Tuesday 26 November 2013

Mengejutkan! Inchek Ibrahim dilantik sebagai ahli lembaga pengarah UITM?

Rabu, 27 November 2013
Seorang penjengok blog Merah Tinta memaklumkan Ibrahim Ali dilantik menjadi ahli Lembaga Pengarah UITM yang baru dan perkara itu disifatkan sebagai sesuatu mengejutkan. Perkara ini disedari apabila ketika konvokesyen baru-baru ini di mana ada nama Ibrahim tercatat didalam buku cendera mata.

"Beberapa ibubapa yang hadir ke majlis konvokesyen terkejut melihat nama Ibrahim itu," jelasnya penjengok berkenaan.

Menurutnya ada juga ibu bapa kehairanan dan bertanya apakah tidak ada nama lain untuk dilantik menjadi ahli lembaga pengarah.

Penjengok itu bimbang dan ingin tahu apakah hal ini disedari oleh pihak kementerian atau pun tidak?

Dalam pemeriksaan sekejap tadi terhadap web UITM [http://www.uitm.edu.my/index.php/bm/kenali-uitm/canselor-procanselor-lembaga-pengarah-a-naib-canselor/lembaga-pengarah] memang nama Ibrahim Ali ada tercatat sebagai ahli lembaga pengarah di bahagian paling bawah.

Lain-lain ahli lembaga pengarah ialah, Dr Wan Mohd Zahid Mohd Noordin (Pengerusi), Ir Dr Sahol Abdul Hamid Abu Bakar, Maznah Abdul Jalil, Mohamad Omar Ali, Mohd Ali Mansor, Aishah Sheikh Ahmad, Dr Aminuddin Hassim, Dr Roziah Omar, Inchek Ibrahim Ali dan Zahrah Mokhtar selaku setiausaha.

Tidak lama dahulu IPTA berkenaan juga berhajat untuk menganugerahkan 'bintang' kepada ahli politik 'lompot-lompatan' itu tetapi ia ditarik balik apabila timbul kontroversi. Sahul Hamid terpaksa membuat pengumuman yang kononnya ia diperingkat cadangan.

Sebagai rekod minggu lalu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menjatuhkan hukum penjara sehari dan denda RM20,000 ke atas Ibrahim kerana didapati menghina mahkamah berhubung ke saman Anwar Ibrahim ke atas Utusan Malaysia. Beliau kini dalam proses mengemukakan rayuan terhadap hukuman berkenaan. [wm.kl.3:26 pm 26/11/13]

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena