Rabu, 13 Februari 2013
KUALA LUMPUR 13 FEB: Seorang individu yang mengaku bertindak sebagai dalang Projek IC sekitar lewat 80-an dan awal 90-an berkata, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi tidak pernah terlibat dalam operasi itu.

Mat Swadi Awi yang merupakan pengurus Bank Pertanian Malaysia di cawangan Kota Kinabalu pada tahun 1980-an, menceritakan peranannya dalam projek itu bersama bekas presiden Usno, Allahyarham Tun Datu Mustapha Datu Harun dalam temuramahnya dengan Harakah Daily.

Mat Swadi yang mengakui dirinya ‘Gurkha setia’ Abdullah menjelaskan peranannya dalam operasi itu dan menegaskan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terlibat dalam operasi itu.
Beliau turut mengaku menjadi dalang di sebalik kemasukan Umno ke Sabah di samping menghapuskan Usno dari negeri itu.

“Anwar tidak pernah terlibat langsung dalam projek IC ini sebab semua orang Umno tahu bahawa Anwar bukannya ‘sekutu’ dengan Allahyarham Megat Junid (Megat Ayob) dan juga dengan Pak (Tan Sri Aziz Shamsuddin).

Mat Swadi yang tidak pernah dipanggil untuk memberi keterangan dalam suruhanjaya menyiasat pemberian kewarganegaraan (RCI) di Sabah berkata penglibatan awalnya pada tahun 1980-an adalah bagi membantu Usno dan Mustapha kembali mendapatkan kuasa daripada PBS, dan beliau merupakan kenalan terdekat Mustapha sewaktu usaha tersebut dijalankan.

Tambahnya, lebih 20,000 pengundi baru didaftar dan diagih-agihkan di kawasan yang menjadi tumpuan Usno, dan beliau juga mendakwa pernah bertemu Megat Junid di kediaman Mustapha di Petaling Jaya.

Projek IC diteruskan di Semenanjung
Menurut Mat Swadi, Mahathir mahu memastikan PBS tumbang di Sabah selepas mereka mengancam mahu membawa negeri itu keluar dari Persekutuan, dan beliau menyokong Usno untuk melaksanakan tugasan itu.
Bagaimanapun, semua usaha berkenaan sia-sia apabila Mahathir membawa Umno masuk ke Sabah dan melantik timbalan Mustapha dalam Usno, Tan Sri Sakaran Dandai sebagai ketua perhubungan negeri.
Beliau turut mendakwa bahawa projek itu diteruskan di semenanjung dengan memberi kad pengenalan biri kepada orang Indonesai di Johor yang ditugaskan untuk memastikan kemenangan Umno BN.
Dakwanya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengesan orang Indonesia yang diberikan kewarganegaraan tetapi tidak mengundi Umno BN dan menarik balik kewarganegaraan mereka./KeadilanDaily

Patutlaaa..... Tak Menang..

Ubah...Sekarang!


Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena