Thursday 28 March 2013

TERKINI & KANTOI! :: Gambar PapaGomo Dengan KPN!!!

Jumaat, 29 Mac 2013
TERKINI & KANTOI! :: Gambar PapaGomo Dengan KPN!!!



Beberapa soalan yang perlu dijawab oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar...

 1: Apakah Tuan kenal individu yang bergambar dengan Tuan dalam gambar ini..?
 2: Apakah Tuan tahu individu yang bergambar dengan Tuan ini ialah Wan Muhammad Azri Wan       Deris@Papagomo..?
 3: Adakah Tuan tahu bahawa Wan Muhammad Azri Wan Deris@Papagomo ialah Bekas Anggota Polis yang telah dibuang kerja kerana kesalahan Rasuah..?
4: Benarkah gambar ini diambil di Kediaman Tuan..?
 5: Apakah hubungan Tuan dengan Wan Muhammad Azri Wan Deris@Papagomo..?
 6: Adakah hubungan istimewa Tuan dengan Wan Muhammad Azri Wan Deris@Papagomo menjadi sebab utama mengapa Wan Muhammad Azri Wan Deris@Papagomo tidak pernah dikenakan sebarang Tindakan atau Pertuduhan walaupun berkali2 mengeluarkan artikel lucah dalam blog beliau..?
 7: Adakah Tuan pernah menerima Arahan dari mana2 Pihak Pimpinan Tertinggi Negara supaya mengabaikan semua Laporan yang dibuat oleh pelbagai Pihak keatas Wan Muhammad Azri Wan Deris@Papagomo atas Pelbagai pertuduhan..?

ARTIKEL OH RAKYAT 
idaman78.blogspot
PapaGomo: Dari Zaman Kegermilangan Kepada Zaman Kejatuhan.

Di alam siber beliau cukup terkenal akan kehebatan beliau menabur fitnah terhadap pihak yang beliau musuhi dan juga pihak yang beliau tidak memusuhi tetapi kerana bayaran yang tinggi, bukan musuh pun dimusuhi atas arahan pihak yang membayar segala fitnah-fitnahnya. Bagi pihak blogger mesra Pakatan Rakyat beliau adalah musuh yang patut diperangi 100 peratus tetapi di pihak blogger mesra Umno sendiri pula  dalam 10 blogger, mungkin 6 blogger mesra Umno tidak menganggap beliau adalah rakan mereka walau pun tinggal bersama.


Kenapa beliau yang suka menabur dan mereka-reka fitnah terhadap pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat tidak diambil tindakan walau pun sudah beribu laporan polis dan SKMM telah dibuat. Dari sini pun kita yang kurang cerdik pun boleh berfikir jika tiada tindakan susulan dari pihak polis dan SKMM, pasti ada pihak tertinggi dalam kerajaan telah mengikat tangan pihak polis dan SKMM. Kita tidak boleh menyalahkan pihak berkuasa 100 peratus dalam isu ini kerana kita tahu yang blogger jahanam Papagomo sememangnya kebal daripada undang-undang. Dengan arahan pihak atasan, fail yang berkaitan dengan blogger jahanam Papagomo mesti dibangkul sampahkan walau pun bukti-bukti untuk mendakwa si celaka ini dah cukup untuk dibawa ke muka pengadilan.
Andainya apa yang dipaparkan oleh si celaka Papagomo dalam blognya itu dilakukan oleh blogger mesra Pakatan Rakyat, dah lama blogger itu meringkuk dalam penjara dengan berbagai dakwaan. Hanya blog si celaka Papagomo dan beberapa ekor lagi blogger celaka yang berani memaparkan klik video lucah tanpa dikenakan tindakan jika menurut akta SKMM, ia adalah satu kesalahan dan pihak SKMM boleh menyekat blog itu di alam siber dari dipaparkan. Ada sesetengah blogger mesra Umno cukup malu dengan fitnah-fitnah si celaka Papagomo kerana secara tidak langsung mereka pun terpalit sama dengan tindakan si celaka Papagomo. Ramai yang tidak mengetahui si celaka Papagomo bukan sahaja menghina TGNA dengan gelaran yang tidak sepatutnya, malah beliau turut menuduh Paduka Sultan Kelantan merampas kuasa dengan pertolongan TGNA. Gua tahu tentang perkara ini kerana gua sendiri mencabar si celaka Papagomo untuk berdiskusi tentang isu ini.
Zaman kegemilangan dan kehebatan si celaka Papagomo telah mula menampakkan keruntuhannya dan para pemimpin Umno yang selama ini membela, menyogok dan membayar untuk melakukan kerja-kerja kotor mereka telah mula menjauhkan diri mereka dari dikaitkan dengan si celaka Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris. Mungkin jika tidak kerana pendedahan yang dilakukan oleh pimpinan Pakatan Rakyat, pemimpin Umno sendiri tidak mengetahui si celaka yang mereka bela selama ini untuk melakukan kerja-kerja kotor mereka ialah seorang bekas banduan yang telah disabitkan kesalahnya oleh mahkamah. Seorang penjawat awan (bekas polis) yang dilucutkan jawatannya kerana meminta sogokan dari seorang penagih dadah. 
Mungkin ini adalah doa-doa orang atau keluarga mereka yang telah dianaiya, difitnah, diaibkan oleh si celaka Papagomo. Tidakkah si celaka ini tidak mengetahui atau buat-buat lupa demi sedikit imbuhan dunia bahawa doa-doa mangsa dan keluarga mereka yang beliau aniaya dengan fitnah-fitnah jahat lagi kotor demi mengaibkan mereka di khalayak ramai langsung diangkat kepada Allah S.W.T tanpa melalui jabatan atau protokol seperti yang kerajaan sekarang lakukan.

Lu cakap yang lu memang mengikut jejak idola lu sendiri, iaitu Mahathir apabila lu cakap tentang saman RM100 juta dari Anwar. Maka nasib lu sama ler dengan lu punya idola yang didoakan oleh seorang ulama yang tinggi ilmu agamanya agar idola lu dipanjangkan umur untuk idola lu melihat sendiri kerosakan yang lu punya idola lakukan terhadap Islam, rakyat dan negara. Walau pun memang anti dan cukup benci kat lu, gua tetap ada sikap berperikemanusiaan, kerana itulah gua ada rasa simpati kat lu.

Zaman kehebatan lu sudah mula berakhir dan kawan-kawan dan penaja-penaja lu sudah mula menjauhkan diri dari dikaitkan dengan lu. Hakikatnya apa yang lu lakukan demi imbuhan dunia, kekebalan undang-undang, nama yang hebat dan pelindungan yang tiada batasnya yang jarang-jarang orang mendapatnya sudah mula dibalas. Nampaknya Allah S.W.T membayar secara tunai semasa lu masih lagi bernyawa macam idola lu sendiri. Gua tak minta tetapi gua pasti lu akan mengalami tekanan jiwa atau mungkin lu sendiri akan menjadi gila dengan keadaan sekarang ini kerana apabila gua membaca artikel-artikel terbaru lu, ianya lebih kepada untuk menyedapkan diri lu sendiri. 

Lu porak perandakan keluarga orang, sekarang keluarga lu sendiri porak peranda dan gua cukup kasihan pada anak isteri lu ketika ini disebabkan emosi lu yang semakin tertekan. Gua andaikan jiwa lu tertekan kerana lu sedang menghadapi cabaran-cabaran yang lu sendiri cari. Sebelum ini lu mencabar orang yang lu fitnah agar menyaman lu tetapi ramai yang tidak melayan kehendak lu. Lu lakukan semua itu kerana ketika itu lu merasakan yang lu cukup kebal dari undang-undang kerana lu sangka lu mempunyai kekebalan. Sekarang ini apa yang lu cabar agar menyaman lu telah mula dilakukan dan lu mula naik angau disebabkan sangkaan lu tentang janji-janji pertolongan dari penaja-penaja lu yang akan membantu lu jika disaman mula melarikan diri. 
sharpshooter.blogspot
Lu sendiri fikir ler, sekarang ini bukan zaman Umno kuat kerana pemimpin mereka sendiri sedang mencari pelampung untuk menyelamatkan diri. Bagi mereka tiada faedahnya untuk mereka membantu lu kerana mereka sendiri pun sedang mencari pelindungan dari pemimpin Pakatan Rakyat. Mereka semua tahu yang kapal Umno Baru sudah mula bocor dan hampir tenggelam, jika dulu kebocorannya masih boleh di sumbat dengan kain batik tetapi bila lubang dah besar nak sumbat apa lagi, cari pelampung ler.
Kita sebagai umat Islam telah diajar akan ketentuan Allah S.W.T itu pasti kerana kita hanya merancang tetapi Allah S.W.T yang akan menentukannya kerana Allah S.W.T yang Maha Berkuasa lagi Maha Merancang. Kejahatan yang dilakukan pasti akan di hukum, jika ia terlepas di dunia tetapi ia akan tetap diadili dengan seadil-adilnya apabila kita semua di bangkitkan kembali di Padang Mahsyar nanti selepas kita melalui tidur yang panjang, iaitu mati. Tidakkah mati pasti, di bangkitkan kembali itu pasti, diadili segala yang baik mahu pun yang buruk itu pasti, syurga itu pasti. neraka itu pasti, maka berbendung-bendunglah kita semua di Padang Mahsyar tanpa mengira siapa kita, apa darjat kita, apa keturunan kita. Walau sebesar zarah pun akan kebaikan atau kejahatan kita, kita tetap akan diadili dengan seadil-adilnya kerana tidakkah Allah S.W.T itu adalah Hakim yang paling adil./GANR
GANR/Gerakan Anti Najib&Rosmah.
idaman78.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena