Showing posts with label PATI. Show all posts
Showing posts with label PATI. Show all posts

Friday, 14 November 2014

PATI - Musibat akibat haloba kedarah duit kaut untung...DAH TERLAMBAT!

Jumaat, 14 November 2014
Photo: Macam-macam Ada kat Malaysia...

JUDI haram, ANAK haram, HARAMjadah..
Terbaru.. Ejen haram PATI (y)

Agak2... siapakah 'ejen halal' PATI yer :)
Macam-macam Ada kat Malaysia...

JUDI haram, ANAK haram, HARAMjadah..
Terbaru.. Ejen haram PATI 

Agak2... siapakah 'ejen halal' PATI yer 
SEBAHAGIAN PATI warga Indonesia yang ditahan Pasukan Polis Marin Wilayah Dua di Kota Tinggi, Johor - Kosmo

Pemimpin yang bodoh terhasil dari pengundi yang bodoh...gitu lah kira kiranya... bila negara dilanda musibat akibat haloba kedarah duit kaut untung bawa pendatang asing, maka rakyat juga yg kena hadap.

Semua nak susahkan rakyat!!! sampai bila kami nak kena hadap ni?


Operasi penahanan pendatang asing tanpa izin...


Photo: MENGAPA BEGITU MUDAH pemberian warganegara kepada 'mereka'???.. MENGAPA byk berlaku di negeri2 FIXED-DEPOSIT BN ??

Adakah ini caranya utk memanjangkan legasi & usia kukubesi KERAjaan UMNO/BN ??.. Apa sebenarnya yg UMNO mahu ini ? Zahid apa sebenarnya yang UMNO inginkan ??

SIAPAKAH SEBENARNYA PENGKHIANAT NEGARA ???

MENGAPA BEGITU MUDAH pemberian warganegara kepada 'mereka'???.. MENGAPA byk berlaku di negeri2 FIXED-DEPOSIT BN ??

Adakah ini caranya utk memanjangkan legasi & usia kukubesi KERAjaanUMNO/BN ??.. Apa sebenarnya yg UMNO mahu ini ? Zahid apa sebenarnya yang UMNO inginkan ??

SIAPAKAH SEBENARNYA PENGKHIANAT NEGARA ???
Follow · November 12 · Edited · 

Itu la, siapa suru itu pemimpin UMNO bgi sijil kerkytan sama pendatang. Klu pendatang suda ramai, tak mustahil malaya akan dicoroboh oleh pendatang...
Boleh juga la... Ambil semua PTI, bawa ke semananjung... Mcm mahu..?


All Allif UMNO adalah PENIPU BESAR DALAM KERJAAN Malaya. Di Sabah, UMNO berusaha memberikan sijil kelahiran anak2 PTI, kalu ibu bapa PTI, anak juga PTI.. Kenapa kerjaan tidak hantar PTI ini balik Negara mereka, malah diberikan kerkytaan dalam Malaysia. Jadi siapa yg gadaikan Negara Malaya...? Jika orang Malayu di Malysia, masih sayang kan tanah Malaya. Fikir2 lah, sebelum sokong parti UMNO. Apakah diperboleh kan, dalam ungang2 malaysia, untuk menjadi rkyat dengan begitu mudah, dan memberikan sijil kerkytaan kepada PENDATANG TAMPA IZIN.? DI MANA UNDANG2???



Read More

Friday, 15 March 2013

LAHAD DATU:Publisiti Terbaik IC Scandal - UMNO SUICIDE?

Jumaat, 15 Mac, 2013
TIAN  CHUA
UMNO bunuh diri?

Berita di TV sebentar tadi menyiarkan liputan pendakwaan Tian Chua, yang dituduh di bawah akta hasutan.Menariknya, pertuduhan itu apabila dibaca berbunyi UMNO dan pemberian IC.Sudah tentu ianya merupakan publisiti percuma kepada Tian Chua dan PR yang selama ini kenyataan pemimpinnya tidak pernah mendapat liputan TV.Pertuduhan tersebut yang dibuat dalam empat tuduhan hanyalah kenyataan Tian Chua tentang kelemahan menangani pencerobohan dan penipuan UMNO dalam isu pemberian IC kepada warga asing termasuk bangsa Sulu.
Nampaknya UMNO semakin huru hara kerana militia Sulu menuntut Sabah.Ezam baru sahaja mengumumkan penubuhan Bersatu, NGO yang tidak bermotifkan politik yang disertai oleh NGO bukan politik seperti PERKASA dan beberapa NGO yang mengamok di depan ibu pejabat PKR baru baru ni.Ezam medakwa peristiwa Lahad Datu patut membawa kita bersatu, kalau kita gagal bersatu kerana anasir luar ini, alamak negara kita akan menjadi negara yang gelap(maaf lupa kata kata ezam tadi).Ezam mahu kita bersatu dalam masa dia mendesak supaya kerajaan mengkaji undang undang yang lebih berat untuk mendakwa Tian Chua, katanya pertuduhan itu masih belum cukup, kalau boleh kerajaan patut menggunakan peruntukan yang boleh menggugurkan kerakyatannya kerana kurang ajar.

Huru haranya UMNO nampak jelas sekarang, siapa yang mengembangkan dan menyuburkan peningkatan anasir luar? Tapi UMNO tetap mahu menyalahkan orang lain.Tian Chua yang kurang ajar atau Ezam dan NGO bukan politiknya? Ezam mahu kita(merujuk kepada orang melayu) bersatu dan mahukan Tian Chua(bangsa cina) dilucutkan kerakyatannya.Apa maknanya? maknanya dia menyanggah dasar 1Malaysia Najib dan menyegarkan perkauman.Dari sudut perundangan, kata kata Ezam ini adalah hasutan yang boleh didakwa seperti Tian Chua.

UMNO mungkin hanya menggali kuburnya sendiri dari dakwaan kepada Tian Chua, apabila dibicarakan nanti, pasti nama UMNO dan IC kepada pendatang asing bakal berkumandang di mahkamah, samaada Tian Chua bersalah atau tidak, rakyat kebanyakan terutamanya pengundi atas pagar akan mendapat lebih maklumat dan kefahaman mengenai pengkianatan UMNO selama ini.

Sandiwara yang didakwa disebut ole Tian Chua ialah sandiwara UMNO bukannya sandiwara polis atau pasukan keselamatan.Tiada langsung unsur menghina polis seperti didakwa sebelum ini.Bagi seorang yang waras, sudah tentu timbul persoalan di pertuduhan mana Tian Chua menghina polis? Tian Chua hanya mengata UMNO, jadi kenapa UMNO tidak boleh dikata sehingga boleh didakwa? orang mengigaupun boleh sedar tentang ini, tidak ada penghinaan langsung, jadi di mana warasnya orang UMNO minta dilucutkan kerakyatannya?

Mungkin ramai akan membuka mata melihat tuduhan yang dikenakan ke atas Tian Chua kerana publisiti yang diperolehinya.UMNO hanya membunuh diri dengan tindakan tidak bijaknya dan kalau DSAI ditangkap dan didakwa kerana menjadi dalang pencerobohan,maka usia UMNO mungkin lebih cepat ditamatkan.
-tranungkite-
at 3/15/2013 10:18:00 PG  
PANTAI TIMUR SABAH DIKUASAI PATI DAN PADI?
Saudara Pengarang,
SAYA sangat bersetuju dengan pendedahan berhubung warga asing yang mendapat kerakyatan secara tidak sah dan sangat gembira kerana ada anak Sabah yang berani membuat pendedahan ini demi masa depan anak cucu cicit kita.

Tidak tahu di mana silapnya Kerajaan Malaysia kerana semua akui bahawa daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Tungku dan Sandakan seolah-olah telah di kuasai oleh Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan Pendatang Asing Dengan Izin (PADI) ini.
Sabahkini.net
PENDATANG HARAM INDIA DI SABAH?
MURAH...Yakub menunjukkan simbolik betapa murahnya Mykad berlatar belakang Mykad Ansar, Setiausaha Agung DPIM.

ISU Pendatang asing tanpa izin di Sabah semakin menular berikutan pendedahan seorang warganegara Malaysia, Kamaruddin Omar bahawa ramai warga asing India menetap di Sabah setelah memalsukan keterangan diri untuk mendapatkan kad pengenalan projek atau palsu.


TERJEMAHAN PERCAKAPAN KAMARUDDIN.
"Vanakam, Nama saya Kamaruddin, saya warganegara Malaysia.
Ramai orang INDIA datang ke sini untuk mencari kerja. Untuk masuk ke Sabah, kamu menggunakan Pas Lawatan. Sesudah datang ke negeri ini, tolong hormati undang-undang negara ini!"

Segelintir kamu tidak menghormati undang-undang negara ini. Kamu sanggup buang passport kamu untuk mendapatkan status warganegara (melalui IC-Projek) dan MYKAD palsu. Semua ini kamu lakukan secara salah disisi undang undang. Selepas itu kamu menjadi warganegara Malaysia mengikut 'pintu belakang'. Bagaimana kalau perkara ini terjadi di negara kamu?
Read More

Friday, 1 March 2013

KESELAMATAN BORNEO UTARA: LAHAD DATU,Dua Komando Polis Malaysia Maut!

Jumaat, 1 Mac 2013



Terkini: Pencerobohan di Lahad Datu tamat


Jurucakap Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina, Raul Hernandez dilaporkan berkata pencerobohan pengikut sultan Sulu di Sabah telah tamat.
ABS-CBNnews memetik Hernandez berkata bahawa pihak berkuasa Malaysia, khususnya pasukan polis, sedang memburu kumpulan tersebut. 
azlan
Menurutnya, dua anggota polis Malaysia terbunuh dan seorang lagi cedera selepas kenderaan mereka ditembak oleh kumpulan tersebut.
ABS-CBNnews memetik Hernandez sebagai berkata duta telah memaklumkan bahawa pencerobohan itu telah tamat.
Hernandez berkata, jabatan halehwal luar (DFA) sedang mengesahkan laporan dari pengikut Sultan Jamalul Kiram bahawa 10 pengikut Azzimudie terbunuh dan empat yang lain cedera.

"Apa yang kita tahu dari duta Malaysia ialah 10 pengikut Azzimudie menyerah diri dan pemilik rumah tempat Azzimudie tinggal telah 
terbunuh. Di pihak berkuasa Malaysia, dua orang terbunuh dan seorang cedera selepas kenderaan polis Malaysia ditembak oleh kumpulan tersebut," demikian menurt kenyataan Hernandez.
Laporan itu juga menyebut bahawa dua pengikut Azzimudie telah melarikan diri ke arah laut, menurut Duta Malaysia.

NONE
Manila juga telah meminta kebenaran untuk membolehkan kapal Tentera Laut Filipina, AT-296 BRP Tagbanua, ke Lahad Datu untuk 
membolehkan kakitangan perubatan Filipina merawat mereka yang cedera dan membawa pulang baki anggota kumpulan itu ke kampung dan keluarga masing-masing.

Sementara itu, akhbar The Star melaporkan polis di Lahad Datu berkata mereka tidak menerima sebarang arahan untuk menguatkuasakan perintah darurat.
Ketua Polis Daerah Semporna Timbalan Supt Firdaus Francis Abdullah berkata mereka semua bersiap sedia, bersama-sama dengan pasukan keselamatan lain.
"Kami masih belum menerima apa-apa perintah darurat dari pihak berkuasa atasan," kata Firdaus, sambil menambah bahawa langkah berjaga-jaga adalah perlu dan rakyat perlu bertenang.

"Ramai yang bimbang masalah itu akan merebak ke Semporna, tetapi sebenarnya tidak perlu bimbang di sini sebagai lelaki bersenjata Sulu telah dikepung di Lahad Datu," katanya.
Pihak polis juga menasihatkan orang ramai untuk tinggal di dalam rumah dan jangan mendengar khabar angin./Mkini.




2 Anggota Polis Terkorban Di Lahad Datu, Bukti Najib Perlekeh Keselamatan Negara
Posted by Addin Deen at 3/01/2013

Dato' Seri Anwar Ibrahim Mengucapkan Takziah
Saya ucapkan takziah kepada keluarga dua anggota keselamatan negara, Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin dari Unit 69 Komando yang terkorban dalam insiden bersenjata di Lahad Datu, Sabah hari ini.Kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Razak dan menteri yang bertanggungjawab menjaga urusan keselamatan dan pertahanan negara sewajarnya tampil menjelaskan kepada rakyat tentang peristiwa berdarah ini.

Mengapa sebegitu mudah sempadan negara dibolosi oleh sekumpulan warga asing bersenjata dan mengapakah kerajaan begitu berkompromi dalam menyelesaikan isu ini?
Isu keselamatan negara tak sewajarnya dipandang remeh dan diambil mudah oleh pihak kerajaan. Rakyat perlu diberikan maklumat mengenai apa yang berlaku.
Dato Seri Anwar Ibrahim
Ketua Umum KEADILAN
PATI di LAHAT DATU!
WALAUPUN setiap pemimpin Islam melafazkan doa Iftitah, “….Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya pada Allah, Tuhan seru sekelian alam….” setiap kali menunaikan solat, namun hakikatnya mereka mendustai Allah Azzawajalla dengan mengabaikan kebajikan Umat Islam yang mereka pimpin. Kesemua empat Wakil Rakyat di Parlimen Silam beragama Islam, tetapi mereka cuai membela agama Allah di bumi Anbia ini sehingga Rumah Tuhan umpama kandang haiwan atau rumah PPRT. Bilakah mereka akan sedar dan ‘bertaubat’? Saksikan Klip Video Betapa GERSANGNYA IMAN Pemimpin UMNO di Silam./sabahkini.net
"SURAU TUHAN UMNO" | LDP Tampil hulur derma... Mana pemimpin UMNO ??
PARTI Liberal Demokratik (LDP) yang sebelum ini dilabelkan sebagai ‘duri dalam daging’ Barisan Nasional ekoran kelibat pemimpin parti berkenaan berseteru dengan pemimpin BN Sabah, kini membuktikan mereka ikhlas bersama BN kerana pihak yang pertama tampil menghulurkan derma kepada Tabung Madrasah Al-Gayah Nur Salam di Kampung Lamak Bukit, Silam, 20 kilometer dari Lahad Datu.

Timbalan Ketua Bahagian LDP Silam, Chong Su Vun, yang melawat tapak Madrasah berkenaan setelah membaca Sabahkini.net kelmarin, tampil menghulurkan derma ikhlas bagi meringankan beban penduduk kampung membangunkan madrasah berkenaan.

“Kita tidak berniat untuk menghina atau mencampuri hal ehwal agama Islam tetapi demi menunaikan tugas kita sebagai manusia, sedih kenapa perkara sebegini boleh berlaku di negeri kita, apatah lagi ramai ahli LDP beragama Islam meminta kita membantu sedaya yang termampu,” kata Chong selepas menyampai derma peribadi dan derma LDP yang disampaikan melalui Imam Rawatib bertauliah, Haji Jimlok Zakaria.

Bagaimanapun Chong agak kesal kerana majlis berkenaan cuba dihalang oleh Haji Wahab Nonong (PATI yang didakwa menghalau Imam dan merampas Surau) yang mempertikaikan tujuan Chong datang mencampuri urusan pertikaian tanah antara beliau dengan pihak yang menaja pembinaan madrasah baru, Nina Bte Gayah.

“Kita jelaskan kepada Haji Wahab, LDP tidak ingin mencampuri urusan pertikaian tanah adat berkenaan, tetapi kita hanya mahu hulurkan derma kepada jawatankuasa madrasah kerana ahli beragama Islam LDP malu melihat agama mereka dipersenda oleh pemimpin yang tidak mahu bantu rakan seagama mereka; sampai terpaksa sembahyang di surau daif ini,” kata Chong yang juga Ahli Majlis Daerah Lahad Datu.

Dalam hubungan ini, Chong menggesa agar Haji Wahab tidak mencampur adukkan kepentingan diri dengan kepentingan agama disebabkan isu agama amat sensitif dan boleh menimbulkan huru hara jika tidak ditangani dengan baik.

“Bagi pihak LDP, niat kita ikhlas kerana kita bukan sahaja bantu penganut agama Islam, malah penganut agama lain juga kita bantu dan saya harap jangan politikkan bantuan ikhlas kami,” ujar Chong lagi yang menyeru semua pihak agar tampil menderma bagi membolehkan penduduk Lamak Bukit menyiapkan rumah ibadah mereka.
-MUHAMMAD HAIKAL HALIM
sabahkini.net.




PRESIDEN PAS AKAN LAWAT SURAU TUHAN UMNO!






MEMBACA pendedahan Sabahkini.net berhubung isu rampasan surau Kg. Lamak Bukit, Silam yang bertajuk ‘Pati Halau Imam, Rampas Surau?’ serta mengamati Klip Video ‘Tuhan UMNO Hanya Dapat Surau PPRT!’; membuatkan kita terpanggil untuk turut sama merasai episod malang yang menimpa jemaah di surau tersebut.

PAS Negeri Sabah menyeru pemimpin UMNO tempatan yang pernah mempelopori apa yang mereka sifatkan sebagai Islam 'moderate' yang mereka jenamakan sebagai Islam Hadhari, bertindak segera bagi memperbaiki kepincangan agar Islam tidak terus tercemar!

Sekiranya pemimpin UMNO kelahiran Islam Hadhari yang kini berkonsepkan 1Malaysia gagal untuk menangani episod yang mengaibkan Islam ini, maka PAS Negeri Sabah akan meminta PAS Kawasan Silam melawat surau ini dan seterusnya berusaha menjernihkan situasi yang boleh membawa kepada wujudnya perpaduan di kalangan sesama umat Islam di sana.

Insyaallah dalam lawatan kerja Presiden PAS ke Sabah pada bulan Oktober ini, PAS Negeri Sabah akan menganjurkan pertemuan dengan masyarakat Islam Kampung Lamak Bukit.

Juga termasuk dalam jadual lawatan kerja Presiden PAS ke Sabah ialah melawat peneroka di kawasan Kg. Koyah 'A' dan Koyah Bersatu yang terus menerus ditindas dan dizalimi.
Salam Hormat,
HJ. HAMZAH HJ. ABDULLAH
-sabahkini.net
Rakyat Sabah Ubah Sekarang!
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena