Saturday 30 March 2013

JOHOR PANAS: Chua Jui Meng Merajuk @ Keluar PKR...?


Chua Jui Meng Merajuk?
Ditulis oleh administrator March 29, 2013

mole-chua-jui-meng

MO,JOHOR BAHARU, 29/3/2013 – Ketidakhadiran Pengerusi PKR Johor, Chua Jui Meng semasa veteran DAP Lim Kit Siang diumumkan akan bertanding di kawasan Parlimen Gelang Patah, pada majlis ulang tahun DAP yang ke-47 di Skudai dua minggu lepas menguatkan tanggapan pelbagai pihak bahawa pemimpin PKR itu sudah merajuk.

Chua didakwa merajuk kerana sebelum ini beliau dikatakan menaruh harapan untuk bertanding di kawasan itu pada pilihan raya umum ke-13 ini, tetapi dibantah DAP Johor yang mahu meletakkan calonnya merebut kerusi yang mempunyai majoriti pengundi Cina itu.

Kini kelibat Chua di Johor tidak kelihatan sejak dua minggu lepas, menguatkan lagi anggapan bekas menteri kesihatan itu merajuk dan mengambil pendirian mendiamkan diri.

Cubaan media untuk menghubungi Chua juga menemui jalan buntu sejak Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pencalonan Lim.

Ketua Biro Guaman PKR Johor Jimmy Phuah yang dihubungi Bernama hari ini berkata ketika ini Chua masih pengerusi PKR negeri walaupun ada spekulasi beliau mahu melepaskan jawatan itu kerana merajuk.

“Beliau bercuti dan kemungkinan minggu depan beliau ada. Saya tidak pasti (sama ada Chua merajuk) tapi beliau masih pengerusi PKR Johor dan akan balik bertugas,” katanya.

Pertikaian antara PKR dan DAP Johor berkenaan kerusi Parlimen Gelang Patah telah lama berlaku sebelum pengumuman pencalonan Lim di situ. Ia menyebabkan perselisihan faham yang serius dan terbuka antara Chua dengan pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau yang turut berminat bertanding kerusi itu.

Sejak 1999, kerusi Parlimen Gelang Patah secara tradisinya ditandingi calon-calon PKR dan sebelum itu oleh calon Parti Rakyat Malaysia (PRM) menentang calon BN.

Pada pilihan raya umum 2008, kerusi Parlimen Gelang Patah dimenangi calon BN, Tan Ah Heng yang mengalahkan calon PKR, Dr Zaliha Mustafa dengan majoriti undi lebih 8,000.

- BERNAMA/Merdeka Online


PANAS: Chua Jui Meng Keluar PKR...?
Pakatan Rakyat dilanda krisis kempimpinan..??
Pengerusi PKR Johor Datuk Chua Jui Meng mungkin keluar PKR dan bertanding sebagai calun bebas PRU13. Mengikut laporan Chua Jui Meng tidak hadir mesyuarat PKR peringkat negeri Johor.

Mengikut laporan Malaysiakini, pengerusi PKR Johor telah dipangku salah seorang kuat PKR Johor bagi memantapkan kembali perjalanan parti menjelang pilhanraya umum. Jika benar laporan Malaysiakini, kami anggap satu bala telah menimpa PKR dan Pakatan Rakyat seluruh negeri Johor.

Amat malang jika benar berlaku dan Chua Jui Meng merajuk dan mungkin keluar PKR adalah satu pukulan yang hebat dan dijadikan isu Barisan Nasional dan UMNO dalam kempen pilihanraya umum pada bulan April aau awal minggu pertama bulan Mei 2013.

Belum menang dan belum bertanding sudah ada ahli atau bakal calun yang merajuk. Bagaimana pula jika berlaku calun PKR yang menang PRU13 keluar PKR jadi calun bebas atau masuk UMNO?.

Inilah yang kami rasa cuak dan takut kepada YB PKR yang menang termasuk pihak PAS dan DAP . Sila cari calun yang betul dan jujur .

Apa pun isu Chua Jui Meng akan menjadi isu besar dan modal utama kempen Barisan Nasional dalam PRU13. Janganlah merajuk pemimpin PKR, DAP, PAS tmpukan kepada parti dan ketua.

Malah kami dapat maklumat juga akan ada pemimpin PKR dan bakal calun PKR akan buat pusingan "U" menjelang hari hari terakhir kempen PRU13.

Hanya tunggu dan lihat rakyat tertipu lagi dan rakyat seperti kami sedih dan muak dengan tindakan beberapa pemimpin PKR, DAP dan PAS yang merugikan semangat kesetiakawanan dalam pakatan rakyat.

Hakk pttuuuiihhh...!!!
shalehudin

Pakatan Harapan Rakyat

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena