Saturday 16 November 2013

MP Baling dok Filipina sana tolong mangsa taufan, rakyat kawasan sendiri dok merempat..

Ahad, 17 November 2013
Baling - MP dok Filipina sana tolong mangsa taufan, rakyat kawasan sendiri dok merempat..!!

Penduduk Baling sanggup hutang bina pondok kediaman...
BALING - Lima beranak di Kampung Charuk Bunting teringin untuk memiliki rumah yang selesa berikutan keadaan kediaman mereka yang semakin uzur.

Azman Abdullah, 29, tinggal bersama pasangannya, Sazila Afiza Md Saad, 29, bersama tiga anak mereka Azman Noraina Syafarina, 6, Noraina Syafina, 3, dan Mohd Amar Irfan yang berusia sebulan.
Kediaman Sazila dan keluarganya yang semakin mereput. 
Sazila berkata, suaminya yang hanya bekerja sebagai pemandu lori tidak mampu menanggung kos baik pulih kediaman itu yang semakin mereput.Menurutnya, dia dan keluarga terpaksa hidup dalam kesejukan berikutan keadaan kediaman yang bocor dan tiris terutama pada waktu hujan.

"Pendapatan suami tidak seberapa, tambahan pula tiga anak masih kecil."Setiap kali hujan, memang terpaksa tadah besen ataupun bekas. Kalau tidak rumah akan dipenuhi air," katanya.

Katanya, disebabkan tidak tahan dengan kehidupan itu suaminya terpaksa berhutang membina ruang kecil sebagai pengganti kediamannya."Memang terpaksa buat, sebab keadaan kediaman yang teruk, tambahan pula ada anak kecil, walaupun tidaklah begitu selesa, sekurang-kurangnya dapat elak dari tempias hujan," katanya.
Gambar: Menyambut ketibaan Dato Paduka Hj Mukhriz B.Tun Mahathir Menteri Besar Kedah  di Royal Langkawi Yatch Club. Selamat datang Dato Paduka ke Perasmian Naza World Cup Asia PaintBall Langkawi 2013.
#15/11/2013 #10.30 Am.
Tolong tengok..rakyat-rakyat kedah yang susah dan laih.....jangan dok kira projek-projek mewah saja..
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP), Mansor Yaakob berkata, pihaknya menyokong penuh permohonan bantuan rumah yang dipohon keluarga terbabit.Menurutnya, pada mulanya nama mereka sudah tersenarai dalam penerima bantuan rumah, bagaimanapun, disebabkan masalah tertentu mereka gagal menerima bantuan itu.

"Disebabkan itu, saya berharap permohonan mereka ini dipertimbangkan semula, kerana mereka sememangnya layak untuk menerima bantuan ini," katanya.
Gambar: Mengiringi Dato Paduka Hj Mukhriz melawat tapak & taklimat pembinaan LICC dan St Regins Hotel di Hotel Westin Resort.
#15/11/2013#2.30Pm
Hj Mukhriz melawat tapak & taklimat pembinaan LICC dan St Regins Hotel di Hotel Westin Resort.
15/11/2013- 2.30Pm
Kedahkini

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena