Monday 25 November 2013

Anwar puji Khalid, Anwar Tegur Khalid & Anwar Marah Khalid? Nak percaya yg mana satu?

Selasa, 26 November 2013
Photo: Harakah        : Anuar puji Khalid 
Berita Harian : Anuar Tegur Khalid 
TV3 suku      : Anuar Marah Khalid 

agak 2 macai nak percaya yg mana satu ? hehe

Harakah : Anuar puji Khalid 

Berita Harian : Anuar Tegur Khalid 


TV3 suku : Anuar Marah Khalid 

agak 2 macai nak percaya yg mana satu ? hehe


Buletin Pakatan Rakyat shared Muhd Jack's photo

Kongres Nasional Khas PKR 2013: Anwar tegur MB Selangor - Berita Harian

 bhnews@bh.com.my
Shah Alam: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, disifatkan sebagai pendengar yang patuh dan setia tetapi lambat dalam pelaksanaan. 

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, membuat teguran itu kerana kegagalan Abdul Khalid mengambil langkah disarankan bagi menangani beberapa isu sebelum ini. 

“Saya tegur perkara yang baik supaya beliau dapat baiki skru longgar sebelum ini. 


“Beliau adalah sahabat paling setia mendengar, berbanding pemimpin PKR lain. Khalid paling patuh mendengar, cuma paling lambat laksanakan,” bidasnya ketika sesi penggulungan Kongres Nasional Khas PKR 2013, di sini, semalam. 

Walaupun mendakwa permuafakatan PKR bersama DAP dan PAS semakin kukuh dan mantap tetapi Anwar menegur semua negeri di bawah pakatan pembangkang supaya memberi ruang kepada semua wakil parti dalam urusan pentadbiran. 

“Kerjasama kita dalam pakatan sebenarnya semakin mantap. Namun kita harus beri ruang pada PAS dan DAP juga dalam urusan pentadbiran kerana mereka ada mandat. 

  “Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor perlu muafakat dan redakan salah faham atau ketegangan,” katanya. 
Luah rasa tak puas hati 

Sementara itu, perbahasan usul pindaan Perlembagaan PKR semalam turut menjadi pentas luahan rasa tidak puas hati perwakilan terhadap rakan parti itu dalam pakatan pembangkang. 

Perwakilan Terengganu, Wan Bukhari Wan Mohamad, berkata tindakan PAS ketika kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) menggunakan slogan ‘PAS ganti UMNO’ dan tidak menggunakan perkataan ‘Pakatan Rakyat’ sebagai mewakili semua parti pembangkang. 

Isu ugutan PAS Pulau Pinang yang mahu melepaskan semua jawatan dalam kerajaan negeri turut dibidas perwakilan PKR Kelantan, Profesor Madya Saharun Ibrahim. 

Beliau berkata, PKR Kelantan terpaksa menerima keputusan PAS tidak memberi sebarang jawatan dalam pentadbiran negeri kepada seorang wakil rakyat parti itu di negeri terbabit. 

PKR tiada tempat 

“Walaupun Kelantan mempunyai 10 jawatan EXCO dan 10 Penolong EXCO, namun wakil rakyat PKR langsung tidak diberi tempat. 

“Kita terpaksa menelan kepahitan itu di Kelantan tetapi tiba-tiba dalam kesibukan pemilihan acara muktamar parti sahabat kita, orang nombor dua mereka di Pulau Pinang buat bantahan bahawa peranan mereka dinafikan,” katanya. 

Perwakilan Johor, Abd Shukor Ayub, pula mendesak PKR Pusat menuntut tiga kerusi didakwanya milik parti itu daripada DAP pada pilihan raya umum akan datang iaitu Johor Jaya, Pengkalan Rinting dan Tangkak. BH

Anwar Ibrahim puji Belanjawan Kerajaan Rakyat Selangor 2014

SHAH ALAM 20 NOV : Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji Belanjawan Selangor 2014 yang dibentang Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyifatkannya sebagai belanjawan berhemah dan prihatin.

Anwar Ibrahim Konvensyen Days Saing Komoditi 01Beliau menyatakan demikian melalui akaun Twitternya sebagai mengulas tweet pengikutnya mengenai Belanjawan Selangor 2014 yang dibentang pada sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, semalam.

Sebelum ini, sesetengah media tempatan membuat tafsiran terhadap kenyataan Anwar pada satu forum kononnya Ketua Umum PKR itu menegur cara Abdul Khalid mengurus  kewangan.

Selangor yang ditadbir Pakatan Rakyat buat penggal kedua, memperuntuk RM1.85 bilion iaitu perbelanjaan terbesar dalam sejarah Selangor membabitkan Belanjawan Berimbang 2014 bertemakan ‘Belanjawan Berhemat dan Berimpak Tinggi, Maslahat Rakyat’.

Belanjawan itu berpaksikan kepada lima teras utama iaitu memperkasa pengurusan fiskal yang pragmatik; berhemat dan berdaya maju; memperkukuh keberkesanan serta kecekapan penyampaian perkhidmatan awam dan swasta.

Ia turut memperteguh dasar pro-pertumbuhan pesat; mempertingkatkan kesejahteraan rakyat dan memastikan mutu kehidupan bertaraf dunia selain memastikan pembangunan mampan dan inklusif.

khalid-dun-51Abdul Khalid juga mengumumkan rancangan penggunaan rizab negeri berjumlah RM430 juta bagi membiayai pembangunan enam inisiatif.

Ia meliputi RM150 juta bagi pembinaan Jambatan Ketiga Klang, RM100 juta (rumah mampu milik), RM50 juta (bangunan sekolah), RM50 juta (usahawan dan pemerkasaan belia), RM50 juta (pembangunan desa) dan RM30 juta (pemberdayaan wanita).

Kerajaan negeri turut membelanjakan RM1.055 bilion bagi pembangunan atau 46.3 peratus daripada jumlah keseluruhan  untuk 2014 dan RM1.225 bilion atau 53.7 peratus lagi untuk perbelanjaan mengurus menjadikan jumlah perbelanjaan keseluruhan RM2.28 bilion.
NFN FZL

Selangorkini

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena