Thursday 28 November 2013

Hasrat tiga penyamun berjoli duit Amanah Ikhtiar tidak kesampaian...2 maut 1 cabut lari!

Khamis, 28 November 2013
kemalangan Sungai Siput, Perak7

Sebuah Proton Saga yang dipandu penyamun bertembung dengan sebuah lori pasir di Sungai Siput Perak semalam.
Sebuah Proton Saga yang dipandu penyamun bertembung dengan sebuah lori pasir di Kampung Temin Sungai Siput Perak semalam.
Hasrat tiga lelaki berjoli wang tunai yang disamun daripada seorang wanita di Kampung Temin, Sungai Siput dekat sini semalam tidak kesampaian apabila dua daripada mereka terbunuh dalam satu kemalangan tidak jauh dari lokasi samun. Manakala seorang lagi suspek melarikan diri.
Dalam kejadian pukul 12.30 tengah hari itu, mangsa dikatakan selesai membuat kutipan wang Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) daripada beberapa orang peminjam skim berkenaan di Kampung Trosor dan sekitar kawasan terbabit.
Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superitenden Azman Salim berkata, semasa kejadian wanita berusia 22 tahun itu sedang memandu kereta Proton Saga sebelum kenderaannya dipintas sebuah kereta Proton Wira dinaiki suspek.
kemalangan Sungai Siput, Perak8
Anggota bomba bergegas ke tempat kejadian.
kemalangan Sungai Siput, Perak3kemalangan Sungai Siput, Perak5kemalangan Sungai Siput, Perak4
“Mangsa diarahkan berhenti di tepi jalan dan suspek yang berparang telah menyamun wanita dan merampas wang tunai ribuan ringgit.
“Penjenayah terbabit kemudiannya mengarahkan mangsa keluar daripada kereta sebelum dua daripada mereka melarikan kenderaan tersebut,” katanya ketika dihubungi.
Ujarnya, seorang lagi suspek memandu Proton Wira dan mengekori dari belakang.
“Mangsa pula tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.
kemalangan Sungai Siput, Perak7
Dua penyamun mati di tempat kejadian selepas kenderaan yang mereka samun berlanggar dengan lori.
kemalangan Sungai Siput, Perak2kemalangan Sungai Siput, Perak
Bagaimanapun kereta Proton Saga yang dinaiki dua suspek itu bertembung dengan sebuah lori di satu selekoh berdekatan Tanah Perkuburan Islam Kampung Temin.
“Seorang suspek meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian manakala seorang lagi yang parah disahkan mati di Hospital Sungai Siput,” katanya.
Katanya, polis kini sedang memburu suspek yang masih bebas dan kes disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana menyamun dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.-k

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena