Showing posts with label Huru-hara. Show all posts
Showing posts with label Huru-hara. Show all posts

Sunday, 31 March 2013

* Video Panas: Pantau Samseng UMNO Dulu - Srikandi PKR

Ahad, 31 Mac 2013
Pantau Samseng UMNO Dulu





Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil perlu menilai sikap samseng penyokong Umno BN terlebih dahulu sebelum menuduh Pakatan Rakyat akan membuat huru-hara pada Pilihan Raya Umum nanti.

Sambil menyifatkan tuduhan itu melampau dan tidak berasas, Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aishah Shaik Ismail mendesak Shahrizat menunjukkan bukti keganasan dilakukan penyokong Pakatan.

“Kenyataan Sharizat itu memang berniat jahat dan cuba menimbulkan persepsi negatif dalam kalangan pengundi terhadap PR.

“Tetapi kita yakin, pengundi tidak mudah mempercayai tuduhan dangkal berkenaan. Apatah lagi senario politik ketika ini jelas menunjukkan budaya samseng dan huru hara dibawa oleh Umno BN sendiri,”

Aishah menambah, tiga sayap Umno iaitu Pemuda, Puteri dan Wanita merupakan golongan yang kerap kali menimbulkan huru hara dalam program anjuran PR.

“Tiga sayap Umno ini sangat agresif membawa budaya politik samseng dan fitnah dalam usaha melawan pendedahan PR mengenai kebobrokan pemimpin Umno BN.

“Selain membuat huru hara, aset PR seperti bendera dan bilik gerakan PR juga turut dirosakkan.

“Jangan lupa, ibu pejabat KEADILAN dan bas Jelajah Merdeka Rakyat sudah berulang kali diserang oleh para pengikut Umno BN yang biadap terhadap seteru politik

“Tetapi sehingga hari ini masih tiada tindakan polis diambil terhadap samseng ini,” katanya yang menjelaskan semua serangan ini membuktikan agenda huru hara ditaja parti itu.

Beliau dalam pada itu turut mempersoalkan usaha Sharizat menubuhkan pasukan khas kerana seolah-olah menafikan kerja polis.

“Apa gunanya polis dikerahkan mengawasi kempen pilihanraya dan bilik pengundian kalau wujud pula pasukan khas wanita Umno?

“Ini sekaligus mencerminkan kejahilan Umno BN untuk menghormati tugas anggota keselamatan yang saban hari diharapkan menjaga kepentingan mereka.

“Apatah lagi, jika benar Sharizat mempunyai maklumat huru hara ini, beliau sepatutnya melaporkan perkara ini kepada polis dan bukannya bertindak melampaui bidang kuasanya,” ujarnya.


Read More

Fitnah UMNO: Notis Huru-hara PRU Mahu Burukkan PKR!

Ahad, 31 Mac 2013
Notis huru-hara PRU fitnah Umno mahu burukkan PKR

SHAH ALAM - PKR menyifatkan penyebaran notis kononnya parti itu merancang kekecohan di tempat mengundi pada hari mengundi sebagai hanya "permainan budak-budak menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa notis itu adalah muslihat Umno untuk memburukkan imej PKR seolah-olah parti itu menaja kekecohan.

"Ini satu lagi perang psikologi yang dimainkan Umno terhadap PKR dengan menyebarkan fitnah seperti ini. Mereka ada dua cara untuk serang PKR, dengan menyebarkan gambar-gambar lucah pemimpin PKR dan kononnya akan ada huru-hara untuk menakutkan rakyat.

"Saya rasa lawak dan nak gelak bila ada cerita ini, macam permainan budak-budak," katanya.

Sebelum ini, terdapat satu notis bertarikh 15 Disember 2012 tersebar dengan logo PKR sebagai kepala surat.

Terdapat dua peringkat arahan pada notis itu. Di peringkat pertama, orang awam diminta membuat kecoh di kawasan mengundi bagi membangkitkan kemarahan orang ramai dan menunjukkan kelemahan pada pengurusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Di peringkat kedua, arahan untuk kumpulan media atas talian menggunakan saluran media baru seperti membina Twitter khas dengan hashtag #SPRJahat, #SPRTipu, #BersihPRU13, #NajibTipuPRU dan #BangkitRakyat.
Mengulas mengenai kandungan surat itu, Rafizi menafikan ia daripada pihaknya.-SH
batuvskayu.
RISALAH PALSU KONONNYA PKR AKAN BUAT GANGGU KACAU HURU HARA DIPUSAT PEMBUANGAN UNDI PADA PRU 13 TERBONGKAR!!!!!
Mungkin inilah yang dihebohkan oleh Timbalan Presiden UMNO merangkap bakal mantan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa beliau mendapat maklumat dan ada bukti kukuh kononnya pada hari pembuangan undi para penyokong Parti KeADILan Rakyat akan membuat kecoh ganggu kacau hura hara dipusat pembuangan undi dikawasan-kawasan parlimen yang dikenal pasti.

Pergh!!!!! kalau setakat cetakan begini dikatakan ada maklumat dan bukti kukuh maka memang sah lagi sahih dan benar beliau kini sudah tidak layak layak menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Daya dan tahap pemikirannya sudah setaraf malahan lebih teruk dari blogger lucah pujaan UMNO nombor satu, Papagomo a.k.a. Wan Muhammad Azri bin Wan Deris.

Helu, Mudin!!!!!.. Jangan ingat rakyat ni bangang bin bahalol bin tongong....Ini risalah apa barang beb!!!! Siapa pun boleh cetak tapi sama ada ianya datang dari Ibu Pejabat PKR itu yang menjadi isunya.

Ada pula ayat Stage 1 dan stage 2....macamlah anggota parti PKR tidak reti nak tulis peringkat 1 dan peringkat 2....

Teruk betuk UMNO kini nak berdepan dengan Pakatan Rakyat pimpinan DSAI, TGHA, TGNA LGE dan LKS.
Kering kontang dan gersang isu serta idea...

Benarlah kata orang bijak pandai.. manusia dalam ketakutan dan panik gelabah sudah tidak mampu berfikir secara rasional.. Segala keputusan dibuatnya langsung tidak boleh diambil pakai.
Posted by OMAK KAU
Wanita Umno tubuh pasukan anti 'huru-hara' Pakatan
Wanita Umno akan menubuhkan satu pasukan gerakan bagi menghadapi huru-hara yang didakwa akan dicetuskan oleh pihak pembangkang.


Shahrizat Abd Jalil mendakwa, berdasarkan maklumat yang diperoleh, huru-hara itu dilakukan bertujuan untuk menakutkan orang ramai agar tidak keluar mengundi pada pilihan raya umum akan datang.

"Oleh kerana pembangkang takut dengan BN, maka mereka telah buat perancangan tetapi sudah dibongkar oleh media.

"Pada hari nak mengundi nanti, mereka (pembangkang) akan wujudkan keadaan huru-hara supaya penyokong BN takut untuk keluar mengundi.
Tukar Tiub
Read More

Saturday, 30 March 2013

KANTOI!!! :: Ini Muslihat Muhyiddin Tuduh PR Untuk Cetus Huru-Hara Pada PRU13 Nanti!! & Lembu Cabar Mat Rempit...

Sabtu,30 Mac 2013
Lembu?
TPM dakwa pembangkang rancang wujud porak peranda pada PRU13
Bernama
10:23PM Mac 13 2013 
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa hari ini bahawa daripada maklumat beberapa dokumen yang boleh dipercayai, pembangkang dipercayai merancang untuk menggagalkan pilihan raya umum ke-13 dengan mewujudkan keadaan porak peranda kerana gementar dengan sokongan rakyat kepada BN yang sudah mula meningkat.
KANTOI!!! :: Ini Muslihat Muhyiddin Tuduh PR Untuk Cetus Huru-Hara Pada PRU13 Nanti!!
SATURDAY, 30 MARCH 2013
Sudah la Muhyiddin. 
Aku takan termasuk dalam permainan ko. Jelas ini satu propaganda yang nak menakut2kan rakyat dan menimbulkan persepsi bahawa PR akan menimbulkan kekacauan bagi mendapatkan kuasa.. 
PR desak. Mana bukti mana oi.
Pakatan Rakyat (PR) mencabar Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengemukakan dokumen yang didakwa mengandungi maklumat rancangan pembangkang mahu menggagalkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kepada pihak berkuasa.

Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, dokumen itu perlu diserahkan agar siasatan dapat dijalankan dan tindakan lanjut diambil.

“Kalau betul ada dokumen, serahkan saja pada pihak berkuasa supaya siasatan dapat dibuat. Jangan hanya bawa fitnah dan cakap sahaja tapi dia (Muhyiddin) juga perlu bertindak,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Then tup2 ada pula dokumen tersebar.
Rujuk bawah ;
Bacaan lanjut disini.
Team Nadi Rakyat dan PG yang dedahkan. Bloggers upahan UMNO yang dedahkan untuk cover mulut tipiem.
Samada ia memang disengajakan ataupun terpaksa disengajakan untuk melindungi tipiem aku tak sure. Pokoknya dari episode satu sampailah episode terbaru semuanya saling berkait rapat. Betul2 ikut turutan. Itu sebab tv3 siarkan dalam media mereka. Itu sebab ada team silat apa tah sorry tak ingat nama pongpang2 dalam tv semalam.

Dan terkini si Shahrizat pula ikut menyampuk. Ini masa nak memperbesarkan isu. Baru la orang tahu aku still hidup lagi. Ataupun lebih tepat baru la tipiem sedar bahawa aku neh masih bernyawa lagi.. next project ada la harapan untuk aku kalau BN menang lagi ma.
Baca neh. 
Aku maleh nak tulis panjang2. Kalau tipiem ada bukti cepat2lah bagi bukti tu kepada polis. Tak bagi bukti bermaksud anda bersubahat dengan pembangkang. Apa tipiem dah tukar haluan ke sekarang? Sokong PR pula ke? Kalau tidak, kenapa taknak serahkan bukti kepada PDRM? 

Then PDRM pula cepat2la siasat penyebaran dokumen tue. Aku nak tengok siapa yang dorang nak tangkap dan tahan. Pemimpin PR mana yang buat onar. Diam2 = tak buat siasatan = bermaksud korang sendiri yang sebarkan isu tue then merepek tak tentu hala depan tv. Orang kata berlakon ah senang cakap. Kalau tak amek tindakan le.

Laporan polis oleh persatuan silat apa nama tah dah dibuat kan? Hah cepatla buat kerja. Kalau tiada tindakan di ambil bermaksud sahla PR difitnah. Apatah lagi dokumen sulit dah disebarkan. Takan nak dok diam2 lagi? 

Aku dah sebut banyak kali dah. Ini aku nak sebut lagi. PR dah kalah banyak kali. Pengalaman kalah tue dah lali. Ia bukan perkara baru untuk PR berhadapan dengan kekalahan oke. Untuk orang yang dah biasa kalah, kalau kalah lagi pada PRU - 13 ini, kita tetap boleh steady dan berjuang macam biasa.
Tetapi ini berbeza untuk orang yang TAK PERNAH KALAH.
Korang nilaikan je sendiri benda2 yang LUAR BIASA yang KELUAR dari BN dalam 5 tahun ini. Itu je dah cukup membuktikan betapa takut dan cuak nya dorang kalau KALAH teruk pada kali ini. Sendiri yang buat huru hara, sendiri yang buat perangai binasa, orang lain pula yang kena. Tah hapa2.
Kenyataan Video Rujuk SINI
#Jib takmau bubar parlimen lagi sebab Komisyen jual beli LIMA 13 belum collect lagi....
Artikel Oleh Bang Azrin Pada 03:55/OH RAKYAT
Lembu Kondo Hitam Vs Lembu Kandang Putih
Mat Rempit Yang KO!


Seekor lembu di Britain mungkin mencatatkan rekod baru dunia sebagai yang terbesar selepas mempunyai ketinggian 1.8 meter dan mempunyai berat hampir satu tan, lapor sebuah akhbar semalam.
Walaupun mempunyai saiz sebesar anak gajah, lembu yang dinamakan Chilli itu hanya memakan rumput dan kadang-kala diberi makan lobak.Wowberita.org
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena