Tuesday 26 March 2013

Blogger Orang Muda Bersuara Mengenai TOKOH PAS: Alhamdulillah! - UMNO Tertekan

Rabu, 27 Mac 2013

by Redzuan Ridz
Dibawah ini gambar Tuan Guru Nik Aziz semasa muda remaja. Nampak kewarakan dan cahaya yang terpancar di muka Tuk Guru Nik Aziz.

[image%255B5%255D.png]
Redzuan Ridz
DOA KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT KE-4 – Ingat pengkhianatan UMNO!

Bersempena Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-4 ini, ia masih berada dalam musim perayaan tahun baru Cina, maka atas kesempatan ini  diucapkan Gong Xi Fa Cai kepada semua kaum Cina yang turut bersama-sama dalam konvensyen ini.

Justeru atas prinsip kasih sayang dan kenal mengenal sesama manusia, maka eloknya kita mengambil pengajaran daripada firman Allah SWT:
 
Maksudnya: “Turunlah kamu semuanya, dengan keadaan setengah kamu menjadi musuh bagi setengahnya yang lain, dan bagi kamu disediakan tempat kediaman di bumi, dan juga diberi kesenangan hingga ke suatu ketika (mati). Allah berfirman lagi: “Di bumi itu kamu hidup dan situ juga kamu mati, dan daripadanya pula kamu akan dikeluarkan (dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat)”. (Al-’Araf 7: 24-25)

Ucapan syukur kepada Allah SWT kerana dapat menyatukan berbagai bangsa dan agama di negara ini. Sehingga kini, berlaku persefahaman baik kalangan kita meskipun berbagai-bagai bangsa dan agama. Dahulunya, kalau sebut perkara berkaitan Islam usahkan orang Cina, orang Melayu Kelantan yang sebut Serambi Mekah pun ada yang tidak mahu terima bila dikaitkan dengan Islam. Bagi mereka (yang tidak menerima atas nama Islam), kononnya Islam akan menimbulkan pecah belah, huru-hara dan ada menganggap bila Islam, akan menimbulkan kemunduran.

Alhamdulillah, pada hari ini saya––orang Melayu––yang memakai ‘bulan’ , kita lihat ‘bulan’ ini juga ada pada orang Cina. Cina pula Cina DAP.  Maka ‘bulan’ sekarang bukan hanya sudah diterima ke seluruh Semenanjung, tetapi juga diterima sampai ke Sabah dan Sarawak.

Begitu juga ‘roket’ bukan sahaja ada pada Cina, tetapi ‘roket’ juga ada pada saya––orang Melayu. Orang pun kata,pada Tok Guru pun ada roket. Ini  satu perkara yang tidak dapat ditentang dan tidak dapat ditolak oleh sesiapa pun.

Berdasarkan perkembangan ini semua, haruslah kita ingat, bahawa satu daripada pengkhianatan UMNO terhadap Islam dan orang Melayu ialah bila sahaja disebut Islam, terkeluarkan kata-kata Islam tidak layak di Malaysia ini. Sebabnya kita ada (rakyat) pelbagai bangsa. Kononya Islam di Malaysia tidak sesuai kerana rakyatnya terdiri daripada pelbagai bangsa.

Baiklah! Kalau kita pergi ke Singapura, di sananya ada juga pelbagai bangsa, maka Islam tidak layaklah.  Demikian juga, bila pergi ke Thailand, pergi ke London, atau pergi ke Amerika, hakikatnya di semua negara memang ada pelbagai bangsa. Maka jika ikutkan fahaman Islam cara UMNO, akhirnya Islam tidak layak di mana-mana pun.  Atas asas inilah yang UMNO nak.

Walaupun ada pihak mereka mendakwa, bahawa UMNO juga berkehendak Islam tidak ada tempat di atas dunia ini jika alasannya kerana rakyat kita pelbagai bangsa.

Jika demikian, apa bezanya Islam dengan komunis? Di sisi komunis, Islam memang tidak boleh dipakai, sedangkan komunis juga buat masjid. Serupalah juga dengan UMNO yang masyhur kerana buat masjid di sana-sini. Maka yang demikian, apa bezanya kKomunis dengan UMNO?

Itulah sebabnya kita minta setiap daripada kita––semua orang Islam––baik Melayu Muslim, baik Cina Muslim, baik Inggeris Muslim, baik Afrika Muslim, tiap-tiap hari kita diminta sebut “ihdinassiro tolmustakim.”  Maksudnya, “wahai Tuhan pimpinlah kami, ke laluan yang betul iaitu laluan bagi orang yang Kamu beri Hidayah.

Justeru berkat konvensyen kita pada hari ini, marilah sama-sama berdoa, mudah-mudahan Allah buka pintu hati manusia dan dimasukkan penerang hati:

“Wahai Tuhan kami! Kami mengaku; kami menganiaya diri kami sendiri, kalau Kamu tidak tolong ampunkandosa- dosa kami dan Kamu tidak beri kasihan belas kepada kami, tentu kami akan menjadi orang-orang yang rugi. Wahai Tuhan bukalah pintu hati kami, pintu hati kaum kami supaya dapat dimasukkan kebenaran. Kamu yang sebaik-baik pembuka pintu hati kami.

Wahai Tuhan, janganlah Kamu seleweng hati kami setelah Kamu bagikan kami Hidayah Islam dan berikanlah kami rahmat disisi-Mu, kerana Kamu Tuhan yang suka Memberi.

Ya Allah!Kami mengaku satu hari nanti kami akan mati, semua manusia akan mati tidak ada ubat, tidak ada suntikan yang boleh menghidupkan terus manusia,selepas dari mati. Kami mengaku bahawa Kamu akan hidupkan kami semula di Padang Mahsyar. Jika kami di Padang Mahsyar tidak ada air untuk kami minum, tidak ada makanan untuk kami makan, tidak ada kain untuk kami pakai. Yang ada hanya Syafaat Nabi Muhammad SAW. Maka bagaimana Nabi Muhammad nak kenal kami sedangkan Nabi Muhammad sudah lama wafat, kira-kira tengah 2,000 tahun dahulu. Sedangkan kami baru hidup sekarang.Hhanya satu Ya Allah, yang dapat mengenal kami dengan Nabi Muhammad SAW, iaitu perjuangan Nabi Muhammad SAW.

Wasallahu alaihi saidina Muhammadin wa ‘ala alihi wasohbihi wabarik  wasallam, amin Rabbal Alamin.

Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC)
13 Rabiul Akhir 1434/25 Februari 2013.
N23 DUN MANJOI

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena