Showing posts with label Lahat Datu. Show all posts
Showing posts with label Lahat Datu. Show all posts

Wednesday, 9 December 2015

[Video] Tragedi TANDUO, Lahat Datu! Suara Sabahan & 'Urang Sabah'? "Org dh tauuu dan muakkk laaa" Janji kosong AmnoBN.

Khamis, 10 Disember 2015

Tengok gelagatnya sampai abis...


Peruntukan cadar BN ?

Suara Sabahan....
P/s: Org dh tauuu dan muakkk laaaaaa...

Kecoh dalam "newpaper" PTI di hantar ke negara asal.,
Tapi di sempadan Sabah pula bocor hampir setiap hari...

Siapa punya kerja ?
Kalau yang sudah pandai cakap Bahasa di Sabah, JPN pun percayalah itu adalah "urang Sabah" lepas tu baik hati bagi borang bagaimana "apply" ic.. atas jaminan, sambung, cop sambung cop. bla. blaa Sampai dapat Ic



Tanduo : Kad Keahlian Kesultanan Sulu Mudah Dijumpai Di Lahad Datu
Posted By: Berita Sabahon: 

Perkembangan Terkini Kes Pencerobohan Lahad Datu SABAH
Perkembangan Terkini Kes Pencerobohan Lahad Datu SABAH

Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa kad keanggotaan ‘Kesultanan Sulu’ memang mudah dijumpai di Lahad Datu.


Ajutan Batalion Ke-14 Pasukan Gerakan Am (PGA) ASP Mohd Afiz Abdullah berkata itu adalah antara sebab beliau tidak segera membuat laporan polis tentang penemuan beberapa dokumen seperti itu di rumah suspek penceroboh yang beliau kenali sebagai Mohamad Ali di Kampung Tanduo.

“Saya sibuk di lapangan ketika itu dan beranggapan dokumen itu kurang penting kerana kad begitu biasa ditemui sebelum ini.

“Selepas penangkapan Mohamad Ali, barulah saya membuat laporan polis mengenai dokumen-dokumen tersebut,” katanya.

Pegawai polis itu memberi keterangan pada perbicaraan 30 individu yang dikaitkan dengan pencerobohan lelaki Sulu bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada Februari 2013.
Beliau berkata demikian apabila diminta Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar menjelaskan kenapa beliau hanya membuat laporan polis pada 4 April 2013, hampir sebulan selepas menjumpai dokumen itu di rumah suspek pada 7 Mac 2013.
Mohd Afiz, pegawai perisik dengan Batalion Ke-17 PGA semasa pencerobohan itu berlaku, berkata beliau menjumpai lebih 20 kad keanggotaan seperti itu yang tertera nama beberapa orang, termasuk Mohamad Ali, ketika melakukan pemeriksaan di rumah berkenaan.
“Saya juga jumpa satu surat yang tertulis Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan nama Kofi Annan, dan dokumen-dokumen lain yang saya tidak ingat.
“Dokumen-dokumen tersebut dijumpai dalam almari pakaian di bilik tidur tingkat bawah rumah,” katanya.
Mohd Afiz memberitahu mahkamah bahawa ketika melakukan pemeriksaan, beliau dan pasukannya yang terdiri daripada anggota Platun Harimau Batalion Ke-17 PGA, juga menjumpai satu mayat lelaki di dalam kawasan semak berhampiran rumah suspek.
Dua puluh tujuh warga Filipina dan tiga penduduk tempatan dibicarakan atas pelbagai tuduhan, termasuk menganggotai kumpulan pengganas dan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.
Mereka juga dituduh merekrut anggota untuk kumpulan pengganas atau secara sukarela melindungi individu yang mereka tahu adalah anggota kumpulan pengganas.
Mereka dituduh melakukan kesalahan itu antara 12 Feb dan 10 April, 2013.
Perbicaraan di hadapan Hakim Stephen Chung di Jabatan Penjara Sabah bersambung esok.
— BERNAMA
Sumber Artikel Ini : http://suarasabah.com/2015/12/21663/#ixzz3ttbkg7nb


Janji Kosong UMNO BN selepas mengalahkan PBS dengan cara yang kotor iaitu Projek ic oleh dr mahathir.
Read More

Monday, 1 April 2013

Tragedi Lahad Datu: Orang Dikehendaki Polis Pernah Berbincang Dengan Najib...

Isnin, 1 April 2013
Sandiwara LAHAD DATU Makin TERBONGKAR ?
Mahathir : BN Sabah kalah. saya nak kamu lakukan huru hara di Sabah.letak bom2... kalau boleh biar ada yang mati.

dan hasilnya 5 orang telah mati akibat arahan Mahathir.

Hari ini.. Lahad Datu berlaku akibat Sabah bakal hilang kerusi BN..

Maka berlaku kematian.. adakah tak mustahil ianya arahan mahathir ?

Hari ini siasatan polis semuanya menjurus kepada pimpinan umno.. terkini.. muka WANTED polis ni rapat dengan pimpinan umno.. apa yang berlaku dibelakang tabir sebenarnya?

Baca lagi di sini : http://kingofgoblok.blogspot.com/2013/03/lelaki-bergelar-dato-sri-dikhendaki.html

King Jason
Mahathir : BN Sabah kalah. saya nak kamu lakukan huru hara di Sabah.letak bom2... kalau boleh biar ada yang mati.
Dan hasilnya 5 orang telah mati akibat arahan Mahathir.
Hari ini.. Lahad Datu berlaku akibat Sabah bakal hilang kerusi BN..
Maka berlaku kematian.. adakah tak mustahil ianya arahan mahathir ?
Hari ini siasatan polis semuanya menjurus kepada pimpinan umno.. terkini.. muka WANTED polis ni rapat dengan pimpinan umno.. apa yang berlaku dibelakang tabir sebenarnya?
Baca lagi di sini : http://kingofgoblok.blogspot.com/2013/03/lelaki-bergelar-dato-sri-dikhendaki.html

Kenapa rupa Anwar dah jadi macam ni..

Sebelum ini media UMno, macai-macai UMno menyebar fitnah Anwar sebagai dalang insiden Lahad Datu. Hari ini pihak polis memberi klu ‘dalang’ Lahad Datu yang amat dikehendaki pihak polis.

Lelaki yang dicari bergelar Datuk Seri dan namanya Muhammad Ridzwan Sulaiman kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib.

Laa…rupa-rupanya yang dicari polis ialah orang UMno sendiri, sebabnya dia Datuk Seri. Siapakah orang-orang yang tidak dikenali ini akan mendapat gelaran Datuk Seri melainkan dia orang UMNO. Setuju?


Alamat terakhir Datuk Seri ini di Georgetown, Pulau Pinang dan dia juga Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan, berpangkalan di Pulau Pinang dan amat dikehendaki.

Carilah Datuk Seri Anwar kalaulah Anwar dalangnya.

Lagi: http://www.ekeleh.com/
-tranungkite-/kerengga
at 4/01/2013 05:16:00 PTG


Tragedi Lahad Datu: Orang dikehendaki polis pernah berbincang dengan Najib
Media sosial sejak malam semalam dilihat memapar beberapa gambar yang menunjukkan orang yang paling dikehendaki polis bagi membantu siasatan pencerobohan Lahad Datu, bersama pemimpin Umno.
Antaranya ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan dan Setiausaha Agung Umno, Datuk Tengku Adnan Mansor.
(Gambar Najib sedang berbincang dengan orang yang diyakini terlibat dalam tragedi Lahad Datu)
Ia susulan sidang media polis yang mahu mencari seorang lelaki bergelar Datuk Seri bagi membantu siasatan berkaitan Ops Daulat – operasi bagi menangani pencerobohan di Lahad Datu.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib dilapor, berkata individu itu, Muhammad Ridzwan Sulaiman dengan alamat terakhir di Georgetown, Pulau Pinang dikehendaki bagi membantu siasatan.
Beliau berkata, Ridzwan adalah Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan, berpangkalan di Pulau Pinang, diminta segera menyerah diri di mana-mana balai polis berhampiran.
Gambar itu nyata bertentangan dengan fitnah yang dilempar pemimpin Umno, kononnya Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dalam kes pencerobohan Lahad Datu.
Sebaliknya, ia menjadi gambar kedua yang menunjukkan Najib ‘akrab’ dengan individu yang terlibat dalam kes pencerobohan itu, selepas pendedahan gambarnya dengan kesultanan Sulu, beberapa minggu lalu.
Kerajaan Rakyat.

MONDAY, APRIL 1, 2013
Lahad Datu: Kalau Semua Orang Yang Menolong Sulu Dilibatkan, Adakah Pemimpin Dan Kerajaan Tidak Terlibat?

Datuk Seri ni katakan membantu kaum Sulu dari segi kewangan sebelum pencerobohan dan dia disoal siasat
Adakah bantuan yang disalurkannya digunakan untuk membeli senjata?
Adakah dia individu itu?

Bagaimana pula dengan Pemimpin kerajaan dan kerajaan sendiri?
Di PAU UMNO pun wakil sulu hadir, bagaimana?
Mencari kambing hitam mereta tetapi kambing putih di depan mata!
Published: Isnin April 1, 2013 MYT 11:59:00 AM
Updated: Isnin April 1, 2013 MYT 1:23:06 PM

Lahad Datu: Datuk Seri Serah Diri

KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan, Datuk Seri Muhammad Ridzwan Sulaiman menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang bagi membantu siasatan berhubung pencerobohan bersenjata di Sabah.

Beliau, yang memakai baju Melayu merah dan berserban, hadir bersama lebih 10 orang kenalannya di balai polis itu pada pukul 11.05 pagi tadi.

Bercakap kepada pemberita sebelum menyerah diri kepada pihak polis, Muhammad Ridzwan mengaku memberi bantuan kewangan kepada Sultan Sulu, Jolo, selatan Filipina iaitu Sultan Muedzul Lail Tan Kiram yang pernah ditemuinya pada 15 dan 16 September tahun lalu.

Beliau bagaimanapun menafikan bahawa Jamalul Kiram, yang dipercayai menjadi dalang pencerobohan di Sabah, adalah Sultan Sulu.
"Saya tidak kenal pun Jamalul Kiram," katanya.
Muhammad Ridzwan menyerah diri berikutan kenyataan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib semalam yang memintanya menyerah diri dengan segera di mana-mana balai polis berhampiran.
Hamza berkata Muhammad Ridzwan, yang tidak terlibat dengan pengganas bersenjata dari selatan Filipina, boleh membantu pihak polis dalam siasatan mengenai kes pencerobohan di Lahad Datu pada 12 Februari lepas. mStar
Posted by mountdweller at 3:54 PM  
Labels: Pengkhianat, Perang, Polis

MONDAY, 1 APRIL 2013
DAH KENA! : Pemimpin Umno Yang Memberi Bantuan Kewangan Kepada Sultan Sulu Kini Ditahan!
Diberitakan bahawa Datuk Seri yang DIKEHENDAKI bagi MEMBANTU pihak POLIS dalam ISU PENCEROBOHAN PENGGANAS SULU telah pun MENYERAH DIRI di JBU PEJABAT POLIS AMPANG pada Jam 11:05 Pagi hari ini... dan satu PENGAKUAN dari beliau ialah beliau ada MEMBERI BANTUAN KEWANGAN kepada SULTAN SULU JOLO... bagaimana pun beliau menafikan yang beliau kenal dengan JAMALUL KIRAM yang menjadi KETUA kepada PENCEROBOHAN LAHAD DATU... yang mana beliau juga mengatakan lagi bahawa JAMALUL KIRAM bukan lah SULTAN SULU yang sebenarnya tetapi SULTAN yang sebenarnya adalah Muedzul Lail Tan Kiram. 

Semakin LAMA semakin MENARIK dan MENYERONOKAN ISU PENCEROBOHAN LAHAD DATU ni beb... dengan BERITA GEMBIRA yang PENGGANAS SULU sudah 100 peratus hampir dapat DITEWASKAN oleh ANGGOTA KESELAMATAN... serta BUKTI-BUKTI TERKINI yang boleh dikatakan ianya adalah KONSPIRASI oleh PEMIMPIN UMNO... kalau tanya kat dia orang mesti lah dia orang kata itu semua adalah ANGKARA Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) yang sebagai DALANG nya beb... siapa yang hendak MENGAKU yang dia orang sebagai DALANG... walaupun BUKTI-BUKTI menunjukan betapa RAPAT nya PERHUBUNGAN Pemimpin Umno dengan PENGGANAS SULU tersebut... kah kah kah !.

Perhubungan RAPAT tersebut bukan sahaja oleh Pemimpin Umno beb malahan ianya DITURUTI oleh NGO yang MESRA kepada Umno... dan itu lah yang telah DI IKUTI oleh Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Datuk Seri Muhammad Ridzwan Sulaiman... antara yang DIKEHENDAKI oleh Pihak POLIS dalam MEMBANTU ISU PENCEROBOHAN PENGGANAS LAHAD DATU... pelik ya beb mana NGO MESRA UMNO ini mendapat KEWANGAN untuk DIBERI kepada SULTAN SULU yang beliau sendiri AKUI...  nak kata NGO ni TERKENAL sangat tidak juga beb... gua baru hari ini dengar nama NGO tersebut beb... entah dari mana TIMBUL nya pun gua tak tahu... tapi yang PASTI Pemimpin Umno dah KENAL LAMA dengan beliau beb... kah kah kah !.

Mungkin ini semua adalah SALAH DSAI yang membuat NGO MESRA UMNO ni mendapat sumber KEWANGAN... sebab itu TUDUHAN yang DSAI sebagai DALANG telah DICANANG bermula dari hari PERTAMA hingga lah kehari ini... semua nya kerana MANUSIA yang bernama ANWAR BIN IBRAHIM... masak lah lu DSAI... kerana lu lah semua ini TERJADI... bermula dari lagu TANYA SAMA NAJIB APA PASAL GOYANG... NANTI JAWAP NAJIB SABAH NAK HILANG... sampai lah kepada lagu TANYA SAMA NAJIB APA PASAL PARLIMEN TAK BUBAR... NANTI JAWAP NAJIB GUA TAK ADA TELOR beb... MALU nya siapa yang BERKETUAKAN beliau... kah kah kah !.

#Keh keh keh...kena kat batang hidung sendiri.....
OH RAKYAT
Monday, April 1, 2013
Dato' Mat Bashah taja pengganas Sulu? Kena siasat nii...
Posted by Kedah La at 2:58 PM 
Read More

Sunday, 3 March 2013

LIM GUAN ENG: P.Pinang Sumbang RM30K Setiap Keluarga Komando..

Ahad, 3 Mac 2013
P Pinang sumbang RM30,000 setiap keluarga komando

mybaru1.blogspot
Al-FATIHAH Kepada Roh Wira Negara
PULAU PINANG: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga wira komando polis yang terkorban di Lahad Datu semalam.

Beliau juga mengumumkan bahawa Pulau Pinang akan menghulurkan sumbangan RM30, 000 kepada setiap keluarga komando tersebut. 

Walaupun kedua-dua wira itu bukanlah anak jati Pulau Pinang, namun Lim Guan Eng menyatakan sumbangan tersebut adalah tanda penghargaan dan penghormatan serta penghargaan terhadap jasa mereka kepada negara.

Selain mengumumkan sumbangan tersebut, Lim Guang Eng turut menjemput Exco Kerajaan Negeri Datuk Abdul Malik Abul Kassim untuk mengetuai bacaan al -fatihah untuk disedekahkan kepada roh wira negara.

Dua anggota Komando Polis Malaysia, Inspektor Zulkifli Mamat dan Kopral Sabaruddin Daud meninggal dalam pertempuran di Lahad Datu di samping tiga yang ain cedera.

Di pihak penceroboh pula, 12 dipercayai terbunuh dalam pertempuran itu.
Harakahdaily.

 Komentar Gen-y
Adi Putra ·  Top Commenter · Unand
wow rm30ribu banyak tu, tahniah kerajaan pakatan rakyat pulau pinang, amat prihatin kpd pasukan keselamatan negara dan cepat ambil tindakan untuk menyumbang duit.. tak seperti umnongok hanya bagi rm500 je.
Reply · 22 ·  · Yesterday at 7:15am
Pentadbiran Pulau Pinang lebih baik daripada BN




SHAH ALAM:Rekod pemerintahan Pakatan Rakyat Pulau Pinang selama 5 tahun sejak 2008 sememangya terserlah, apabila telah berjaya mengurangkan hutang negeri sebanyak 95 peratus daripada RM630 juta pada tahun 2008 kepada RM30 juta sekarang, tegas Ketua Menteri, Lim Guan Eng.
Katanya ketika menyampaikan ucaptama di hadapan lebih 2,000 perwakilan Konvensyen Pakatan Rakyat kali Ke-4 di Pusat Konvensyen Shah Alam, 25 Februari lalu, ini amat berbeza dengan Kerajaan BN yang telah menggandakan hutang mereka dalam tempoh masa yang sama.

Pada tahun 2007, dedahnya, hutang Kerajaan Persekutuan berjumlah RM267 bilion dan kini hutang itu sudah pun digandakan kepada RM502 bilion.

Jumlah ini tidak termasuk liabiliti kontinjen, iaitu pinjaman-pinjaman yang dijamin oleh Kerajaan Persekutuan, ujarnya lagi.

Beliau berkata, jika semua hutang ini dijumlahkan, angka hutang negara akan mencecah lebih RM600 bilion, ataupun RM22,000 setiap seorang rakyat Malaysia! Dengan kata lain, tegas beliau, setiap anak yang lahir di Malaysia akan dilahirkan dengan beban hutang di sekeliling pinggang sebanyak RM22,000 setiap seorang.

Lim Guan Eng menegaskan, sejak mengambil alih pucuk pentadbiran Pulau Pinang pada tahun 2008, Pakatan telah berjaya mencatat belanjawan lebihan untuk setiap tahun berturut-turut.

“Wang lebihan yang berjaya diperolehi itu pula disalurkan kembali kepada rakyat melalui program-program Agenda Ekonomi Sosial seperti bantuan RM100 untuk warga emas, ibu tunggal, OKU, pelajar emas, anak emas dan sebagainya.

“Inilah perbezaan yang paling ketara antara Pakatan dan BN. Semua program kebajikan kita adalah hasil daripada lebihan kewangan yang telah diperolehi melalui pengurusan kewangan yang cekap dan diiktiraf Laporan Ketua Audit Negara,” kata beliau.

BN pula memberi bantuan kewangan walaupun mencatat defisit yang tinggi dan hutang yang makin melambung, dakwanya. Lim Guan Eng menyifatkan, Kerajaan Pulau Pinang telah berjaya untuk membasmi kemiskinan tegar pada tahun 2009, dan bakal menghapuskan kemiskinan sama sekali dengan memastikan pendapatan minima RM770 sebulan bagi setiap isi rumah di negeri ini.

Katanya, jika Pulau Pinang yang merupakan negeri kedua terkecil yang tidak mempunyai sebarang sumber asli boleh berjaya menghapuskan kemiskinan dan rasuah, kenapakah BN gagal melakukan demikian setelah lebih 50 tahun berkuasa?
Warta Utara Online.
Mai Pakat Tawan Putrajaya!
Read More

*Terkini Ancaman Lahad Datu:ANGKATAN TENTERA MALAYSIA Ambil Alih Operasi Tanduo!

Ahad, 3 Mac, 2013

min.def blogspot
Alhamdulillah, Semoga Kemelut Pencerobohan Cepat Diselesaikan Secara Aman!
Petang ini Tentera ATM mengambil alih, Polis & Polis Komando diletakkan dibelakang cover. Anggota tentera bersiap ke Kampung Tanduo untuk menghadapi penceroboh yang berkubu di kampung tersebut. 

Dijangka Serangan balas dijangka pada waktu tengahmalam ini oleh para tentera ATM. Pemberontak suluk sultan kiram kini dikepung oleh askar dalam bentuk "D" tiada jalan keluar.

Kita Doakan Keselamatan Wira2 Negara Ni Moga Misi Ini Berjaya !!!
Source:Realiti Insan

Selamatkan Malaysia!
Read More

Penduduk SENALLANG LAUT SEMPORNA Menembak Mati Anggota The Royal Sulu Sultane Army..

Ahad, 3 Mac, 2013
Penduduk Senallang Laut Menumpaskan Tentera Diraja Kesultanan Sulu

Terkini dari rakyat Sabah ! Kerana tiada kredibiliti.., Hisyam Sotong dimalukan penduduk kampung.
Berita yang baru diterima , 1 anggota penceroboh MATI ditembak oleh penduduk kampung Senallang Laut Semporna.  Dilaporkan penduduk kampung penuh berani merampas M16 si penceroboh dan terus membedil terus saat itu.
p/s:: MUNGKIN kecewa dengan kredibiliti pasukan keselamatan yang tewas sebelum berjuang, maka penduduk kampung terpaksa berjuang sendiri ketika seorang militan yang cuba menjadikan mereka tebusan dengan memukul dan menetak militan berkenaan yang bersenjata M16 sehingga mati di Kampung Senallang Lama, Semporna.
Di mana Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara dan Panglima Angkatan Tentera dan seangkatan dengannya mahu simpan muka? Bukankah ini menunjukkan bahawa Polis sudah gagal menjaga keselamatan negara? - sumber dipetik dari FB King Jason.





Read More

Friday, 1 March 2013

DALANG Pencerobohan Lahad Datu Dibongkar!!!.. Mat Bom -'Reverse Take Over'

Jumaat, 1 Mac 2013

musram.blogspot
KAMPUNG TANDUO, LAHAD DATU
APA SEBENARNYA
SANDIWARA 
AL-LAHAD DATU INI

BEBERAPA TERBUNUH SELEPAS PERTEMPURAN DI LAHAD DATU

LAHAD DATU: Beberapa terbunuh apabila pertempuran meletus antara polis dan tentera dengan tentera kesulatan Sulu, Sultan Jamalul Kiram 111 pagi ini.

Menurut radio Filipina yang memetik keluarga Jamalul, termasuk adiknya, Azzimudie Kiram, sudah beberapa terbunuh apabila pertempuran mula meletus antara mereka dengan polis dan tentera Malaysia.

Bagaimanapun laporan itu tidak menjelaskan berapa ramai yang terkorban sehingga kini.

Akhbar Philippine Star melaporkan, pihak berkuasa Malaysia memulakan serangan ke atas kira-kira 60 penceroboh bersenjata itu.
SANDIWARA BERAKHIR?
Tukar tiub
Pencerobohan Mundu! 
Ahmad Malandi @ Mat Bom
Ketua Cawangan UMNO Sg. Nyamuk
SELURUH Malaysia digegarkan dengan berita pencerobohan sekumpulan 'Lanun' (Mundu) yang kononnya tentera 'Sultan Sulu' sehingga Kampung Tanduo menjadi 'Medan Perang'; gara-gara 'kebijaksanaan' Ketua Cawangan UMNO Sungai Nyamuk, Ahmad Malandi @ Mat Bom melakukan percubaan 'Reverse Take Over' sebagaimana yang saya jangkakan akan berlaku sejak 1999 lagi iaitu selepas saya memberi keterangan dalam Petisyen Pilihanraya DUN Likas.

Ketika Pasukan Perisik Sabahkini.net memaklumkan kepada saya bahawa Tentera Sultan Sulu menyerang dan menawan Kampung Tanduo sejak 12 Februari lalu, saya tergelak besar kerana saya tahu siapa yang tinggal di sana dan kenapa mereka mendarat di sana.

Sebagai Mantan Setiausaha Eksekutif UMNO Silam, saya kenal hampir kesemua 402 Ketua Cawangan UMNO Silam ketika itu (1995-1997) yang majoritinya 'Warga Penyu' termasuk Ketua Cawangan UMNO Sungai Nyamuk, Ahmad Malandi yang mempunyai akal Abu Nuwas.

Ahmad yang mempunyai akal kancil memang 'Pakar Bom' terutama membuat bom ikan dengan hanya menggunakan baja urea yang menjadi sumber pendapatan beliau sebelum FELDA 'menceroboh' tanah beliau dan saudara maranya seluas lebih kurang 100 hektar.

Ahmad menjadikan 'Penjara Air Panas' Tawau sebagai rumah kedua kerana usahanya tidak pernah putus-putus mengugut Pegawai dan kakitangan FELDA yang beliau dakwa menceroboh tanah pusakanya.

Sebenarnya Kerajaan Berjaya telah membatalkan semua permohonan tanah di Sahabat Pinggir dan Zon Keselamatan ketika menyerahkan kawasan yang menjadi Zon Persembunyian Lanun kepada FELDA untuk dibangunkan sebagai Rancangan Penempatan Tanah.

Namun Ahmad yang mempunyai akal panjang telah membuat permohonan Tanah Adat dan disahkan PPHT Lahad Datu berdasarkan banyak pokok langsat dan buah-buahan yang kononnya beliau tanam; sedangkan kesemua tumbuhan tersebut adalah langsat liar yang bercambah semula jadi hasil daripada najis binatang yang memakan langsat, rambutan, terap dan sebagainya.

Tambahan pula ketika itu, Ahmad dan saudara maranya telah bersetuju menyerahkan tanah tersebut kepada FELDA dan turut mendapat kontrak membangunkan tanah dan menuai buah sawit daripada FELDA.

FELDA telah banyak bertolak ansur dengan karenah Ahmad; malah sehinggalah saya dan Mantan Adun Lahad Datu, Datuk Mohd Yusof Ahmad Jamli membuat perundingan untuk menyelesaikan masalah tuntutan tanah Ahmad dengan FELDA.

Ahmad boleh hidup senang kerana memperolehi pendapatan bersih antara RM5,000 sehingga RM20,000 sebulan daripada hasil kontraknya dengan FELDA, namun akal Abu Nuwas membuatkan beliau dijangkiti sikap 'Tamak dan Haloba' sehingga menuntut dan menceroboh semua tanah yang dipohonnya bersama Haji Mahmood Mallang dan saudara maranya sebelum ini.

Dengan ehsan Datuk Seri Najib sebagai menteri yang menjaga FELDA ketika itu, Ahmad telah mendapat dua lot tanah masing-masing seluas 15 ekar sebagai jalan penyelesaian tuntutannya.

Tetapi bak kata pepatah, Ahmad yang telah diberi betis oleh FELDA, bukan sahaja mahu 'peha'; bahkan yang berada di 'celah peha' meneruskan gertakan dan pencerobohan sehingga saya dan polis sudah lali dengan perbuatannya yang melampaui batas.

Ahmad suka mereka cipta cerita baru setiap hari; termasuk membawa ke sana ke mari kisahnya yang saya bukukan dalam buku 'Koleksi Sabah' serta keratan surat khabar yang ditulis rakan saya, Ruhaidini Abdul Kadir daripada Utusan Malaysia untuk dijadikan asas tuntutan.

Ahmad bukan sahaja sering menimbulkan provokasi dengan membawa 'bom ikan'; sebenarnya tidak boleh dikategorikan sebagai bom kerana tidak mempunyai alat peledak disebabkan tidak mempunyai detanator; melainkan pasir, beras, tepung dan garam; semata-mata untuk mengugut Polis Bantuan FELDA agar membuka pagar hadangan bagi membolehkan beliau mengeluarkan buah yang dituainya daripada ladang FELDA.

Sejak meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Eksekutif UMNO Silam pada 1997, saya hanya menemui Ahmad dua kali iaitu tiga tahun lalu di Kota Kinabalu, namun tidak sempat bercerita panjang kerana masing-masing sibuk dengan urusan.

Bagaimanapun Ahmad meminta saya membantu menulis surat kepada Sultan Sulu kerana beliau begitu yakin bahawa perjuangan beliau tidak lama lagi akan berhasil dengan bantuan saudara maranya di Sulu dan akan datang membantu beliau mendapatkan bukan sahaja 100 hektar 'Tanah Adat'; malah keseluruhan tanah FELDA.

Saya hanya tersenyum mendengar ceritanya (impian kosongnya) tetapi menyatakan tidak dapat membantu beliau menulis surat kerana saya akan terbang ke Pulau Pinang; apatah lagi saya kenal siapa dan apa kebolehan Ahmad; namun darah saya tersirap apabila beliau begitu serius ingin menjemput saudara maranya daripada Sulu jika beliau kalah dalam kes mahkamah.

Sejak daripada itu saya tidak lagi mengambil peduli kisahnya sehinggalah Pasukan Perisik Sabahkini.net memaklumkan kepada saya berhubung 'lawatan mengejut' saudara maranya daripada Sulu dan telah dikepung pihak berkuasa ketika Ahmad nazak terlantar di Hospital Lahad Datu akibat darah tinggi dan angin ahmar.

Saya hanya mampu berjenaka dengan Pasukan Perisik Sabahkini.net bahawa "Mereka datang mengambil BR1M," kerana majoriti mereka ini telah dianugerahkan IC Projek dan tidak terniat untuk membuat liputan di Kampung Tanduo kerana hati kecil saya berbisik 'Gertak Keling' Ahmad yang sebelum ini telah kecewa setelah semua jalan perundangan buntu.

Dalam keadaan Kesultanan Sulu yang sudah mengalami kehancuran sejak 1936 dan telah menjadi sebahagian daripada sejarah; maka 'Golongan Sultan Oportunis' mengambil kesempatan untuk melawat Ahmad yang sakit tenat di Hospital Lahad Datu; di samping menganyam rapi niat tersembunyi mereka untuk merampas kembali Borneo Utara daripada Kerajaan Malaysia.

Secara kebetulan Ahmad mempunyai hubungan rapat dengan 'Sultan Sulu' yang menabalkan diri sendiri tanpa melalui 'Ruma Bichara' (Majlis Raja-Raja) dan mungkin telah membuat kajian dan perancangan rapi bersama anaknya Mohd Ali.

Mengikut risikan saya, koresponden Sabahkini.net di Langunyan, memaklumkan bahawa mengikut sumber, Sultan Jamalul Kiram III telah melancarkan serangan 'Diplomatik Reverse Take Over' dengan menghantar 1,500 tenteranya ke Sabah; masing-masing 300 orang tentera Tungku, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Sandakan.

Namun tidak diketahui apakah kesemua tentera berkenaan telah mendarat melainkan dilaporkan antara 100 hingga 300 yang mendarat di Kg Tanduo, Tungku kerana masih mengkaji modus operandi dan jejak mereka masuk ke Sabah; tanpa dapat dikesan oleh pihak berkuasa; apatah lagi perbatasan Malaysia yang sentiasa bolos dan mudah dibolosi PATI.

Pasukan Perisik Sabahkini.net masih cuba mengesan kedudukan Ahmad dan anaknya Mohd Ali yang dipercayai menjadi dalang 'pencerobohan' ini kerana mengikut maklumat Hospital Lahad Datu, Ahmad sudah nazak dan dibenarkan dibawa pulang ke Kg Sungai Nyamuk, kerana dinantikan saudara maranya 'Tentera Sulu' yang terkepung oleh Pihak Berkuasa Malaysia.

Anak perempuannya juga tidak dapat dihubungi untuk mengetahui keadaan bapanya yang semakin tenat. Bagaimanapun Perisik Sabahkini.net di Tanduo mengesahkan bahawa kunjungan 'Tentera Sultan Sulu' ini atas jemputan Ahmad dan anaknya Mohd Ali.

Tambahan pula, Haji Musa yang merupakan pemimpin Nombor 2 dalam rombongan tentera berkenaan adalah besan Ahmad kerana anaknya, Mohd Ali bernikah dengan anak Haji Musa.

Manakala pemimpin Nombor 1 kumpulan tersebut, Datu Ibrahim @ Datu Kuin Jamalul Kiram pula bernikah dengan anak Ketua Cawangan UMNO Sungai Bilis 2, Hussin Oyung.

Agak mengejutkan kerana saya mendapat tahu anak Datu Ibrahim @ Amirul Kiram di Malaysia iaitu Datu Amir Datu Amirul, ialah Ahli UMNO Cawangan Sungai Bilis 2.

Oleh itu tidak hairan jika kehadiran mereka tidak dapat dikesan Pihak Berkuasa yang belum pernah menggunakan 'kecanggihan satelit' di Jabatan remote Sensing negara untuk mengesan sebarang pergerakan keluar masuk bot besar atau perahu; apatah lagi 'Pusu' yang tidak mengeluarkan sebarang bunyi kerana eksosnya dibenamkan ke dalam laut.

Dalam keadaan penuh curiga, orang awam sukar bekerjasama dengan pihak berkuasa yang disifatkan sering menyalahguna kuasa dan bertindak kasar dan menuduh pemberi maklumat sebagai penjenayah yang bersubahat.

Saya terpaksa menahan ketawa membawa segala komen dan ulasan daripada semua pihak; apatah lagi 'kependekan akal' pihak berkuasa yang menghantar satu batalion tentera berkubu di Kampung Tanduo, Kampung Sungai Nyamuk, Kampung Sungai Merah untuk mengawal dan memantau 'Tentera Sultan Sulu'; sedangkan pada hakikatnya hanyalah 'Tentera Upahan' Ahmad Malandi @ Mat Bom.

Mengikut risikan Sabahkini.net hanya 76 orang sahaja 'Tentera' yang berjaya mendarat di Tanduo termasuk enam wanita untuk mempertahankan tanah adat yang didakwa milik Ahmad di FELDA Sahabat 18 setelah Ahmad menjanjikan mereka akan mendapat tanah yang telah ditanam kelapa sawit seluas beribu ekar di Felda Sahabat 18.

Dikhuatiri Ahmad dan Mohd Ali yang membiayai pembelian senjata api berkenaan di pasaran gelap di Tawi-Tawi dan segala makan minum mereka setelah kecewa dengan keputusan mahkamah yang memenangkan FELDA dalam kes tuntutan tanah beliau.

Kelicikan Ahmad berjaya mengaburi mata pihak berkuasa yang menyangka memang benar Tentera Sulu setelah Datu Ibrahim @ Datu Kuin berjaya mempengaruhi saudaranya, Sultan Jamalul Kiram III mengakui kumpulan tersebut sebagai 'Tentera Sultan Sulu' yang mendapat suaka sementara kerana Kerajaan Filipina sudah pasti akan menangkap mereka dan dibawa ke muka pengadilan.

Setelah tidak mempunyai harapan mendapat tanah yang dijanjikan Ahmad kerana dalam keadaan fizikalnya yang nazak; maka berlaku pertengkaran dan berselisihan pendapat sehingga Haji Musa dan Majid terbunuh dalam kejadian tembak menembak sesama mereka.

Sabahkini.net mendapat tahu bahawa Datu Ibrahim @ Kuin Jamalul Kiram turut tercedera terkena peluru sesat; malah mereka berbalah dan tidak sehaluan lagi setelah perunding dengan pihak berkuasa melalui jalan buntu.

Setelah membuat pertimbangan dan siasatan rapi, saya menganggap 'Drama' Ahmad Malandi hanya merupakan gertakan dan dalam keadaan fizikalnya sekarang, Mohd Ali tidak mampu melakukan apa-apa; malah terpaksa menggadai nyawa jika rundingan tamat. Lazimnya, jika mereka boleh masuk dengan senyap, maka sudah pastinya mereka akan keluar dengan lebih senyap daripada mereka masuk; sekalipun ketika pigak berkuasa sedang berkawal!

Mungkin tiba masanya Menteri Pertahanan, Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara, Ketua APMM, Panglima Angkatan Tentera dan pihak berkuasa untuk bermuhasabah diri dan meletakkan jawatan kerana kejadian ini merupakan 'kemaluan' yang tidak dapat disorok daripada mata dunia yang melihat betapa rapuhnya sistem pertahanan Sabah; sehinggakan Ahmad Malandi @ Mat Bom boleh merancang 'Pintomen' serangan yang menyebabkan seluruh negara terpinga-pinga dan ketakutan.

Masa untuk berunding telah tamat. Bagaimanapun 76 tentera palsu Sultan Sulu yang terpedaya oleh 'Janji Terang Bulan' Ahmad Malandi ini wajar diberi peluang menyerah diri secara sukarela dan perlu diadili di mahkamah Malaysia kerana masuk secara haram dengan niat untuk menderhaka kepada yang DiPertuan Agong!

Sabahkini.net akan membongkar institusi Kesultanan Sulu dan apa relevannya lagi dengan Sabah dapat episod akan datang.

(NOTA : Sabahkini.net telah menarik keluar Pasukan Perisikan di Tungku kerana hanya membuang masa dan keringat melaporkan 'Drama' yang mahu menyebarkan dakyah Sultan Palsu dari Sulu)
Sumber: Sabahkini.net
Sabah Ubah Bah!
flickr
Read More

KAMPUNG TANDUO Lahad Datu: Pencerobohan Kedaulatan Atau Konspirasi?...Sultan Sulu minta 'Gencatan Senjata'

Jumaat, 1 Mac, 2013
TERKINI LAHAD DATU - Sultan Sulu minta 'Gencatan Senjata' - nak kebumikan anggota yang terbunuh

PETALING JAYA: The Sultanate of Sulu is seeking a ceasefire with Malaysian armed forces in Lahad Datu, saying that the group of gunmen need time to bury their dead.
“Malaysia is a Muslim nation so they should understand that we need to bury our dead,” said Abraham Idjirani, secretary-general of the purported sultanate and spokesman for self-proclaimed Sulu Ruler Sultan Jamalul Kiram III.
“I hope Malaysia will reconsider its position,” he said in a telephone interview from Manila on Friday.
Idjirani claimed that numbers in the original group of 235 people had reduced after 10 were shot dead by armed forces.
Of the 10 dead, one was a woman. Four were wounded.
The group, holed up in the seaside village of Tanduo, is led by Jamalul's brother, Raja Muda Azzimudie Kiram.
Idjirani said Azzimudie intended to hold on to his position as their purpose for storming Tanduo - to live in peace and have the Malaysian government recognise their ownership of the state - remained the same.
He also claimed that the Malaysian forces had attempted to dig their way in to the area at around 6am Thursday but soon withdrew.
The shooting began at 10.30am.
It was reported in the Phillipines' media that 10 of the group, who dubbed themselves the Royal Army of Sulu, had been arrested.
Source: Mimpi Senja.
Pencerobohan: PAS desak Najib panggil sidang tergempar


Harakahdaily,
KUALA LUMPUR: PAS mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memanggil sidang tergempar parlimen bagi membincangkan isu pencerobohan di Sabah yang didakwa kini telah menumpahkan darah.

Naib Presiden PAS Salahudin Ayub berkata, Najib perlu bertindak segera ekoran perkembangan terbaru menunjukkan keadaan keselamatan negara dalam bahaya.

"Saya mendesak perdana menteri memanggil sidang tergempar parlimen berhubung isu keselamatan negara yang kini sangat serius.

"Kita desak beliau menjelaskan kepada parlimen, apa yang sebenarnya berlaku dan bagaimana perairan negara boleh diceroboh," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata demikian, berikutan laporan terbaru bahawa dua komando polis terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, Lahad Datu yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata  dari selatan Filipina hari ini.

Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.

Sementara itu, Seorang jurucakap kesultanan Sulu mendakwa 10 orang terbunuh dan empat lagi cedera dalam pertempuran antara pasukan keselamatan Malaysia dan penceroboh kesultanan Sulu di Lahad Datu pagi ini.

Bagaimanapun tiada sebarang pengesahan dari pihak polis berhubung perkara itu.

Mengulas lanjut Salahudin berkata, rakyat kini menunggu dengan penuh persoalan apa yang sebenarnya berlaku.

Katanya terdapat bayak versi cerita yang akhirnya mewujudkan kekeliruan dan meletakkan rakyat dalam ketakutan.

"Rakyat Malaysia perlu tahu apa sebenarnya yang berlaku," katanya.
Insiden tembakan di Lahad Datu konspirasi terancang Umno – Tian Chua
Serangan tembak menembak di Lahad Datu dipercayai konspirasi terancang kerajaan Umno untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat, kata Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua.

Ahli Parlimen Batu itu berkata, insiden berkenaan menimbulkan banyak persoalan dan keraguan di sebalik wayang mainan kerajaan Umno.

“Kita rasa pelik kenapa media Malaysia tidak melaporkan kejadian itu? Semua sumber laporan oleh media asing.

“Dari mana mereka dapat info sedangkan tidak ada wakil media yang dibenarkan membuat liputan? Malah berita yang dilapor itu setakat ini belum diketahui kesahihannya,” kata Tian kepada Keadilan Daily.

Menurut laporan media Filipina hari ini, berlaku kejadian tembak menembak antara penceroboh dari Kesultanan Sulu dengan pasukan keselamatan Malaysia di Lahad Datu sehingga menyebabkan kematian.

Seorang jurucakap kesultanan Sulu mendakwa seperti dilapor ABS-CBNnews, 10 orang terbunuh dan empat yang lain cedera dalam pertempuran antara pasukan keselamatan Malaysia dan penceroboh kesultanan Sulu di Lahad Datu pagi ini.

Menurut akhbar The Philippine Star, pihak berkuasa Malaysia yang memulakan serangan ke atas kubu penceroboh pagi ini.

Mengulas lanjut, Tian menyifatkan pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah.

“Ada konspirasi oleh kerajaan Umno untuk mengalih pandangan rakyat Sabah, terutama dalam isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing,” katanya.

Keselamatan rakyat tanggungjawab kerajaan

Sementara itu, Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Dr Roland Chia berkata, insiden Lahad Datu bukti BN gagal memastikan keselamatan rakyat Sabah.

“Tidak sepatutnya berlaku kejadian seperti ini setelah 50 tahun BN memerintah Sabah.

Jelas kerajaan abai keselamatan rakyat. Sedangkan itu adalah tanggungjawab kerajaan.

“Ini menyebabkan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Umno semakin runtuh,” kata Roland, sambil menyatakan KEADILAN Sabah mendoakan kesejahteraan perajurit yang berkawal dan mempertahankan perairan tersebut.

Pencerobohan di Lahad Datu bermula sejak 12 Februari lalu dengan lebih 100 anggota kumpulan militan berpakian ala tentera dan bersenjata api dari Selatan Filipina itu mendarat di persisiran pantai daerah itu menaiki bot pancung.

Pada 14 Februari, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan kumpulan penceroboh di Lahad Datu adalah daripada keturunan Sultan Sulu dari Selatan Filipina.

Menurut Ismail, menerusi rundingan dengan polis, kumpulan terbabit meminta dua tuntutan iaitu mereka diiktiraf sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan rakyat Sabah berketurunan Sulu tidak dihantar pulang ke negara asal. -KD
Pencerobohan Lahad Datu hanya sandiwara – bekas Laksamana TLDM
Bekas Ketua Staf Logistik Markas Armada TLDM, Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid tidak menolak kemungkinan pencerobohan 100 lelaki bersenjata di Lahad Datu, Sabah sebagai sandiwara.

“Ini kes yang dirancang. Saya tak percaya TLDM tak efisien. Kita ada bot laju, CB90 (combat boat) Saya tak fikir mereka (penceroboh bersenjata) boleh terlepas.

“Ini semua untuk manfaat politik. Sama macam Al-Maunah. Tak masuk akal satu Land Rover boleh bawa ratusan rifle, orang tak perasan dan masuk (kem) buka armory.

“Fikir punya fikir, macam sandiwara,” katanya kepada Keadilan Daily.

Imran berkata, perairan negara dikawal empat agensi penguatkuasa iaitu Polis Marin, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM), Kastan Diraja Malaysia dan TLDM.

“Kita ada ‘Operasi Pasir Laut’ antara tentera dan polis. Tak malukah tentera sudah jaga, orang lain boleh masuk?” katanya.

Ops Pasir Laut ialah operasi keselamatan perairan dan kepulauan pantai utara dan timur Sabah oleh Markas Angkatan Bersama (MAB) Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Ops Pasir Laut dikawal selia Pusat Kawalan dan Sistem Pengawasan (JRCC) dengan kelengkapan pesawat tanpa juruterbang (UAV), bot tempur kapal peronda ATB dan helikopter Nuri.

Antara peralatan canggih ditempatkan sepanjang ‘laluan panas’ ialah 12 radar dengan kemampuan mengesan pergerakan kapal mahupun bot kecil pada jarak 100 kilometer.

Kawasan seliaan MAB meliputi 22 pulau dan 11 pesisiran pantai sepanjang 1,577 kilometer dari Tawau hingga Kudat.

Pandangan itu turut dipersetujui bekas Timbalan Panglima Angkatan Tentera Darat, Lt Jen (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid.

“Ikut senario, ia mungkin satu perancangan. Ada kemungkinan ia direka-reka. Walaupun tak boleh buat spekulasi, saya boleh beri jawapan jika ada di sana,” katanya.

Lebih 100 lelaki dari selatan Filipina berpakaian ala tentera dan bersenjata api menceroboh ke Lahad Datu, Sabah pada 12 Februari lalu.

Polis pada 17 Februari membuat kenyataan untuk mengusir pulang ke negara asal penceroboh yang dikepung di Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Pada 23 Februari, Wisma Putra bersetuju dengan permohonan kerajaan Filipina yang meminta tangguhan proses masa pengusiran kumpulan penceroboh berkenaan. -KD
Read More

KESELAMATAN BORNEO UTARA: LAHAD DATU,Dua Komando Polis Malaysia Maut!

Jumaat, 1 Mac 2013



Terkini: Pencerobohan di Lahad Datu tamat


Jurucakap Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina, Raul Hernandez dilaporkan berkata pencerobohan pengikut sultan Sulu di Sabah telah tamat.
ABS-CBNnews memetik Hernandez berkata bahawa pihak berkuasa Malaysia, khususnya pasukan polis, sedang memburu kumpulan tersebut. 
azlan
Menurutnya, dua anggota polis Malaysia terbunuh dan seorang lagi cedera selepas kenderaan mereka ditembak oleh kumpulan tersebut.
ABS-CBNnews memetik Hernandez sebagai berkata duta telah memaklumkan bahawa pencerobohan itu telah tamat.
Hernandez berkata, jabatan halehwal luar (DFA) sedang mengesahkan laporan dari pengikut Sultan Jamalul Kiram bahawa 10 pengikut Azzimudie terbunuh dan empat yang lain cedera.

"Apa yang kita tahu dari duta Malaysia ialah 10 pengikut Azzimudie menyerah diri dan pemilik rumah tempat Azzimudie tinggal telah 
terbunuh. Di pihak berkuasa Malaysia, dua orang terbunuh dan seorang cedera selepas kenderaan polis Malaysia ditembak oleh kumpulan tersebut," demikian menurt kenyataan Hernandez.
Laporan itu juga menyebut bahawa dua pengikut Azzimudie telah melarikan diri ke arah laut, menurut Duta Malaysia.

NONE
Manila juga telah meminta kebenaran untuk membolehkan kapal Tentera Laut Filipina, AT-296 BRP Tagbanua, ke Lahad Datu untuk 
membolehkan kakitangan perubatan Filipina merawat mereka yang cedera dan membawa pulang baki anggota kumpulan itu ke kampung dan keluarga masing-masing.

Sementara itu, akhbar The Star melaporkan polis di Lahad Datu berkata mereka tidak menerima sebarang arahan untuk menguatkuasakan perintah darurat.
Ketua Polis Daerah Semporna Timbalan Supt Firdaus Francis Abdullah berkata mereka semua bersiap sedia, bersama-sama dengan pasukan keselamatan lain.
"Kami masih belum menerima apa-apa perintah darurat dari pihak berkuasa atasan," kata Firdaus, sambil menambah bahawa langkah berjaga-jaga adalah perlu dan rakyat perlu bertenang.

"Ramai yang bimbang masalah itu akan merebak ke Semporna, tetapi sebenarnya tidak perlu bimbang di sini sebagai lelaki bersenjata Sulu telah dikepung di Lahad Datu," katanya.
Pihak polis juga menasihatkan orang ramai untuk tinggal di dalam rumah dan jangan mendengar khabar angin./Mkini.




2 Anggota Polis Terkorban Di Lahad Datu, Bukti Najib Perlekeh Keselamatan Negara
Posted by Addin Deen at 3/01/2013

Dato' Seri Anwar Ibrahim Mengucapkan Takziah
Saya ucapkan takziah kepada keluarga dua anggota keselamatan negara, Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin dari Unit 69 Komando yang terkorban dalam insiden bersenjata di Lahad Datu, Sabah hari ini.Kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Razak dan menteri yang bertanggungjawab menjaga urusan keselamatan dan pertahanan negara sewajarnya tampil menjelaskan kepada rakyat tentang peristiwa berdarah ini.

Mengapa sebegitu mudah sempadan negara dibolosi oleh sekumpulan warga asing bersenjata dan mengapakah kerajaan begitu berkompromi dalam menyelesaikan isu ini?
Isu keselamatan negara tak sewajarnya dipandang remeh dan diambil mudah oleh pihak kerajaan. Rakyat perlu diberikan maklumat mengenai apa yang berlaku.
Dato Seri Anwar Ibrahim
Ketua Umum KEADILAN
PATI di LAHAT DATU!
WALAUPUN setiap pemimpin Islam melafazkan doa Iftitah, “….Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya pada Allah, Tuhan seru sekelian alam….” setiap kali menunaikan solat, namun hakikatnya mereka mendustai Allah Azzawajalla dengan mengabaikan kebajikan Umat Islam yang mereka pimpin. Kesemua empat Wakil Rakyat di Parlimen Silam beragama Islam, tetapi mereka cuai membela agama Allah di bumi Anbia ini sehingga Rumah Tuhan umpama kandang haiwan atau rumah PPRT. Bilakah mereka akan sedar dan ‘bertaubat’? Saksikan Klip Video Betapa GERSANGNYA IMAN Pemimpin UMNO di Silam./sabahkini.net
"SURAU TUHAN UMNO" | LDP Tampil hulur derma... Mana pemimpin UMNO ??
PARTI Liberal Demokratik (LDP) yang sebelum ini dilabelkan sebagai ‘duri dalam daging’ Barisan Nasional ekoran kelibat pemimpin parti berkenaan berseteru dengan pemimpin BN Sabah, kini membuktikan mereka ikhlas bersama BN kerana pihak yang pertama tampil menghulurkan derma kepada Tabung Madrasah Al-Gayah Nur Salam di Kampung Lamak Bukit, Silam, 20 kilometer dari Lahad Datu.

Timbalan Ketua Bahagian LDP Silam, Chong Su Vun, yang melawat tapak Madrasah berkenaan setelah membaca Sabahkini.net kelmarin, tampil menghulurkan derma ikhlas bagi meringankan beban penduduk kampung membangunkan madrasah berkenaan.

“Kita tidak berniat untuk menghina atau mencampuri hal ehwal agama Islam tetapi demi menunaikan tugas kita sebagai manusia, sedih kenapa perkara sebegini boleh berlaku di negeri kita, apatah lagi ramai ahli LDP beragama Islam meminta kita membantu sedaya yang termampu,” kata Chong selepas menyampai derma peribadi dan derma LDP yang disampaikan melalui Imam Rawatib bertauliah, Haji Jimlok Zakaria.

Bagaimanapun Chong agak kesal kerana majlis berkenaan cuba dihalang oleh Haji Wahab Nonong (PATI yang didakwa menghalau Imam dan merampas Surau) yang mempertikaikan tujuan Chong datang mencampuri urusan pertikaian tanah antara beliau dengan pihak yang menaja pembinaan madrasah baru, Nina Bte Gayah.

“Kita jelaskan kepada Haji Wahab, LDP tidak ingin mencampuri urusan pertikaian tanah adat berkenaan, tetapi kita hanya mahu hulurkan derma kepada jawatankuasa madrasah kerana ahli beragama Islam LDP malu melihat agama mereka dipersenda oleh pemimpin yang tidak mahu bantu rakan seagama mereka; sampai terpaksa sembahyang di surau daif ini,” kata Chong yang juga Ahli Majlis Daerah Lahad Datu.

Dalam hubungan ini, Chong menggesa agar Haji Wahab tidak mencampur adukkan kepentingan diri dengan kepentingan agama disebabkan isu agama amat sensitif dan boleh menimbulkan huru hara jika tidak ditangani dengan baik.

“Bagi pihak LDP, niat kita ikhlas kerana kita bukan sahaja bantu penganut agama Islam, malah penganut agama lain juga kita bantu dan saya harap jangan politikkan bantuan ikhlas kami,” ujar Chong lagi yang menyeru semua pihak agar tampil menderma bagi membolehkan penduduk Lamak Bukit menyiapkan rumah ibadah mereka.
-MUHAMMAD HAIKAL HALIM
sabahkini.net.




PRESIDEN PAS AKAN LAWAT SURAU TUHAN UMNO!






MEMBACA pendedahan Sabahkini.net berhubung isu rampasan surau Kg. Lamak Bukit, Silam yang bertajuk ‘Pati Halau Imam, Rampas Surau?’ serta mengamati Klip Video ‘Tuhan UMNO Hanya Dapat Surau PPRT!’; membuatkan kita terpanggil untuk turut sama merasai episod malang yang menimpa jemaah di surau tersebut.

PAS Negeri Sabah menyeru pemimpin UMNO tempatan yang pernah mempelopori apa yang mereka sifatkan sebagai Islam 'moderate' yang mereka jenamakan sebagai Islam Hadhari, bertindak segera bagi memperbaiki kepincangan agar Islam tidak terus tercemar!

Sekiranya pemimpin UMNO kelahiran Islam Hadhari yang kini berkonsepkan 1Malaysia gagal untuk menangani episod yang mengaibkan Islam ini, maka PAS Negeri Sabah akan meminta PAS Kawasan Silam melawat surau ini dan seterusnya berusaha menjernihkan situasi yang boleh membawa kepada wujudnya perpaduan di kalangan sesama umat Islam di sana.

Insyaallah dalam lawatan kerja Presiden PAS ke Sabah pada bulan Oktober ini, PAS Negeri Sabah akan menganjurkan pertemuan dengan masyarakat Islam Kampung Lamak Bukit.

Juga termasuk dalam jadual lawatan kerja Presiden PAS ke Sabah ialah melawat peneroka di kawasan Kg. Koyah 'A' dan Koyah Bersatu yang terus menerus ditindas dan dizalimi.
Salam Hormat,
HJ. HAMZAH HJ. ABDULLAH
-sabahkini.net
Rakyat Sabah Ubah Sekarang!
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena