Saturday, 30 November 2013

Forum Mahasiswa di UIAM: Rakyat perlu berdiam diri - Terkejut Kenyataan Panas Fathul Bari !

Ahad, 1 Disember 2013
Forum Mahasiswa Di UIAM Kuantan Dapat Sambutan, Ramai Terkejut Kenyataan Panas Ustaz Fathul Bari !
KUANTAN - Ramai pihak yang menyaksikan majlis forum bertajuk "University's Role In Molding A Thriving Society & Country" di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kuantan malam semalam (29 Nov) terkejut dengan kenyataan Exco Pemuda UMNO, Ustaz Fathul Bari bahawa rakyat perlu berdiam diri (simpan dalam hati) walau pun mereka tidak bersetuju dengan kerajaan yang sedia ada sekarang. Beliau berkata demikian, ketika menjawa soalan seorang mahasiswa yang bertanya soal tindakan beliau mengharamkan perhimpunan aman (demontrasi). Fathul turut menyatakan bahawa apa yang berlaku di dalam negara kita sekarang adalah petanda "akhir zaman", maka itu rakyat perlu terima apa saja yang dilakukan oleh kerajaan dan mereka tidak perlu turun dijalanraya untuk menyatakan bantahan walau pun tidak setuju dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan. Apapun, Fathul Bari mengatakan jawapan yang diberikan adalah hujjahnya berdasarkan apa yang beliau pelajari selama ini. Malah, dia merujuk kepada hadis-hadis sahih atas apa jua kenyataannya tentang demontrasi selama ini. "Saya berani cakap bahawa saya konsisten dengan hujjah saya. Tidak kira kerajaan atau pembangkang anjur himpunan, saya tetap tidak bersetuju. Kalau saya sertai himpunan anjuran UMNO.. bolehlah saya dikutuk.. tapi setakat hari ini saya memang tidak pernah sertai mana-mana himpunan (demontrasi)", kata Ustaz Fathul Bari. Program anjuran IIUM Kuantan Stundent's Representative (SRC) itu turut menampikan bekas Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi, Nur Azam Amiruddin (wakil mahasiswa) dan Prof Madya Dr.Muhammad Ibrahim (Pensyarah UIAM). Hampir 500 orang mahasiswa serta orang awam telah hadir. 

Tetamu kehormat yang turut bersama menyaksikan program tersebut

Sementara itu, Ustaz Nasruddin ketika menjawab hujjah Ustaz Fathul Bari berkata apakah kita harus berdiam diri ketika melihat kemungkaran. Katanya, memang benar ada hadis yang mengatakan serendah-rendah iman ialah menegur di dalam hati namun apakah wajar kita perlu berdiam diri. "Menegur dalam hati ialah meluahkan apa yang terpendam dan diterjemahkan menerusi himpunan seperti yang diadakan selama ini. Himpunan aman sebenarnya, tetapi yang menghuru-harakannya ialah anggota polis. Cuba lihat, Himpunan Hijau di Kuantan.. berjalan dengan baik tanpa sebarang gangguan bila pihak polis berikan kerjasama", katanya. Beliau menegaskan, himpunan memang menjadi kucar-kacir bila polis melepaskan water canon dan gas pemedih mata. "Himpunan aman sebenarnya diadakan dengan baik untuk menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap apa yang dilakukan kerajaan. Dengan himpunan aman  banyak isu akhirnya diselesaikan oleh kerajaan.... antaranya isu PPMSI, ISA dan banyak lagi. Jika rakyat tidak turun berhimpunan apakah kerajaan akan mendengar suara mereka?. Tidak wajar kita berdiam diri melihat kemungkaran. Kita diberikan akal fikiran untuk memilih yang hak dan yang bathil.. maka itu bila kita mahu menyatakan bantahan terhadap apa jua tindakan kerajaan yang tidak betul.. apakah dengan berdiam diri?. Maka itu saya rasa tidak ada salahnya himpunan aman kerana itu saja cara untuk kita memberi nasihat selepas kerajaan gagal mendengar suara mereka selama ini", tambah Ahli Parlimen Temerloh itu lagi dengan tepukan dari kalangan penonton.
Nasruddin yang juga merupakan AJK PAS pusat turut memberi semangat kepada para mahasiswa agar tidak menjadikan penglibatan mereka dengan persatuan tertentu dianggap tidak betul gara-gara digelar kumpulan pro-M dan pro-Aspirasi. "Saya jadi pemimpin hari ini atas pengalaman yang saya peroleh ketika berada di pusat pengajian tinggi. Saya banyak melibatkan diri dengan gerakan mahasiswa. Suara mahasiswa didengar oleh orang luar... maka itu, jadikan pengalaman sebagai kekuatan untuk terus berjuang... siapa tahu ada diantara anda akan jadi MB Pahang atau exco... maka itu gunakan ilmu yang ada untuk tunduk dan patuh kepada Allah. Apa guna ada ilmu jika selepas belajar kita menyokong yang bathil. Guna akal fikiran untuk pilih dan pilihan itu harus tepat agar kita tidak dikatakan bersekongkol dengan mereka yang mahu menjatuhkan Islam. Ada pihak mahu angkat Islam tapi satu pihak lagi mahu jauhkan umat Islam dari agama itu sendiri.. Inilah realiti yang berlaku di negara kita hari ini", kata Nasruddin Hassan Tantawi.
[Apapun, syabas dan tahniah kepada pihak pengurusan Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) Kuantan kerana berjaya menemukan dua tokoh politik muda terutamanya dari parti pembangkang (Ustaz Nasruddin Hassan) bersama dalam program tersebut. Sekurang-kurangnya para mahasiswa dapat melihat dan menilai hujjah daripada kedua-dua belah pihak untuk dijadikan panduan dalam menilai sesuatu isu yang berkaitan dengan politik negara. Walau pun ada soalan provokasi dan ahli panel sendiri beberapa kali lari tajuk, namun ia sedikit sebanyak memberi ruang yang terbuka luas untuk insititusi pengaian tinggi lain di negara ini menganjurkan acara debat atau dialog seperti ini. Sudah tiba masanya kita mahu melihat politik matang yang dapat memberi input yang cukup berguna kepada rakyat. Secara keseluruhannya, penonton berpuas hati dengan hujjah daripada kesemua ahli panel dan ia memberi gambaran positif untuk acara sebegini diteruskan lagi pada masa akan datang di universiti terbabit. Sebelum ini Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dan Lokman Nor Adam  juga pernah diundang beraksi di pentas yang sama. Cuma ramai pihak yang tidak mendapat maklumat secukupnya mengenai program ini. Jika tidak pasti lebih ramai yang akan hadir untuk memeriahkan program tersebut semalam]. #sumber

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena