Thursday 21 November 2013

Bila sebut jawatan mesti Ulamak? Mat Sabu terpaksa mengundi dari mahkamah petang nanti!

Khamis, 22 November 2013
KESIHAN MAT SABU !!
TERLEBIH dahulu takut terlupa, aku ucapkan Tahniah dan Syabas kepada Sdr Suhaizan Kayat yang telah berjaya memenangi jawatan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat di dalam Muktamarnya semalam.  Begitu juga Tahniah buat Puan Siti Zailah Yusof yang terus memegang jawatan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, di samping Dr Mariah Mahmud sebagai Timbalan.

Kesemua di atas bukan golongan Ulamak tetapi tidak akan memusuhi Ulamak bahkan sentiasa patuh kepada keputusan Dewan Ulamak atau Majlis Syura PAS.  Ini bermakna Pemuda PAS telah boleh berfikir pemimpin mana yang patut diangkat untuk meneruskan perjuangan PAS untuk lebih jauh ke hadapan dan tidak beku di ruang masjid atau madrasah semata-mata.

Sabtu nanti, terjawab pula persoalan samada PAS mahu golongan Ulamak berada di Kerusi Nombor Satu dan Dua, atau mahu Ulamak di Kerusi Utama dan bergandingan dengan aktivis serta profesional di Kerusi Timbalan.  Dewan Ulamak telah buat usul agar jawatan Presiden dan Timbalan mesti dari golongan Ulamak.  Ini hanya usul, belum diputuskan atau diluluskan.

Samada usul itu bijak dibuat disaat-saat Mat Sabu yang bukan dari golongan Ulamak cuba mempertahankan jawatannya sebagai Timbalan Presiden daripada direbut oleh Nik Amar yang dikatakan golongan Ulamak.  Jika ada perwakilan yang terpengaruh dengan 'kempen' Dewan Ulamak ini, tentunya Nik Amar begitu mudah untuk menang.  Simpati dengan Mat Sabu, segenap penjuru beliau ditekan dan paling memilukan datangnya dari Dewan Ulamak yang mahu Ulamak di Kerusi Nombor Dua setelah Presiden pun dari Ulamak juga.

Apakah satu ketika nanti kesemua jawatan di dalam PAS mesti dari golongan Ulamak?  Selain dari Ulamak hanya boleh mengundi PAS untuk pilihanraya sahaja?  Mereka yang buat kerja tungkus lumus di bilik gerakan sewaktu pilihanraya adakah kesemuanya Ulamak?  Mengapa bila sebut undi, kita akan terima semua tetapi bila sebut jawatan...ooopss...mesti Ulamak?
DICATAT OLEH WFAUZDIN NS DI 4:00 PG
Mat Sabu mungkin perlu undi dari mahkamah
muktamar pas

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan peguamnya yang juga ahli jawatankuasa pusat, Mohamad Hanipa Maidin mungkin tidak dapat menghadiri muktamar parti itu esok kerana mereka perlu berada di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Hanipa (kanan) berkata, mereka mungkin terpaksa mengundi dari mahkamah petang esok sekiranya mahkamah tidak membenarkan penangguhan.

"Apapun, kami berdua akan berada di mahkamah pagi esok dan mungkin tidak dapat menghadiri perasmian muktamar oleh presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kerana mahkamah tidak membenarkan penangguhan.

"Tetapi kita akan cuba untuk memohon penangguhan sekejap selepas Mat Sabu memberi keterangan di mahkamah untuk memudahkan kita mengundi di sebelah petang. Jika ini tidak dibenarkan, kami berharap pihak parti akan membenarkan kami mengundi dari mahkamah," katanya kepada Malaysiakini petang ini.

Ini berikutan saman Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar terhadap Mohamad, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, pencetak Harakah Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd, Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman dan penulis Aziz Muda.

Penyiaran dua artikel dalam bulan Februari tahun ini dalam penerbitan PAS, Harakah, bertajuk 'Wan Ahmad Tak Boleh Dipercayai' dan 'Ragu Peranan SPR - Wan Ahmad Omar Mesti Letak Jawatan' didakwa mengandungi unsur fitnah terhadap timbalan pengerusi SPR itu.

Wan Ahmad (kanan) telah memberi keterangan dalam perbicaraan hari 
ini dan mengikut Hanipa, Mat Sabu akan memberi keterangan sebagai defendan pertama dalam saman itu esok.

Hanipa mewakili Mat Sabu dan defendan dalam saman itu manakala Wan Ahmad diwakili peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun.

Menurut ahli jawatankuasa pusat PAS itu, mereka telah memohon untuk penangguhan bagi menghadiri muktamar itu kerana ia diadakan setiap dua tahun sekali tetapi Hafarizam bertegas membantahnya, menyebabkan mereka perlu hadir di mahkamah esok.Posted by indah.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena