Friday 1 March 2013

KESELAMATAN BORNEO UTARA: LAHAD DATU,Dua Komando Polis Malaysia Maut!

Jumaat, 1 Mac 2013



Terkini: Pencerobohan di Lahad Datu tamat


Jurucakap Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina, Raul Hernandez dilaporkan berkata pencerobohan pengikut sultan Sulu di Sabah telah tamat.
ABS-CBNnews memetik Hernandez berkata bahawa pihak berkuasa Malaysia, khususnya pasukan polis, sedang memburu kumpulan tersebut. 
azlan
Menurutnya, dua anggota polis Malaysia terbunuh dan seorang lagi cedera selepas kenderaan mereka ditembak oleh kumpulan tersebut.
ABS-CBNnews memetik Hernandez sebagai berkata duta telah memaklumkan bahawa pencerobohan itu telah tamat.
Hernandez berkata, jabatan halehwal luar (DFA) sedang mengesahkan laporan dari pengikut Sultan Jamalul Kiram bahawa 10 pengikut Azzimudie terbunuh dan empat yang lain cedera.

"Apa yang kita tahu dari duta Malaysia ialah 10 pengikut Azzimudie menyerah diri dan pemilik rumah tempat Azzimudie tinggal telah 
terbunuh. Di pihak berkuasa Malaysia, dua orang terbunuh dan seorang cedera selepas kenderaan polis Malaysia ditembak oleh kumpulan tersebut," demikian menurt kenyataan Hernandez.
Laporan itu juga menyebut bahawa dua pengikut Azzimudie telah melarikan diri ke arah laut, menurut Duta Malaysia.

NONE
Manila juga telah meminta kebenaran untuk membolehkan kapal Tentera Laut Filipina, AT-296 BRP Tagbanua, ke Lahad Datu untuk 
membolehkan kakitangan perubatan Filipina merawat mereka yang cedera dan membawa pulang baki anggota kumpulan itu ke kampung dan keluarga masing-masing.

Sementara itu, akhbar The Star melaporkan polis di Lahad Datu berkata mereka tidak menerima sebarang arahan untuk menguatkuasakan perintah darurat.
Ketua Polis Daerah Semporna Timbalan Supt Firdaus Francis Abdullah berkata mereka semua bersiap sedia, bersama-sama dengan pasukan keselamatan lain.
"Kami masih belum menerima apa-apa perintah darurat dari pihak berkuasa atasan," kata Firdaus, sambil menambah bahawa langkah berjaga-jaga adalah perlu dan rakyat perlu bertenang.

"Ramai yang bimbang masalah itu akan merebak ke Semporna, tetapi sebenarnya tidak perlu bimbang di sini sebagai lelaki bersenjata Sulu telah dikepung di Lahad Datu," katanya.
Pihak polis juga menasihatkan orang ramai untuk tinggal di dalam rumah dan jangan mendengar khabar angin./Mkini.




2 Anggota Polis Terkorban Di Lahad Datu, Bukti Najib Perlekeh Keselamatan Negara
Posted by Addin Deen at 3/01/2013

Dato' Seri Anwar Ibrahim Mengucapkan Takziah
Saya ucapkan takziah kepada keluarga dua anggota keselamatan negara, Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin dari Unit 69 Komando yang terkorban dalam insiden bersenjata di Lahad Datu, Sabah hari ini.Kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Razak dan menteri yang bertanggungjawab menjaga urusan keselamatan dan pertahanan negara sewajarnya tampil menjelaskan kepada rakyat tentang peristiwa berdarah ini.

Mengapa sebegitu mudah sempadan negara dibolosi oleh sekumpulan warga asing bersenjata dan mengapakah kerajaan begitu berkompromi dalam menyelesaikan isu ini?
Isu keselamatan negara tak sewajarnya dipandang remeh dan diambil mudah oleh pihak kerajaan. Rakyat perlu diberikan maklumat mengenai apa yang berlaku.
Dato Seri Anwar Ibrahim
Ketua Umum KEADILAN
PATI di LAHAT DATU!
WALAUPUN setiap pemimpin Islam melafazkan doa Iftitah, “….Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya pada Allah, Tuhan seru sekelian alam….” setiap kali menunaikan solat, namun hakikatnya mereka mendustai Allah Azzawajalla dengan mengabaikan kebajikan Umat Islam yang mereka pimpin. Kesemua empat Wakil Rakyat di Parlimen Silam beragama Islam, tetapi mereka cuai membela agama Allah di bumi Anbia ini sehingga Rumah Tuhan umpama kandang haiwan atau rumah PPRT. Bilakah mereka akan sedar dan ‘bertaubat’? Saksikan Klip Video Betapa GERSANGNYA IMAN Pemimpin UMNO di Silam./sabahkini.net
"SURAU TUHAN UMNO" | LDP Tampil hulur derma... Mana pemimpin UMNO ??
PARTI Liberal Demokratik (LDP) yang sebelum ini dilabelkan sebagai ‘duri dalam daging’ Barisan Nasional ekoran kelibat pemimpin parti berkenaan berseteru dengan pemimpin BN Sabah, kini membuktikan mereka ikhlas bersama BN kerana pihak yang pertama tampil menghulurkan derma kepada Tabung Madrasah Al-Gayah Nur Salam di Kampung Lamak Bukit, Silam, 20 kilometer dari Lahad Datu.

Timbalan Ketua Bahagian LDP Silam, Chong Su Vun, yang melawat tapak Madrasah berkenaan setelah membaca Sabahkini.net kelmarin, tampil menghulurkan derma ikhlas bagi meringankan beban penduduk kampung membangunkan madrasah berkenaan.

“Kita tidak berniat untuk menghina atau mencampuri hal ehwal agama Islam tetapi demi menunaikan tugas kita sebagai manusia, sedih kenapa perkara sebegini boleh berlaku di negeri kita, apatah lagi ramai ahli LDP beragama Islam meminta kita membantu sedaya yang termampu,” kata Chong selepas menyampai derma peribadi dan derma LDP yang disampaikan melalui Imam Rawatib bertauliah, Haji Jimlok Zakaria.

Bagaimanapun Chong agak kesal kerana majlis berkenaan cuba dihalang oleh Haji Wahab Nonong (PATI yang didakwa menghalau Imam dan merampas Surau) yang mempertikaikan tujuan Chong datang mencampuri urusan pertikaian tanah antara beliau dengan pihak yang menaja pembinaan madrasah baru, Nina Bte Gayah.

“Kita jelaskan kepada Haji Wahab, LDP tidak ingin mencampuri urusan pertikaian tanah adat berkenaan, tetapi kita hanya mahu hulurkan derma kepada jawatankuasa madrasah kerana ahli beragama Islam LDP malu melihat agama mereka dipersenda oleh pemimpin yang tidak mahu bantu rakan seagama mereka; sampai terpaksa sembahyang di surau daif ini,” kata Chong yang juga Ahli Majlis Daerah Lahad Datu.

Dalam hubungan ini, Chong menggesa agar Haji Wahab tidak mencampur adukkan kepentingan diri dengan kepentingan agama disebabkan isu agama amat sensitif dan boleh menimbulkan huru hara jika tidak ditangani dengan baik.

“Bagi pihak LDP, niat kita ikhlas kerana kita bukan sahaja bantu penganut agama Islam, malah penganut agama lain juga kita bantu dan saya harap jangan politikkan bantuan ikhlas kami,” ujar Chong lagi yang menyeru semua pihak agar tampil menderma bagi membolehkan penduduk Lamak Bukit menyiapkan rumah ibadah mereka.
-MUHAMMAD HAIKAL HALIM
sabahkini.net.




PRESIDEN PAS AKAN LAWAT SURAU TUHAN UMNO!






MEMBACA pendedahan Sabahkini.net berhubung isu rampasan surau Kg. Lamak Bukit, Silam yang bertajuk ‘Pati Halau Imam, Rampas Surau?’ serta mengamati Klip Video ‘Tuhan UMNO Hanya Dapat Surau PPRT!’; membuatkan kita terpanggil untuk turut sama merasai episod malang yang menimpa jemaah di surau tersebut.

PAS Negeri Sabah menyeru pemimpin UMNO tempatan yang pernah mempelopori apa yang mereka sifatkan sebagai Islam 'moderate' yang mereka jenamakan sebagai Islam Hadhari, bertindak segera bagi memperbaiki kepincangan agar Islam tidak terus tercemar!

Sekiranya pemimpin UMNO kelahiran Islam Hadhari yang kini berkonsepkan 1Malaysia gagal untuk menangani episod yang mengaibkan Islam ini, maka PAS Negeri Sabah akan meminta PAS Kawasan Silam melawat surau ini dan seterusnya berusaha menjernihkan situasi yang boleh membawa kepada wujudnya perpaduan di kalangan sesama umat Islam di sana.

Insyaallah dalam lawatan kerja Presiden PAS ke Sabah pada bulan Oktober ini, PAS Negeri Sabah akan menganjurkan pertemuan dengan masyarakat Islam Kampung Lamak Bukit.

Juga termasuk dalam jadual lawatan kerja Presiden PAS ke Sabah ialah melawat peneroka di kawasan Kg. Koyah 'A' dan Koyah Bersatu yang terus menerus ditindas dan dizalimi.
Salam Hormat,
HJ. HAMZAH HJ. ABDULLAH
-sabahkini.net
Rakyat Sabah Ubah Sekarang!

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena