Friday 29 March 2013

SABAHAN: PENGUNDI SABAH MESTI BIJAK! Kami Sekarang Memang Bijak - INI KALI LAHHH....

Sabtu, 30 Mac 2013
PENGUNDI SABAH MESTI BIJAK.

Oleh : AMDE SIDIK
PARLIMEN Malaysia tidak juga bubar-bubar, manakala Dewan Negeri Sembilan bubar sendirinya hari ini dan ditadbir oleh kerajaan sementara sehingga kerajaan baru di tubuhkan.

Maknanya, SPR mesti sediakan kemudahan untuk membuang undi dalam tempuh 60 hari dari sekarang (mengikut undang undang).
Berbalik kepada isu pembubaran Parlimen yang tidak kunjung tiba, ia membawa banyak pertanyaan daripada memberi jawapan.

Mengikut Tun Mahathir kalau dia Perdana Menteri dia sudah bubar tahun lalu, manakala melihat telatah Datuk Najib dia tidak mahu bubar sampai bila-bila.
Bagi pengundi-pengundi negeri Sabah, ada pula yang merasa cemas dan ragu-ragu apakah pilihanraya di Sabah ditangguhkan hingga situasi di Pantai Timur pulih seperti sediakala?

Isu pencerobohan yang berlaku di Lahad Datu dan Semporna bukan olok-olok tetapi sangat serius. Penduduk Sabah sudah mengagak sejak 30 tahun yang lalu kejadian seperti ini mungkin berlaku; itu sebab orang Sabah kata ada udang di sebaliknya kerana pemimpin-pemimpin politik.
Menyedari hakikatnya bahawa kepimpinan negara berpusat di Putrajaya, maka orang Sabah berpendapat mana-mana jua parti politik yang berpusat di Kuala Lumpur akan tadbir negeri ini dengan cara mereka, tidak banyak beza dengan UMNO-BN apatah lagi melihat calon-calon PR terdiri dari pemimpin-pemimpin kitar semula (re-cycle) dan dari sekolah yang sama.

Dengan itu, mental pengundi Sabah harus bersedia dari sekarang untuk membezakan kepentingan Negeri Sabah dan kepentingan yang UMNO-BN mesti tumbang.

Kepentingan negeri Sabah hanya boleh dipelihara kalau parti tempatan dan orang tempatan Sabah yang berkuasa, bukan parti dari Malaya.

Manakala untuk mengubah sistem politik sekarang hanya dengan tumbangnya UMNO-BN. Tidak ada masalah untuk parti-parti tempatan Sabah membantu PR pada awalnya, sehinggalah PR membuat pusingan U akhir-akhir ini.

Dengan membiarkan parti-parti yang berpusat di Kuala Lumpur menguasai Sabah kita tidak lihat kesejahteraan negeri Sabah sebagai keutamaan mereka, apatah lagi untuk menangani isu autonomi. Perkataan autonomi akan mengerunkan mereka sepanjang kempen pilihanraya ini. Percayalah!

Namun demikian, demi untuk perubahan politik Negara pengundi Sabah akan bantu tumbangkan UMNO-BN dengan mengundi mana-mana parti yang boleh menumbangkan UMNO-BN, manakala mengundi parti tempatan Sabah untuk membolehkan parti Sabah memerintah negeri ini bukan dipilih oleh Putrajaya seperti yang dilakukan oleh UMNO-BN.
 Comments
APA KATA ORANG SABAH
RealSabahan • 19 hours ago −
YA MEMANG BETUL KATA NAJIB....PENGUNDI DI SABAH MESTI BIJAK........KITA HARUS BERFIKIR YA.....KENAPA KITA PERLU BIJAK.....
1. KERAJAAN UMNO TIDAK IKHLAS MEMBANGUN DAN MEMBELA KAUM BUMIPUTERA SABAH....HAMPIR SEMUA PUSAT BANDAR BANDAR DI SABAH PELUANG PEKERJAAN DIMONOPOLI OLEH PANDATANG 80%!!!!!!
2. UMNO LAH ATAU LEBIH TEPAT SEKALI MANTAN PRESIDEN UMNO TUN MAHATHIR BAPAK PUTAR! BAPA RASUAH!! BAPA PENIPU TELAH MENGHALALKAN DAN MENDALANGI PEMBERIAN RATUSAN RIBU PTI...SEKARANG BENIH BENIHNYA SUDAH BERCAMBAH!!
3. SAYA BERANI CABAR MANA MANA PIHAK YANG TIDAK BERSETUJU BAHAWA...KESEMUA KEMENTERIAN KERAJAAN DI SABAH GAGAL BERFUNGSI DAN MEMBANTU RAKYAT DGN IKHLAS DAN BERJAYA! NYATA SEMUANYA GAGAL!!!
4. KOS DAN HARGA BARANG DI SEMANANJUNG MURAH JIKA DIBANDINGKAN DGN DI SABAH DAN SARAWAK....KERAJAAN UMNO MENGANAK TIRIKAN RAKYAT SABAH DAN SARAWAK.....DI SEMANANJUNG GAJI MINIMA RM900...TETAPI DI SINI RM800!! ADIL???!!!!!!!
5. INDUSTRI ATAU PERNIAGAAN YG BERTERASKAN IKAN HARUS DIJALANKAN OLEH ORG KITA BAJAU....BUKAN PTI!!! TAK MASUK AKAL...ORG PTI DIBERI IC...DATANG KE SABAH ..CURI IKAN KITA DI LAUTAN SABAH DAN JUAL MAHAL MAHAL KEPADA ORNG TEMPATAN!!!! ADIL??? MANA KERAJAAN????!!!!!!
6.DI DEPAN IBU NEGERI SABAH..KK TERDAPAT 5 BUAH PULAU....PULAU PULAU INI DI NAMAKAN "TAMAN NEGARA TUNKU ABDUL RAHMAN".....WOW!!! NAMA BESAR!!! TAMAN NEGARA PULA TU...TETAPI KERAJAAN BN MEMBIARKAN RIBUAN RUMAH PTI MEMBUANG SAMPAH KEDALAM LAUT SELAMA 40 TAHUN.....SAMPAH SAMPAH INI BERAKHIR DI PANTAI KK..TG.ARU..TG ARU BEACH HOTEL...TANJUNG LIPAT!! RASA RIA RESORT!! NEXUS KARAMBUNAI!!!....APA KERAJAAN BUAT??!!!
7. SELEPAS PEMBERIAN BRIM....PENERIMA SUDAH KAYA???? I BET YOU...SEMUA SUDAH JADI TAHI!!!......KERAJAAN GAGAL MEMAHI APA SEBENARNYA KEMAHUAN RAKYAT...BUKAN BRIM...TETAPI MURAHKAN BARANGAN BARANGAN ASAS....GULA!!! MINYAK MASAK!! BERAS!!! PETROL!!! SEMUA RAKYAT MU AKAN DAPAT HABUAN INI!!!! BUKAN BRIM!!!! JANKA MASA PENDEK!!!!!! HANYA 2.5 JUTA SAJAY YG DAPAT DARI 28 JUTA PENDUDUK MALAYSIA!!!!!

8. BANYAK LAGI.....SAYA RASA RAKYAT SABAH SUDAH MATANG MEMBESZAKAN EMAS DAN TEMBAGA......BERSATU KITA TEGUH,BERCERAI KITA ROBOH"...YANG MANIS JANGAN TERUS DITELAN DAN PAHIT ITU JANGAN TERUS DIBUANG..PAHIT TU UBAT......UNIKNYA DI SABAH INI.....WALAUPUN APA JUA ANUTAN AGAMA DAN KEBUDAYAAN KITA..KITA TIDA MASALAH......YG MASALAH IALAH PEMIMPIN PEMIMPIN KITA YG BERGELAR SYAITAN...YG MEMECAH BELAHKAN KITA...WAHAI SAUDARA DAN SAUDARI....AYUH.....LAKUKAN APA YG PATUT UNTUK MENYELAMATKAN NEGERI SABAH YG KITA CINTA INI DARIPDA DIJAHANAMKAN LAGI OLEH UMNO!!!!!! YG BENAR TETAP BENAR DAN SALAH TETAP SALAH!!!!......AYUH...KEBUMIKAN UMNO/BN DARI MUKA BUMI MALAYSIA!!! ALLAHUALAM......
see more
3  •Reply•Share ›

OrangKaya  RealSabahan • 10 hours ago −
Betul...harga jualan sawit dan getah di semenanjung jauh lebih mahal berbanding di Sabah. Harga barang spt baja dan racun rumput utk kebun getah dan sawit pun jauh lebih mahal. Berat sebelah...Rakyat semenanjung sajakah yg penting???
0  •Reply•Share ›

Saipo bonggutan • 15 hours ago −
Abraham Lincoln iaitu Presiden Amerika yang telah berjaya menghapuskan "perhambaan" pernah berkata, Penentuan bahawa seseorang itu adalah lelaki sebenar bukan pada masa ia dalam mengejar kemewahan, tetapi di mana ia berdiri pada masa genting dan tercabar. PRU 13 bukan masa mencari nama, bukan masa untuk mencari kemewahan atau bukan sekadar mahu mendapatkan gelaran YB. Pru 13 ialah PRU yang akan menentukan halatuju martabat rakyat Sabah yang sedang dicabar oleh pendatang asing rekaan Projek Mahathir.
2  •Reply•Share ›

OrangKaya  Saipo bonggutan • 10 hours ago −
Tentang dulu pendatang haram (pengganas dan ic haram).
Siapakah mereka itu? Mereka itu semuanya pengganas. Kejahatan harus ditentang. Jgn lagi ada anggota keselamatan yg gugur dan jangan lagi ada isteri mereka yg jadi balu dan anak jadi yatim. Jgn lupa ini sampai hari kiamat.
0  •Reply•Share ›

Saipo bonggutan • 15 hours ago −
SAPP dan STAR tidak tahu siapa musuh sebenar rakyat Sabah. Sepatutnya semua harus faham bahawa MUSUH sebenar rakyat Sabah ialah BN dan UMNO serta Projek IC Mahathir.
2  •Reply•Share ›

OrangKaya  Saipo bonggutan • 10 hours ago −
Hanya yg terlibat dgn ic haram dan pengganas sulu musuh ketat rakyat sabah sekarang.
0  •Reply•Share ›

Saumin Hamli • 15 hours ago −
Jgnlah tunggu atap runtuh sendiri baru perbaiki...
2  •Reply•Share ›

Saipo bonggutan • 15 hours ago −
Hukum semulajadi ialah bila melangkah biar mengikut turutan yang betul. Bila membuat sesuatu mesti ikut turutan. Cointohnya bila kita makan mestilah nasi disuap sampai ke mulut dulu baru kunyah dan telan. Apa yang SAPP dan STAR mahu buat adalah sesuatu yang ganjil. Dia mahu mengunyah dan menelan sebelum nasi disuap ke mulut. Dia mahu menyeberang sungai sebelum sampai di pangkal jambatan. Dorang buta kerja bodoh dan gila. Pengundi mahu tebang pokok ara bernama UMNO dan banyak maduh lebah di atas pokok tersebut. Kita belumpun mula menebang tetapi SAPP dan STAR sudah mahu merebut madu di atas pokok. Sepatutnya kalau mahu tolong tebang itu pokok kita ikthiar dulu bagaimana mahu tebang kerana jika salah tebang kita tidak tahu arah mana pokok itu akan jatuh.
2  •Reply•Share ›

TheAwesomeNess • 16 hours ago −
umno mesti tumpas ini kali la!!!
2  •Reply•Share ›

al_tarabas@yahoo.com  TheAwesomeNess • 7 hours ago −
sokong .for sabahan
0  •Reply•Share ›

OrangKaya  Honey Bunch • 10 hours ago −
Buat apa kelang-kabut bubar...dia bagi BR1M second round tidak selesai nanti. Kan menguntungkan rakyat, pembangunan pun tumbuh macam cendawan sana-sini. Kalau lepas PR manada lagi macam ni. Biarlah kasi tambah 3 tahun dulu baru bubar. Keeehoi !!!
0  •Reply•Share ›

TheAwesomeNess • 16 hours ago −
umno mesti tumpas ini kali la!!!
2  •Reply•Share ›

al_tarabas@yahoo.com  TheAwesomeNess • 7 hours ago −
sokong .for sabahan
0  •Reply•Share ›

Ahmad Sapp  TheAwesomeNess • 12 hours ago −
Suatu ketika DSAI dlm kempen nya d sabah, dia beriya2 benar menuju PUTRAJAYA. Ringkasnya dia amat memerlukan kerusi parlimen utk bekalan ke putrajaya. Oleh itu, ada baiknya DSAI memberi fokus kerusi parlimen shj dan membiarkan kerusi DUN kpd SAPP N STAR supaya nampak ikhlas berkesan.
0  •Reply•Share ›

OrangKaya  Ahmad Sapp • 10 hours ago −
PR kali ni biarlah hanya sebagai eksperimen oleh rakyat saja.
Next PR baru fikir balik perbandingan. Nanti siapa lebih ok terserah...Rakyat pun boleh buat begitu maa...Rakyat skarang bijak benar. Tidak mahu dipaksa dan tidak mahu memaksa.
0  •Reply•Share ›

shark man • 17 hours ago −
pru13 umno tumpas.

- seakan2 qada & qadar Allah jelas skrg ni boleh dijangkakan.
- wp ini semua urusan allah swt.

- tapi kronologi & senario yg terjadi slps 08mac2008 hingga kini ,,,, tidnn.
- isak 1 event pun yg beri kelebihan kpd umno.
- semua incidentt & isu menguntungkan PR.
- umno terkial2 mencari hujjah & jawapan.

- dgn membiarkan semakin lama, malah itu yg dikehendaki peh PR , maka semakinsukar utk mahathir menyelesaikan semua kerosakan yg dibuatnya 22 tahun itu.

- isu lama menimbun.
- isu baru melambak2.

... - akhirnya jadi lah spt hari ini.
- biar kan ia berjalan sdn.
- tengok lahapa yg terjadi slps ini.
- semuanya semakin parah.
2  •Reply•Share ›

vogok • 17 hours ago −
1 jah ba ni sbb lambat bubar, sbb takut kalah....takut terima kekalahan ni la jadi dia....
2  •Reply•Share ›

OrangKaya  vogok • 10 hours ago −
Lambat bubar lagi bagus....Kan bantuan dan pembangunan telampau lancar sekarang ni. Kalau limpas pilihan raya, sorrylah kalau macam ni lagi..Peluang keemasan ni.
0  •Reply•Share ›

al_tarabas@yahoo.com  OrangKaya • 7 hours ago −
ya
0  •Reply•Share ›

shark man • 17 hours ago −
Oleh itu pilihan raya adalah wasilah yang memberi ruang kepada rakyat memilih kerajaan yang mereka kehendaki. Rakyat mempunyai hak sepenuhnya membuat pilihan.Rakyat mempunyai hak menentukan kriteria kerajaan dan wakil rakyat yang hendak mereka pilih, iaitu kerajaan yang mampu memegang amanah, berintegriti, telus, menjauhi rasuah, kronisme dan pelbagai penyelewengan dan seumpamanya.Ia mempunyai kuasa yang boleh menukar kerajaan dalam sebuah pilihan raya lima tahun sekali dan ia tentunya bukan ‘anjing menyalak bukit’.
2  •Reply•Share ›

29xx72 • 19 hours ago −
setuju
2  •Reply•Share ›
Sabahkini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena