Sunday 31 March 2013

* Video Panas: Pantau Samseng UMNO Dulu - Srikandi PKR

Ahad, 31 Mac 2013
Pantau Samseng UMNO Dulu





Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil perlu menilai sikap samseng penyokong Umno BN terlebih dahulu sebelum menuduh Pakatan Rakyat akan membuat huru-hara pada Pilihan Raya Umum nanti.

Sambil menyifatkan tuduhan itu melampau dan tidak berasas, Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aishah Shaik Ismail mendesak Shahrizat menunjukkan bukti keganasan dilakukan penyokong Pakatan.

“Kenyataan Sharizat itu memang berniat jahat dan cuba menimbulkan persepsi negatif dalam kalangan pengundi terhadap PR.

“Tetapi kita yakin, pengundi tidak mudah mempercayai tuduhan dangkal berkenaan. Apatah lagi senario politik ketika ini jelas menunjukkan budaya samseng dan huru hara dibawa oleh Umno BN sendiri,”

Aishah menambah, tiga sayap Umno iaitu Pemuda, Puteri dan Wanita merupakan golongan yang kerap kali menimbulkan huru hara dalam program anjuran PR.

“Tiga sayap Umno ini sangat agresif membawa budaya politik samseng dan fitnah dalam usaha melawan pendedahan PR mengenai kebobrokan pemimpin Umno BN.

“Selain membuat huru hara, aset PR seperti bendera dan bilik gerakan PR juga turut dirosakkan.

“Jangan lupa, ibu pejabat KEADILAN dan bas Jelajah Merdeka Rakyat sudah berulang kali diserang oleh para pengikut Umno BN yang biadap terhadap seteru politik

“Tetapi sehingga hari ini masih tiada tindakan polis diambil terhadap samseng ini,” katanya yang menjelaskan semua serangan ini membuktikan agenda huru hara ditaja parti itu.

Beliau dalam pada itu turut mempersoalkan usaha Sharizat menubuhkan pasukan khas kerana seolah-olah menafikan kerja polis.

“Apa gunanya polis dikerahkan mengawasi kempen pilihanraya dan bilik pengundian kalau wujud pula pasukan khas wanita Umno?

“Ini sekaligus mencerminkan kejahilan Umno BN untuk menghormati tugas anggota keselamatan yang saban hari diharapkan menjaga kepentingan mereka.

“Apatah lagi, jika benar Sharizat mempunyai maklumat huru hara ini, beliau sepatutnya melaporkan perkara ini kepada polis dan bukannya bertindak melampaui bidang kuasanya,” ujarnya.


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena