Wednesday 20 November 2013

Veteran PAS - Beri Mat Sabu sekali lagi...& Mohamad Sabu tidak layak jadi Timbalan Presiden PAS sebab tidak 'Faqeh'?

Khamis, 21 November 2013
Secara sinis, Tuan Guru menempelak mereka yang mahukan orang yang lebih 'faqeh'

"Mat Sabu lama dah...."
Jom kita dengar sendiri apa kata Tuan Guru Nik Aziz tentang kelebihan yang ada pada Timbalan Presiden PAS Haji Mohamad Sabu.

 Secara sinis, Tuan Guru menempelak mereka yang mahukan orang yang lebih 'faqeh' untuk menggantikan Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden bila mana pada awal ucapannya, beliau merujuk kepada peristiwa Khalid Ibni Walid R.A yang tidak mengaji agama di mana pun, lebih kurang tiga bulan beliau masuk Islam, tetapi beliau telah dilantik menjadi Panglima Perang!

"Mat Sabu lama dah...." Kata Tuan Guru yang disambut dengan laungan Allahu Akbar oleh yang hadir.

 Betapa Tuan Guru Nik Aziz sendiri telah mengiktiraf peranan Mohamad Sabu sebagai 'Panglima Perang PAS' di mana beliau telah aktif dengan PAS sejak beliau sebagai pelajar di ITM lagi.

 Penghargaan yang diucapkan oleh Tuan Guru terhadap penglibatan Mohamad Sabu dalam perjuangan PAS sehingga kini bukanlah rhetorik semata-mata.

 Sekali lagi Tuan Guru menyindir kalangan yang mahu menyingkirkan Mohamad Sabu dari jawatannya sebagai Timbalan Presiden dengan bertanya kepada para hadirin :

"Mana yang lebih baik, Mohamad Sabu atau yang balik dari Azhar, jadi Pemuda Umno?"

 Tuan Guru nampak begitu kagum dan menghormati semangat perjuangan dan pengorbanan Mohamad Sabu yang telah diuji dengan pelbagai ujian termasuk dua kali ditahan ISA.

 Bagaimana pula dengan perwakilan yang akan memilih nanti? Adakah Mohamad Sabu tidak layak? Anda fikirkanlah sendiri dan buat penilaian yang saksama.Selamat Bermuktamar!
Catatan Oleh alhusseyn pada 12:28 am  
Beri Mat Sabu sekali lagi..
"Kata kata tajuk rencana ini ialah keluar dari mulut salah seorang veteran PAS Kawasan Kuala Nerus. 

Beliau mahu supaya Mat Sabu kekal sebagai timbalan presiden pada Muktamar PAS ke 59 yang akan berlangsung 22-24 November ini.

Sebelum ini salah seorang veteran PAS yang masih aktif berkata pada penulis bahawa Mat Sabu masih ada harapan untuk menang dalam pertandingan satu lawan satu.

Demikian harapan dua orang veteran Pas Kawasan Kuala Nerus yang merupakan penyokong kuat Mat Sabu pada muktamar tahunan PAS ke 59 itu.

Mereka berkata demikian dalam kumpulan 6 orang yang hanya beliau seorang sahaja yang mahu kekalkan Mat Sabu sebagai timbalan presiden.

Salah Seorang membisu, manakala 4 orang lagi berkata beri laluan kepada Datuk Nik Amar Nik Abdullah. Dia seorang ulamak.

Oleh itu, Penulis buat kesimpulan bahawa sokongan orang PAS di Kawasan Kuala Nerus nisbahnya 4-1. Terhadap pertandingan timbalan presiden satu lawan satu antara Mat Sabu dengan Datuk Nik Amar Nik Abdullah.

Kata lain yang yang keluar dari mulut salah seorang veteran PAS yang aktif berbunyi: Satu lawan satu Mat Satu masih boleh menang.

Penulis campur mulut dan berkata, satu lawan satu kelebihan berada pada batang tubuh Nik Amar. Lebih lebih lagi dia seorang ulamak yang banyak ilmu berbanding dengan Mat Sabu.

Sehubungan itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mursyidul Am PAS sendiri berkata, timbalan presiden PAS harus seorang ulamak.

Apa apa pun itu, orang luar tidak ada kuasa untuk menentukan siapakah menang dan siapakah kalah dalam pertandingan itu nanti, kecuali para perwakilan yang akan nenentukan.

Pada hemat penulis, satu lawan satu kelebihan akan berpisah kepada Nik Amar berbanding Mat Sabu. Lainlah jika pertandingan tiga penjuru sepertimana yang berlaku sebelum ini.
Tranungkite 
Oleh: anaabdullah

Posted on Wednesday, November 20

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena