Thursday, 28 November 2013

Kisah yang meletop-letop - "Remaja 13 Tahun dicerai talak...(full)

Khamis, 28 November 2013

Artikel nie memang dah meletop-letop kat media massa...
Adoi kenapa boleh jadi cam nie adik-adik ku.....

Kesian pula cik akak tengok...
Baru 13 tahun dah jadi janda.....
Apa boleh buat kan dik....adik kena terima juga...
Qada & Qadar itu indah....
Yang lagi sedih tu kalau dah ada anak....

Kesian tengok anak-anak tu...
Membesar kurang kasih sayang babah...huhu...

Faktor atau sebab hanya mereka yang mengetahui....

Satu je pesan cik akak....wahai adik-adik yang disayangi...

" Mengambil isteri biarlah dijaga dengan serapinya....
Isteri itu amanah Allah....
Jangan sekali perkecilkan hatinya...
Kerana hati wanita itu tulus dan ikhlas bila menjadikan lelaki imam mereka"

Dalam hidup rumah tangga ini...perlu saling memahami...
Jangan dok gaduh2 k sayang....hihi...
Remaja Berusia 13 Tahun Dicerai Talak Tiga - Kulim: Rumah tangga yang dibina remaja perempuan 13 tahun dengan suaminya berusia 19 tahun musnah, seminggu sebelum ulang tahun pertama perkahwinan mereka.

Nor Fazira berusia 12 tahun ketika dinikahkan dengan pasangannya, Mohd Fahmi yang ketika itu berusia 20 tahun.

Bapa Nor Fazira, Saad Mustafa, 43, berkata, beliau menerima kenyataan berkenaan walaupun pahit dan menganggap bukan jodoh anaknya untuk kekal di alam perkahwinan.

Saad turut memberitahu bahawa dia tidak mengetahui punca sebenar keretakan rumah tangga anaknya itu kerana Nor Fazira tidak banyak bercakap mengenai nasib yang menimpa dirinya. Buat masa ini, Nor Fazira tinggal bersama bapa saudaranya di Padang Serai supaya jiwanya kembali tenang.

Keratan akhbar BH mengenai pernikahan pasangan remaja pada 22 November tahun lepas. Pasangan, Nor Fazira Saad dan Mohd Fahmi Alias, yang bernikah pada 17 November 2012 dengan hantaran RM4,552 dan mas kahwin RM1,500 susulan kebenaran Mahkamah Rendah Syariah Kulim, disahkan bercerai pada 11 November lalu.

Di Malaysia, undang-undang umur minimum perkahwinan adalah 18 tahun, tetapi 16 tahun untuk anak gadis Muslim dan mereka yang berusia di bawah 16 tahun boleh berkahwin dengan keizinan Mahkamah Syariah.

Sumber HMetro
Majlis pernikahan mereka berlangsung di Masjid Kampung Padang Cina, di sini, dengan wang hantaran RM4,552 serta mas kahwin RM1,500 pada 17 November 2012 selepas mendapat perintah kebenaran untuk bernikah di bawah umur daripada Mahkamah Rendah Syariah Kulim pada 7 November 2012.
- exazaf

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena