Showing posts with label Lembu. Show all posts
Showing posts with label Lembu. Show all posts

Wednesday, 14 June 2017

[Video Politik Matang PAS Dengan Memanggil Orang Lain LEMBU, AYAM & BARUA] 'Kegagalan fungsi talian dan internet' Celcom dituntut bayar ganti rugi pengguna.

Rabu, 14 Jun 2017

Foto Parti Amanah Negara.

CELCOM DITUNTUT BAYAR GANTI RUGI PENGGUNA

1. Kegagalan fungsi talian dan internet Celcom antara jam 7 pagi hingga jam 9.30 pagi pada 13 Jun 2017, wajar diambil pertimbangan serius. Malah di sesetengah lokasi, gangguan berlaku lebih lama hingga menyebabkan para pengguna menanggung kerugian dalam tempoh tersebut. Lebih menyedihkan, gangguan berlaku ketika waktu puncak dan syarikat berkenaan hanya melampirkan seperenggan permohonan maaf, tanpa sebarang komitmen ganti rugi.

2. Semakan di twitter rasmi Celcom hingga jam 12.40 pagi hari ini, seramai 2,217 orang telah 'retweet' dan 127 orang telah 'reply' permohonan maaf yang dilampirkan. Sekitar 3,400 individu yang komen di facebook. Ribuan 'share' dan 'emoticon' pula jelas menggambarkan perasaan tidak puas hati pengguna. Malangnya, jawapan yang diberikan Celcom sekadar melepaskan batuk di tangga. Menggunakan 'autoreply' mungkin.

3. Demi memenuhi tanggungjawab sosial, Pemuda AMANAH menuntut agar Celcom membayar ganti rugi dalam bentuk data internet tambahan (minimum) sebanyak 3GB serta talian dan SMS percuma ke semua rangkaian telco selama sehari. Bagi pengguna postpaid, rebat sebanyak 10% harus diberikan untuk bil bulan ini, selari dengan sikap Celcom sendiri yang cukup berkira sekiranya pengguna lambat menjelaskan bayaran bulanan.

4. Seluruh cadangan ini kami ambil langsung daripada respon di twitter yang menerima jawapan acuh tidak acuh daripada Celcom. Sebagai sebuah syarikat telekomunikasi besar, Celcom sewajarnya bersikap lebih responsif. Tanpa berdalih, syarikat harus mengambil tanggungjawab penuh atas kerugian ini. Lebih penting, usah lagi selesa berlindung di balik 'permohonan maaf'.

"Membina Negara Berintegriti"
#PemudaBekerja

SHAZNI MUNIR MOHD ITHNIN
Naib Ketua Pemuda AMANAH Nasional
Read More

Monday, 11 November 2013

Tarik balik saman RM100 juta: Shahrizat perguna Rafizi untuk pastikan dia menang Ketua Wanita Umno?

Isnin, 11 November 2013
PANTUN KHAS ATAS KEMENANGAN CEMERLANG SHAHRIZAT JALIL 
Mempertahankan Jawatan Ketua Wanita Umno Malaysia
Wanita PKR mempersoalkan isyarat yang mahu dihantar oleh Wanita Umno apabila perwakilannya mengekalkan Datuk Seri Shahrizat Jalil yang dikaitkan dengan isu Pusat Fidlot Nasional (NFC) sebagai ketua.

"Apa pesanan yang Umno mahu hantar kepada rakyat. Adakah tidak mengapa untuk seseorang yang dikaitkan dengan skandal menjadi pemimpin utama dan pemimpin negara?" katanya ketuanya Zuraida Kamaruddin.

Dalam kenyataannya hari ini, Zuraida menyifatkan perkara itu sebagai sesuatu yang pelik.

Shahrizat mengekalkan status quo Wanita apabila mengalahkan pencabarnya dalam pemilihan sayap Umno kelmarin.
Posted by OMAK KAU!!!! at Monday, October 14, 2013


Apa Motif Kandang lembu Ini Dipasang TV LCD?
Betul-betul hebat lembu generasi sekarang....
Kandang siap dilengkapi tv LCD lagi....
Apakah tujuan mereka ini meletakkkan LCD ini?
Tujuan penternak lembu ini adalah untuk memperbanyakkan susu lembu
semasa di perah.....
Penternak Russia ini beranggapan dengan memasang tv LCD yang memaparkan gambar
di sebuah padang rumput akan membuat lembu-lembu berasa mereka seolah-olah
berada di padang rumput itu.Dengan itu lembu-lembu itu berasa gembira dan banyak
susu akan diperolehi apabila di perah......

naimnikmat.blogspot.com 

Shahrizat perguna Rafizi untuk pastikan dia menang Ketua Wanita Umno?
fiq-life.blogspot.com

Rentetan usaha Shahrizat membersihkan nama dia dengan saman Rafizi dan Zuraida di mahkamah dan kemudian diakui bersih pulak oleh Najib dan diikuti dengan kemenangan dalam PRU13, takdak tokoh wanita Umno yang berani cabar dia untuk jawatan Ketua Wanita Umno.

TheMalaysianInsider melaporkan:
Kes saman RM100 juta Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (gambar) terhadap Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin dibatalkan setelah kedua-dua pihak bersetuju untuk menarik kembali saman yang dikemukakan.

Dalam saman yang difailkan pada 19 Januari tahun lalu oleh Ketua Wanita Umno itu, beliau mendakwa Zuraida dan Rafizi membuat kenyataan fitnah berhubung dakwaan terhadap projek National Feedlot Corporation (NFC).

Penarikan saman itu dibuat di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Vazeer Alam Mydin Meera. - TMI.  
Aku yakin ramai yang rasa bila Shahrizat berani saman Rafizi dan Zuraidah awal tahun hari tu Shahrizat
bersih. Ramai tu maksud aku dari kalangan orang Umno terutamanya dari kalangan Wanita Umno. Bahkan aku yakin depa percaya bila Shahrizat berani cabar di mahkamah tu bermakna bukan saja dia bersih tapi suami dan anak-anak dia jugak bersih.

Sekurang-kurangnya ituu mesej dan persepsi yang Shahrizat nak tanam untuk orang Umno terutama sekali ahli wanita Umno yang masa tu cukup terasa dengan isu skandal NFC tu.

Hasilnya memang hebat terutama sekali bila Najib pun 'ampunkan dosa' Shahrizat yang terpalit akibat olah suami dia tu dan dibagi jawatan bertaraf menteri dan natijahnya, dia tak hadapi masalah bila dipilih jadi calon PRU13 dan menang besar pulak tu

Rentetan usaha Shahrizat membersihkan nama dia dengan saman Rafizi dan Zuraida di mahkamah dan kemudian diakui bersih pulak oleh Najib dan diikuti dengan kemenangan dalam PRU13, takdak tokoh wanita Umno yang berani cabar dia untuk jawatan Ketua Wanita Umno.

Yang berani cabar dia pun cuma veteran Wanita Umno yang tak tara mana dan jugak sorang ahli Wanita Umno yang cuma menumpang nama pak dia yang jugak tak terkenal tara mana.

Akhirnya Shahrizat Jalil berjaya mengekalkan jawatan dia sebagai Ketua Wanita Umno dengan cemerlang sekali.

Apa lagi yang dia nak? Nama dia dah bersih di mata majoriti ahli Umno terutama sekali Wanita Umno, dia berjaya pulak menang balik title Ahli Parlimen selepas dimalukan oleh Nurul Izzah masa PRU12 dan yang lebih penting kuasa dia tak tergugat dalam Wanita Umno yang menjanjikan dia peluang yang seluas-luasnya.

Untuk apa lagi dia teruskan nak saman Rafizi dan Zuraida tu dengan risiko yang cukup tinggi kemungkinan lebih banyak kudis dan sopak kat badan dia didedahkan dimahkamah.

Apa sangat kesannya kalau setakat Rafizi dan Zuraida melalak kata:
keputusan Shahrizat menunjukkan segala pendedahan mengenai NFC yang dibuat oleh mereka mempunyai asas selain bertepatan dengan laporan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). - Ibid.
Mungkin di mata kita penentang Umno BN tindakan Shahrizat tu nampak ada sikit BANGANG tapi kalau ikut standard Umno tindakan Shahrizat main aci menggunakan mahkamah macam tu adalah tindakan yang cukup bijak untuk memperbaiki persepsi mana dia dalam Umno dan terbukti dia berjaya yang tentunya dengan bantuan dana yang cukup besar.


Sumber: http://cenangau.blogspot.com/2013/11/


Shahrizat tarik balik saman RM100 juta terhadap Rafizi, Zuraida

KUALA LUMPUR 11 NOVEMBER: Kes saman RM100 juta Datuk Seri Shahrizat Jalil terhadap Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli dan Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin dibatalkan setelah Ketua Wanita Umno itu menarik balik saman tersebut.
Menurut Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan, penarikan itu dibuat Shahrizat tanpa sebarang syarat.
Dalam saman yang difailkan pada 19 Januari tahun lalu, Shahrizat mendakwa Rafizi dan Zuraida membuat kenyataan fitnah berhubung dakwaan mengenai projek National Feedlot Corporation (NFC).
Penarikan saman itu dibuat di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Vazeer Alam Mydin Meera pagi ini.

Kerajaan Rakyat
Kenapa Shshtizat Tarik Balik Saman Ke Atas Rafizi?

Datuk Seri Shahrizat Jalil menarik balik saman RM100 jutanya terhadap dua pemimpin PKR Rafizi Ramli dan Zuraida Kamaruddin.

Langkah mengejutkan itu dibuat tanpa apa-apa syarat.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Hakim Vazeer Alam Mydin Meera membenarkan saman itu ditarik balik selepas bertemu peguam kedua-dua pihak di kamar.

Shahrizat tidak hadir. Rafizi dan Zuraida berada di mahkamah.

Di luar mahkamah, Rafizi bertegas langkah itu tidak akan menamatkan isu NFC, bahkan berazam untuk terus menyiasat perkara itu.

Katanya, keputusan Shahrizat hari ini membuktikan bahawa mereka mendedahkan perkara asas berhubung kepentingan awam.

Peguam kanan Muhammad Shafee Abdullah berkata, mereka telah menetapkan perkara itu sejak pernyataan tuntutan oleh Shahrizat, dan tuntutan balas Rafizi dan Zuraida .

"Beliau berpendapat kenyataan itu dibuat untuk mempengaruhi keputusan pilihan raya. Itulah sebabnya dia terpaksa memfailkan secepat mungkin.

"Sekarang bahawa pilihan raya itu sudah selesai, tidak ada gunanya untuk meneruskan perkara itu lagi. Saya rasa ia adalah lebih bijak untuk mereka untuk menarik balik kes-kes mereka tanpa sebarang kos, " kata Shafee.
Posted by Jeebond BLM at 3:07 pm , 0 comments
Read More

Monday, 1 April 2013

* Video Gaduh Tengah Jalan - Disebabkan Bendera Jamaica @ Penyokong Bob Marley & Ingat Tiga Jalur Je Semua PEKIDA ke.?: PKR Dengan Pemuda UMNO Bergasak!

Selasa, 2 April 2013
Punca penyokong PKR belasah Pemuda UMNO di Bandar Tun Razak didedahkan!
Jamaica
Blog darisungaiderhaka.blogspot.com
Di Bandar Tun Razak, Jumaat lalu hanya disebabkan bendera satu pergaduhan telah dilaporkan berlaku antara penyokong Pakatan Rakyat dan juga seorang macai UMNO.

Laporan dari kebanyakkan media Pro UMNO mendakwa bahawa pergaduhan telah dimulakan oleh seorang penyokong Pakatan Rakyat.

Kononnya menurut macai-macai UMNO pergaduhan tercetus hanya kerana penyokong PR tidak berpuashati bila menyaksikan bendera-bendera BN dipasang jauh lebih banyak dari bendera PKR..

Itu menurut macai UMNO.. Adakah ianya benar atau satu lagi fitnah mereka?

Berikut adalah penjelasan mengenai insiden tersebut oleh seorang sahabat kepada Mohammad Saiful Bin Mansur..

Salam.. hari ni aku buka FB Isu Politik Semasa dan Page UMNO yang lain kecoh pasal kes seorang Mamat dan nama dia memang MAMAT pun,... dipukul oleh seorang sahabat aku Mohammad Saiful Bin Mansur yang berpunca dari sikap biadap dan dengki UMNO/BN dengan bendera tiga jalur yang dipasang bersama dengan bendera Besar PKR di BANDAR TUN RAZAK DEKAT DEPAN CIMB BANK JALAN JUJUR.

Kejadian pada Malam kelmarin itu sebenarnya adalah dari keangkuhan dan kesamsengan yang terlampau MAMAT ini yang datang mahu membuka bendera tersebut. Aku ada ditempat kejadian bersama sahabat ini dan seorang lagi rakan. Mereka BN semuanya 5 orang termask pemuda UMNO mewah.

Semasa perbincangan beliau ( MAMAT yang kena pukul tu ) menunjukkan lagak dan gaya yang sangat kurang ajar bila bercakap dengan Saiful yang lebih tua berpuluh tahun dari beliau. Mamat mengatakan persatuan Ayahnda PEKIDA bising dan minta beliau turunkan bendera 3 jalur yang kami pasang tersebut.

Aku mengatakan kami boleh membuka bendera tersebut jika pihak BN juga membuka satu signboard di Desa Tun Razak yang bercantum logo PEKIDA dan BN serta dipasang lagi bendera BN. Beliau berdolak dalih kononya tiada kuasa nak buka sedangkan beliau sendiri nak mengacau bendera kami. Kalau takde kuasa nak buka sendiri punya apahal pulak ada kuasa nak buka orang lain punya.

Semasa perbincangan tersebut Mamat ni cakap main lepas saja dan tangan beliau angkat tinggi-tinggi seolah-olah menunjukkan kepoyoan beliau terhadap saiful yang bukan kecik anak Ayahndanya.

Saiful sudah memberi amaran agar Mamat jangan tinggi suara dan jangan naikkan tangan dengan tunjuk-tunjuk jari ke arah saiful,sebab dia seperti tak hormat Saiful yang lebih tua umur dan pangkat. Tapi amaran tidak di endahkan.

Dengan nada bongkak si Mamat ini tadi berkata beliau tidak peduli apa yang akan jadi dan akan tetap mencabut bendera kami pada malam itu juga.

Saiful yang sudah tak boleh sabar melayan kerenah Poyo dan ala samseng si Mamat ni mula menolak beliau kerana tangan mamat yang menunding jari hampir kena ke muka Saiful seolah-olah mahu mencucuk muka beliau. Maka berlaku lah tolak menolak dan tumbuk menumbuk yang mana Si Mamat tadi ni teruk kena tumbuk.

Pergelutan yang berlaku dalam masa 10 ke 15 minit itu menyaksikan Saiful mendapat kuasa dalam pertarungan itu. Geng-geng UMNO/BN cuba masuk campur tetapi diberikan amaran oleh seorang lagi sahabat aku.

Kami sendiri pun tak masuk campur kenapa mereka pulak nak melebih-lebih. Kerana aku tak sampai hati membiarkan mereka terus-terusan bergelut aku telah mengambil satu tindakan drastik meleraikan kedua-duanya.

Mamat aku tarik dulu sebab aku tengok mulut dan muka beliau berdarah. Aku suruh dia dan Saiful Istighfar. Ingat Allah. Sabar . Jangan kerana bendera kita sesama kita berbunuhan berlawan. Kita ni sekampung dan aku kenal Mamat ni sejak kecil. dia budak baik dulu selalu berserban dan berjubah serta rajin ke kelas agama. Cuma lepas sekolah dia berubah gila-gila seolah-olah kena kejutan budaya.

Aku katakan benda kecik macam ni boleh di bawa bincang. Mamat pun aku salahkan kerana cakap ngan orang tua agak kasar. Pertarungan terhenti sampai disitu dengan masing-masing tak berpuashati.

Aku mengatakan kepada Mamat dan geng UMNOnya. Jika bendera itu tidak disenangi oleh Ayahnda Pekida beliau, masing-masing ada majlis pimpinan. Biar pimpinan yang mengambil tindakan jika kami salah menggantung bendera dan kena bersikap adil dalam melaksanakan hukum kerana dipihak UMNO/BN juga ada signboard Pekida terang-terangan menyokong BN dan memasang bendera serta logonya sekali.

Sedangkan bendera kami hanya memasang bendera tiga jalur sahaja dan tiada logo PEKIDA. Boleh saja kami katakan itu bendera Jamaica atau penyokong Bob Marley. Ingat tiga jalur je semua PEKIDA ke.??

Malah jika alasan Mamat kononya PEKIDA itu NGO dan tak terlibat dengan politik, bagaimana pula dengan saignboard PEKIDA menyokong BN tersebut itu belum lagi dikira dengan Markaz belia 4B yang di buka di Perumahan Sri Pulau Pinang bukankah belia 4B itu hak kerajaan dan tak boleh berpolitik juga.

Tetapi apa yang kami tengok mereka juga pasang bendera BN. So jangan marah jika nanti ada belia 4B yang lain pasang bendera parti-parti PR pula.

  Akhirnya masing-masing kembali ketempat masing-masing setelah aku serta sahabat dan geng UMNO/BN sepakat bahawa bendera tersebut tidak perlu dikacau sehingga majlis pimpinan masing-masing mengambil ketetapan.

Biar mereka yang buat keputusan.Jika kena buka bendera tersebut kami akan akur tetapi signboard itu juga mesti dibuka. Masing-masing bersetuju dan pulang ke tempat masing-masing. Dalam perjalanan balik aku bertanya pada Saiful apa yang beliau rasa.

Dia cakap dia memang geram bila ada budak-budak bawah dia cakap dengan cara kurang ajar dan angkat tangan ke muka dia.

"Dah le mereka datang nak cabut bendera kita ( maruah tu beb ) lepas tu cakap macam samseng macam seolah-olah kita ni kena ikut telunjuk dia pulak. Aku bukan adik-adik dia nak cakap kurang ajar macam tu Siapa dia nak turunkan bendera kita. Kalau Ayahnda dia bising mari jumpa aku dan aku boleh je berunding cara baik.
Malah aku memang lemah bila berunding dengan orang baik dan kadang-kadang orang baik sendiri boleh kalahkan aku dengan cara baik tapi ini perangai serupa Yahudi datang serang dan nak runtuhkan bendera orang lepas tu cakap mulut takde insuran. Baru jadi AJK Pemuda UMNO caw dah berlagak macam ni. Kalau jadi Menteri ke MP ke macam mana nanti lagak dia ". Kata beliau.

Esoknya aku dapat tau kes ini sudah kecoh dan laporan polis kononnya telah dibuat oleh Mamat.

Menurut cakap sahabat aku laporan polis yang dia buat adalah sebagai melindungi diri beliau kononya jika berlaku sesuatu kepada Saiful atau bahasa mudahnya jika Saiful kena pukul bukanlah berpunca dari beliau dan beliau tidak bertanggungjawab.

Alahai takkanlah kita ni tak guna akal yang waras. Jika Saiful kena pukul ke apa ke dah tentu dia juga kena sebab dia dah ada motif. Korang reportlah beratus report tapi Polis bila ada sesuatu kes mereka akan utamakan motif dulu dari report korang lah.

Kalau Saiful kena pukul dah tentulah si Mamat ni akan disoal dulu sebab beliau mempunya konflik diawalnya. Kena pula kalau memang terbukti dia yang buat atau upah orang dah tentulah dia kena dulu silap-silap double charge sebab mengelirukan polis.

Sebab sebelum ni kami dapat kantoi UMNO/BN upah kepada samseng untuk pukul orang-orang PR termasuk Saiful. Budak yang diupah sendiri buka mulut dia dibayar untuk pukul dan senarai orang yang dipukul pun beliau berikan.

Bodoh puak-puak ni pakai kaki pukul tapi bodoh tak tau kaki pukul tu kawan kami jugak hahahah.. Lawak2..
Sehingga hari ini kes ini sudah dimainkan dihalaman-halaman dan page UMNO terutama page Isu Politik Semasa.
Banyak yang menggugut nak mencederakan Saiful. sedangkan mereka itu semua tolol sebab tak tahu apa yang berlaku main hentam keromo saja. Dah le takde bukti bergambar lepas tu tunjuk gambar saiful dan tuduh beliau macam-macam seolah-olah mereka lebih tau apa yang berlaku.

Kecoh je memanjang sehingga Artikel ini ditulis pun isu itu masih hangat dikatakan mereka. Padahal bodohnya mereka terima berita bulat-bulat dari orang yang main hentam je buat fitnah.

Semakin aku menyampah dengan UMNO bila kejadian ini berlaku dan semakin aku nampak kelemahan UMNO. UMNO suka jaja cerita fitnah, Berlagak Poyo, Suka memerintah orang yang tak sebulu dengannya,

Suka tunjuk kuasa dan pengecut bila kes kecik macam ni sampai nak berpolis-polis buat laporan Alahai UMNO Layu Melayunya.

Oleh Sham Gee
-selatanonline-
at 4/02/2013 12:19:00 PG  
Read More

Saturday, 30 March 2013

KANTOI!!! :: Ini Muslihat Muhyiddin Tuduh PR Untuk Cetus Huru-Hara Pada PRU13 Nanti!! & Lembu Cabar Mat Rempit...

Sabtu,30 Mac 2013
Lembu?
TPM dakwa pembangkang rancang wujud porak peranda pada PRU13
Bernama
10:23PM Mac 13 2013 
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa hari ini bahawa daripada maklumat beberapa dokumen yang boleh dipercayai, pembangkang dipercayai merancang untuk menggagalkan pilihan raya umum ke-13 dengan mewujudkan keadaan porak peranda kerana gementar dengan sokongan rakyat kepada BN yang sudah mula meningkat.
KANTOI!!! :: Ini Muslihat Muhyiddin Tuduh PR Untuk Cetus Huru-Hara Pada PRU13 Nanti!!
SATURDAY, 30 MARCH 2013
Sudah la Muhyiddin. 
Aku takan termasuk dalam permainan ko. Jelas ini satu propaganda yang nak menakut2kan rakyat dan menimbulkan persepsi bahawa PR akan menimbulkan kekacauan bagi mendapatkan kuasa.. 
PR desak. Mana bukti mana oi.
Pakatan Rakyat (PR) mencabar Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengemukakan dokumen yang didakwa mengandungi maklumat rancangan pembangkang mahu menggagalkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kepada pihak berkuasa.

Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, dokumen itu perlu diserahkan agar siasatan dapat dijalankan dan tindakan lanjut diambil.

“Kalau betul ada dokumen, serahkan saja pada pihak berkuasa supaya siasatan dapat dibuat. Jangan hanya bawa fitnah dan cakap sahaja tapi dia (Muhyiddin) juga perlu bertindak,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Then tup2 ada pula dokumen tersebar.
Rujuk bawah ;
Bacaan lanjut disini.
Team Nadi Rakyat dan PG yang dedahkan. Bloggers upahan UMNO yang dedahkan untuk cover mulut tipiem.
Samada ia memang disengajakan ataupun terpaksa disengajakan untuk melindungi tipiem aku tak sure. Pokoknya dari episode satu sampailah episode terbaru semuanya saling berkait rapat. Betul2 ikut turutan. Itu sebab tv3 siarkan dalam media mereka. Itu sebab ada team silat apa tah sorry tak ingat nama pongpang2 dalam tv semalam.

Dan terkini si Shahrizat pula ikut menyampuk. Ini masa nak memperbesarkan isu. Baru la orang tahu aku still hidup lagi. Ataupun lebih tepat baru la tipiem sedar bahawa aku neh masih bernyawa lagi.. next project ada la harapan untuk aku kalau BN menang lagi ma.
Baca neh. 
Aku maleh nak tulis panjang2. Kalau tipiem ada bukti cepat2lah bagi bukti tu kepada polis. Tak bagi bukti bermaksud anda bersubahat dengan pembangkang. Apa tipiem dah tukar haluan ke sekarang? Sokong PR pula ke? Kalau tidak, kenapa taknak serahkan bukti kepada PDRM? 

Then PDRM pula cepat2la siasat penyebaran dokumen tue. Aku nak tengok siapa yang dorang nak tangkap dan tahan. Pemimpin PR mana yang buat onar. Diam2 = tak buat siasatan = bermaksud korang sendiri yang sebarkan isu tue then merepek tak tentu hala depan tv. Orang kata berlakon ah senang cakap. Kalau tak amek tindakan le.

Laporan polis oleh persatuan silat apa nama tah dah dibuat kan? Hah cepatla buat kerja. Kalau tiada tindakan di ambil bermaksud sahla PR difitnah. Apatah lagi dokumen sulit dah disebarkan. Takan nak dok diam2 lagi? 

Aku dah sebut banyak kali dah. Ini aku nak sebut lagi. PR dah kalah banyak kali. Pengalaman kalah tue dah lali. Ia bukan perkara baru untuk PR berhadapan dengan kekalahan oke. Untuk orang yang dah biasa kalah, kalau kalah lagi pada PRU - 13 ini, kita tetap boleh steady dan berjuang macam biasa.
Tetapi ini berbeza untuk orang yang TAK PERNAH KALAH.
Korang nilaikan je sendiri benda2 yang LUAR BIASA yang KELUAR dari BN dalam 5 tahun ini. Itu je dah cukup membuktikan betapa takut dan cuak nya dorang kalau KALAH teruk pada kali ini. Sendiri yang buat huru hara, sendiri yang buat perangai binasa, orang lain pula yang kena. Tah hapa2.
Kenyataan Video Rujuk SINI
#Jib takmau bubar parlimen lagi sebab Komisyen jual beli LIMA 13 belum collect lagi....
Artikel Oleh Bang Azrin Pada 03:55/OH RAKYAT
Lembu Kondo Hitam Vs Lembu Kandang Putih
Mat Rempit Yang KO!


Seekor lembu di Britain mungkin mencatatkan rekod baru dunia sebagai yang terbesar selepas mempunyai ketinggian 1.8 meter dan mempunyai berat hampir satu tan, lapor sebuah akhbar semalam.
Walaupun mempunyai saiz sebesar anak gajah, lembu yang dinamakan Chilli itu hanya memakan rumput dan kadang-kala diberi makan lobak.Wowberita.org
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena