Friday 22 November 2013

PEMILIHAN JAWATAN AJK PAS PUSAT DITANGGUH ESOK - Asmuni Awi

Jumaat, 22 November 2013
Proses pembuangan undi bagi pemilihan kepimpinan PAS sesi 2013-2015 bermula jam 4.00 petang tadi selepas sesi taklimat ringkas oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat, Asmuni Awi.

SHAH ALAM: Proses pembuangan undi bagi pemilihan kepimpinan PAS sesi 2013-2015 bermula jam 4.00 petang tadi selepas sesi taklimat ringkas oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat, Asmuni Awi.

Bagaimanapun pengundian petang ini hanya bagi jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden PAS.

Sementara bagi pemilihan 12 Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang sepatutnya diadakan petang ini ditangguhkan esok bermula jam 8.15 pagi.

Pengundian dijalankan secara berperingkat-peringkat bermula dengan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Tetap, Ahli Majlis Syura, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Petang ini, perwakilan dewan-dewan dari Negeri Selangor, Melaka dan Perlis membuang undi pada jam 4.30 petang.

Perwakilan Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang dan Pahang pada jam 5.30 petang.

Perwakilan Perak, Kelantan, Terengganu pada jam 6.00 petang manakala perwakilan Johor, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan pada jam 6.30 petang.

Menurut Asmuni juga, keputusan penuh akan diumumkan selewat-lewatnya petang esok.

Bagi jawatan timbalan, ketua dan naib presiden, pengiraannya akan dibuat malam ini namun akan diumumkan bersekali dengan keputusan pemilihan ahli jawatankuasa.

Seramai 1,129 perwakilan membuang undi.

Written by HarakahDaily

15 ADUN Negeri Selangor mengundi awal
Photo: YB Dr. Halimah Mohd Ali merupakan perwakilan pertama yang mengundi.

Untuk makluman, semua ADUN Negeri Selangor mengundi awal untuk membolehkan mereka menghadiri Persidangan Dewan Undangan Negeri.

Admin
YB Dr. Halimah Mohd Ali merupakan perwakilan pertama yang mengundi.

Untuk makluman, semua ADUN Negeri Selangor mengundi awal untuk membolehkan mereka menghadiri Persidangan Dewan Undangan Negeri.
Admin
Fb Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena