Wednesday 20 November 2013

Nasrudin garis 5 hala tuju kebangkitan anak muda...Mohamad Sabu merasmikan muktamar dengan tema ‘Infiru’

Khamis, 21 November 2013
Semboyan Infiru yang membawa tema 'Bangkit' dan 'Bingkas'
PETALING JAYA: Berasaskan cabaran dan strategi am Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), ketuanya, Nasrudin Hassan menggariskan lima Halatuju Kebangkitan Anak Muda yang mestilah dipelopori oleh semua peringkat organ jamaah.

Katanya, hala tuju pertama ialah pembinaan keterampilan tokoh pemimpin muda Pemuda PAS perlu menyedari realiti dan ekpektasi politik baru dengan iltizam menjadi pemain yang terampil dan berkesan dalam medan demokrasi semasa, di samping agenda menggilap potensi untuk membina dan menampilkan tokoh pemimpin muda negara.

Kedua, ujarnya penguasaan sokongan pengundi muda di mana momentum penguasaan 60% undi anak muda yang pernah beliau sasarkan sebelum PRU13 perlu dipertingkatkan bagi menghadapi PRU14 akan datang. 

“Saya berkeyakinan dengan penuh iltizam untuk menggagaskan ‘Roadmap Anak Muda Ke Putrajaya PRU14’ dengan sasaran penguasaan minimum 53% undi anak muda di beberapa kerusi marginal yang gagal dimenangi oleh PAS atau PR dalam PRU13. 

Nasrudin yang juga Ahli Parlimen Temerloh menyatakan demikian ketika menyampaikan ucapan dasar pada Muktamar Tahunan DPPM ke-54, di sini malam ini. 

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu merasmikan muktamar dengan tema ‘Infiru’ itu.

Beliau berkata, peningkatan 15% hingga 20% undi anak muda, bandar dan luar bandar di setiap negeri dan parlimen untuk membolehkan PAS dan PR memenangi majoriti 120 kerusi di Dewan Rakyat dan mengambilalih Terengganu, Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Pahang dan Johor. 

Hala tuju ketiga, jelasnya penggunaan media baru secara optima kerana landskap masyarakat juga banyak berubah dengan cepatnya tersebar maklumat khususnya melalui media sosial yang baru seperti facebook, twitters, youtube, whatsap dan sebagainya yang menyebabkan kepalsuan propaganda media arus perdana mudah untuk dipatahkan. 

Justeru, ujarnya Pemuda PAS di semua peringkat perlu kehadapan dalam rentak penggunaan media baru secara optimum bagi menyedar dan menyegarkan pemikiran anak muda, khususnya GenY. 

“Pemuda PAS perlu aktif di alam maya dan media baru untuk menjadi rakan pintar generasi-Y pada hari ini, dengan pendekatan berhikmah yang bersifat kreatif dan interaktif,” ujarnya.

Tambahnya lagi, hala tuju keempat ialah penampilan Pemuda PAS yang prihatin dan berkebajikan. 

“Saya mahu melihat Pemuda PAS terus mampu melahirkan 'produk-produk' baru yang akan terus mengukuhkan jenama Pemuda PAS sebagai duta penyelamat dan kasih sayang,” ujarnya. 

Beliau menambah, hala tuju kelima ialah pengukuhan Pakatan Rakyat (PR) dan memposisikan PAS sebagai parti teras dalam PR. 

Tegasnya, pemantapan Pemuda PR perlu menjadi keutamaan. 

Sehingga hari ini, kata beliau Pemuda PR masih belum dilihat sederap dan selangkah walaupun menghayun kaki dan tangan bergerak ke arah yang sama.
Harakahdaily | 20 Nov 2013

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena