Wednesday 27 November 2013

Video Jadi Pegawai SPR Penat Mental: Timbalan Pengerusi SPR bersara hari ini! & KERJA KOTOR SPR Kini Bermula

Khamis, 28 November 2013

Published on Nov 27, 2013
Berkhidmat selama 16 tahun bersama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah satu tempoh yang memang memenatkan mental, kata Timbalan Pengerusi, Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang bakal bersara esok.

Wartawan: Hanum Rajak
Juru Video & suntingan: Yusrizal Yusuf Ahmad
PRU 13: Parti politik dilarang guna karikatur sebagai bahan kempen
Timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar

Persempadanan Semula - Kerja-Kerja Kotor SPR Kini Bermula

Persempadanan semula: SPR tak perlu rujuk sesiapa

SHAH ALAM – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak perlu merujuk mana-mana parti politik dalam urusan persempadanan semula kawasan pilihan raya, kata Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas soal kenyataan Pas yang mendakwa SPR tidak merujuk PR dalam urusan persempadanan semula kawasan pilihan raya.

Menjelaskan tentang perkara itu, beliau memberitahu bahawa Perlembagaan menetapkan, SPR tidak perlu merujuk kepada sesiapa berkaitan perkara itu.

“Itu pandangan yang tidak benar dan tidak tepat. Dalam urusan persempadanan semula pilihan raya, undang-undang tidak menetapkan yang SPR perlu merujuk kepada sesiapa. Tidak merujuk kepada kerajaan, Umno ke tidak merujuk kepada mana-mana parti politik.

“Kenapa? Kalau kita rujukkan kepada parti-parti politik, sampai 10 tahun pun tak selesai. Tak ada orang yang akan puas hati. Mereka nak ikut kepentingan masing-masing,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui, hari ini.

Beliau menyeru agar parti-parti politik terbabit melihat perkara itu secara rasional.

“Parti-parti politik lihatlah perkara ini dengan cara yang rasional. Jangan membantah... tak percaya.

“Perlembagaan suruh SPR buat tapi mereka kata jangan buat. Tak percaya pada SPR. Sedangkan kita membuat urusan persempadanan semula ini mengikut undang-undang.

“Sila baca bahagian satu dan bahagian dua, jadual ke-13 Perlembagaan Persekutuan. Barulah jelas bahawasanya, urusan persempadanan pilihan raya ini adalah mengikut undang-undang dan dibuat dengan telus,” katanya.

Terdahulu, SPR akan memulakan kajian persempadanan semula kawasan pilihan raya yang akan bermula hujung tahun ini selepas tertangguh pada 2011.

Sebelum ini, Pas mendakwa persempadanan semula yang dilakukan SPR tidak merujuk kepada PR dan dilihat tidak adil bagi sebuah negara demokrasi. BLM


SPR nafi sempadan semula bagi pertahan kuasa Melayu

Proses persempadanan semula yang akan dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak lama lagi, tidak akan dilakukan dengan tujuan untuk mempertahankan kuasa politik Melayu, kata Pengerusi SPR, Abdul Aziz Abdul Yusuf.

Sebaliknya, kata beliau, proses itu akan mengikuti prinsip-prinsip yang dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan.

"SPR tidak menjadikan mempertahankan kuasa Melayu sebagai prinsip untuk membuat proses persempadanan," katanya dalam mesej teks SMS kepada Malaysiakini.

Abdul Aziz menegaskan bahawa SPR dipandu mengikut jadual 13 Perlembagaan Persekutuan - Perkara 113, fasal 2, 3, 3A, 6, 7, 8, 9 dan 10, serta Perkara 116 dan 117 serta Bahagian 1 dan 11 Jadual 13.

Bahagian-bahagian Perlembagaan Persekutuan itu antara lain menyatakan bahawa sempadan pilihan raya mesti mengambil kira persekitaran dan jumlah pengundi tempatan.

"SPR memberi pertimbangan tentang jumlah pengundi, keluasan, kemudahan pentadbiran daerah dan kerajaan tempatan, kemudahan perhubungan, kesenangan masyarakat sama ada bandar, separuh bandar atau luar bandar.

"Seberapa boleh menggambarkan komposisi penduduk Malaysia," katanya lagi.

Abdul Aziz menyatakan demikian sebagai menjawab persoalan mengenai sama ada proses persempadan semula itu nanti, akan dilaksanakan berikut prinsip-prinsip seperti yang dilakukan sebelum ini. 
-mk

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena