PANTUN KHAS ATAS KEMENANGAN CEMERLANG SHAHRIZAT JALIL
Mempertahankan Jawatan Ketua Wanita Umno Malaysia
Wanita PKR mempersoalkan isyarat yang mahu dihantar oleh Wanita Umno apabila perwakilannya mengekalkan Datuk Seri Shahrizat Jalil yang dikaitkan dengan isu Pusat Fidlot Nasional (NFC) sebagai ketua.
"Apa pesanan yang Umno mahu hantar kepada rakyat. Adakah tidak mengapa untuk seseorang yang dikaitkan dengan skandal menjadi pemimpin utama dan pemimpin negara?" katanya ketuanya Zuraida Kamaruddin.
Dalam kenyataannya hari ini, Zuraida menyifatkan perkara itu sebagai sesuatu yang pelik.
Shahrizat mengekalkan status quo Wanita apabila mengalahkan pencabarnya dalam pemilihan sayap Umno kelmarin.
Posted by OMAK KAU!!!! at Monday, October 14, 2013
Apa Motif Kandang lembu Ini Dipasang TV LCD?
Betul-betul hebat lembu generasi sekarang....
Kandang siap dilengkapi tv LCD lagi....
Apakah tujuan mereka ini meletakkkan LCD ini?
Tujuan penternak lembu ini adalah untuk memperbanyakkan susu lembu
semasa di perah.....
Penternak Russia ini beranggapan dengan memasang tv LCD yang memaparkan gambar
di sebuah padang rumput akan membuat lembu-lembu berasa mereka seolah-olah
berada di padang rumput itu.Dengan itu lembu-lembu itu berasa gembira dan banyak
susu akan diperolehi apabila di perah......
naimnikmat.blogspot.com
Shahrizat perguna Rafizi untuk pastikan dia menang Ketua Wanita Umno?
fiq-life.blogspot.com
Rentetan usaha Shahrizat membersihkan nama dia dengan saman Rafizi dan Zuraida di mahkamah dan kemudian diakui bersih pulak oleh Najib dan diikuti dengan kemenangan dalam PRU13, takdak tokoh wanita Umno yang berani cabar dia untuk jawatan Ketua Wanita Umno.
TheMalaysianInsider melaporkan:
Kes saman RM100 juta Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (gambar) terhadap Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin dibatalkan setelah kedua-dua pihak bersetuju untuk menarik kembali saman yang dikemukakan.
Dalam saman yang difailkan pada 19 Januari tahun lalu oleh Ketua Wanita Umno itu, beliau mendakwa Zuraida dan Rafizi membuat kenyataan fitnah berhubung dakwaan terhadap projek National Feedlot Corporation (NFC).
Penarikan saman itu dibuat di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Vazeer Alam Mydin Meera. - TMI.
Aku yakin ramai yang rasa bila Shahrizat berani saman Rafizi dan Zuraidah awal tahun hari tu Shahrizat
bersih. Ramai tu maksud aku dari kalangan orang Umno terutamanya dari kalangan Wanita Umno. Bahkan aku yakin depa percaya bila Shahrizat berani cabar di mahkamah tu bermakna bukan saja dia bersih tapi suami dan anak-anak dia jugak bersih.
Sekurang-kurangnya ituu mesej dan persepsi yang Shahrizat nak tanam untuk orang Umno terutama sekali ahli wanita Umno yang masa tu cukup terasa dengan isu skandal NFC tu.
Hasilnya memang hebat terutama sekali bila Najib pun 'ampunkan dosa' Shahrizat yang terpalit akibat olah suami dia tu dan dibagi jawatan bertaraf menteri dan natijahnya, dia tak hadapi masalah bila dipilih jadi calon PRU13 dan menang besar pulak tu
Rentetan usaha Shahrizat membersihkan nama dia dengan saman Rafizi dan Zuraida di mahkamah dan kemudian diakui bersih pulak oleh Najib dan diikuti dengan kemenangan dalam PRU13, takdak tokoh wanita Umno yang berani cabar dia untuk jawatan Ketua Wanita Umno.
Yang berani cabar dia pun cuma veteran Wanita Umno yang tak tara mana dan jugak sorang ahli Wanita Umno yang cuma menumpang nama pak dia yang jugak tak terkenal tara mana.
Akhirnya Shahrizat Jalil berjaya mengekalkan jawatan dia sebagai Ketua Wanita Umno dengan cemerlang sekali.
Apa lagi yang dia nak? Nama dia dah bersih di mata majoriti ahli Umno terutama sekali Wanita Umno, dia berjaya pulak menang balik title Ahli Parlimen selepas dimalukan oleh Nurul Izzah masa PRU12 dan yang lebih penting kuasa dia tak tergugat dalam Wanita Umno yang menjanjikan dia peluang yang seluas-luasnya.
Untuk apa lagi dia teruskan nak saman Rafizi dan Zuraida tu dengan risiko yang cukup tinggi kemungkinan lebih banyak kudis dan sopak kat badan dia didedahkan dimahkamah.
Apa sangat kesannya kalau setakat Rafizi dan Zuraida melalak kata:
keputusan Shahrizat menunjukkan segala pendedahan mengenai NFC yang dibuat oleh mereka mempunyai asas selain bertepatan dengan laporan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). - Ibid.
Mungkin di mata kita penentang Umno BN tindakan Shahrizat tu nampak ada sikit BANGANG tapi kalau ikut standard Umno tindakan Shahrizat main aci menggunakan mahkamah macam tu adalah tindakan yang cukup bijak untuk memperbaiki persepsi mana dia dalam Umno dan terbukti dia berjaya yang tentunya dengan bantuan dana yang cukup besar.
Sumber: http://cenangau.blogspot.com/2013/11/
Shahrizat tarik balik saman RM100 juta terhadap Rafizi, Zuraida
KUALA LUMPUR 11 NOVEMBER: Kes saman RM100 juta Datuk Seri Shahrizat Jalil terhadap Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli dan Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin dibatalkan setelah Ketua Wanita Umno itu menarik balik saman tersebut.
Menurut Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan, penarikan itu dibuat Shahrizat tanpa sebarang syarat.
Dalam saman yang difailkan pada 19 Januari tahun lalu, Shahrizat mendakwa Rafizi dan Zuraida membuat kenyataan fitnah berhubung dakwaan mengenai projek National Feedlot Corporation (NFC).
Penarikan saman itu dibuat di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Vazeer Alam Mydin Meera pagi ini.
Kerajaan Rakyat
Kenapa Shshtizat Tarik Balik Saman Ke Atas Rafizi?
Datuk Seri Shahrizat Jalil menarik balik saman RM100 jutanya terhadap dua pemimpin PKR Rafizi Ramli dan Zuraida Kamaruddin.
Langkah mengejutkan itu dibuat tanpa apa-apa syarat.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Hakim Vazeer Alam Mydin Meera membenarkan saman itu ditarik balik selepas bertemu peguam kedua-dua pihak di kamar.
Shahrizat tidak hadir. Rafizi dan Zuraida berada di mahkamah.
Di luar mahkamah, Rafizi bertegas langkah itu tidak akan menamatkan isu NFC, bahkan berazam untuk terus menyiasat perkara itu.
Katanya, keputusan Shahrizat hari ini membuktikan bahawa mereka mendedahkan perkara asas berhubung kepentingan awam.
Peguam kanan Muhammad Shafee Abdullah berkata, mereka telah menetapkan perkara itu sejak pernyataan tuntutan oleh Shahrizat, dan tuntutan balas Rafizi dan Zuraida .
"Beliau berpendapat kenyataan itu dibuat untuk mempengaruhi keputusan pilihan raya. Itulah sebabnya dia terpaksa memfailkan secepat mungkin.
"Sekarang bahawa pilihan raya itu sudah selesai, tidak ada gunanya untuk meneruskan perkara itu lagi. Saya rasa ia adalah lebih bijak untuk mereka untuk menarik balik kes-kes mereka tanpa sebarang kos, " kata Shafee.
Posted by Jeebond BLM at 3:07 pm , 0 comments
0 comments:
Post a Comment