Showing posts with label Peneroka. Show all posts
Showing posts with label Peneroka. Show all posts

Wednesday, 4 October 2017

[Video Bank Negara DENDA 1MDB RM115.8 Juta Buktikan Jenayah Najib Jho Low Umno] Gula-gula NAJIB: Akan MASAM lepas PRU14.

Khamis, 5 Oktober 2017

Image result for Foto Himpunan 14 Oktober

Foto Rafizi Ramli.

GULA-GULA KEPADA PENEROKA MULA MANIS KEMUDIAN MASAM: FELDA AMBIL PEMBIAYAAN JANGKA PENDEK RM1.1 BILION PADA KADAR FAEDAH TINGGI DALAM 2015

Saya merujuk kepada laporan Sinar Harian pada 3 Oktober 2017 (semalam) mengenai keluhan Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Samad yang mengecam pendirian Pakatan Harapan bahawa insentif-insentif yang diumumkan Dato’ Seri Najib Tun Razak kepada peneroka beberapa bulan lalu adalah “gula-gula” pilihanraya bagi tujuan membeli undi peneroka.

Saya senaraikan insentif-insentif yang diumumkan Dato’ Seri Najib kepada peneroka-peneroka Felda pada 23 Julai 2017 yang lalu dan peruntukan yang diperlukan untuk membayarnya:

i. Insentif khas untuk kebajikan warga Felda sebanyak RM5,000 kepada 94,956 keluarga peneroka yang layak penuh dengan jumlah peruntukan RM474.78 juta

ii. Pelupusan pinjaman saham FGV yang melibatkan 77,934 peneroka yang sedang membayar pinjaman dan pampasan RM1,820 kepada setiap dari 1,626 peneroka yang telah membayar habis pinjaman, melibatkan peruntukan sebanyak RM128.10 juta

iii. Insentif pelupusan hutang tanam semula berjumlah RM5,000 bagi setiap peneroka yang memilih untuk tanam semula melalui Felda melibatkan peruntukan keseluruhan RM519 juta

iv. Insentif geran khas tanam semula peneroka yang diluluskan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) kepada Felda dengan kadar RM7,500 per hektar bagi program tanam semula Felda bermula tahun ini hingga 2020 melibatkan keluasan 24,280.31 hektar dengan peruntukan RM166.6 juta untuk empat tahun tersebut


Berdasarkan pengumuman Dato’ Seri Najib, jumlah peruntukan yang diperlukan untuk menunaikan janji “gula-gula” ini adalah RM1,288.48 juta. Daripada jumlah tersebut, hanya insentif geran khas tanam semula yang dananya datang dari luar iaitu dari MPOB. Maka, Felda memerlukan RM1,121.8 juta untuk menunaikan janji (i) hingga (iii).

Saya telah berulang kali menyatakan bahawa Felda tidak mempunyai kemampuan kewangan untuk membayar insentif-insentif ini. Saya telah menunjukkan segala analisa berdasarkan penyata kewangan kumpulan Felda yang diaudit bagi tahun-tahun 2012 hingga 2014 yang membuktikan kedudukan tunai dan prestasi kewangan Felda yang meruncing akibat dibebani dengan hutang yang tinggi.

Saya juga telah mengunjurkan bahawa hutang kumpulan Felda boleh mencecah RM12.6 bilion menjelang akhir tahun 2017 ini yang boleh meletakkan Felda sebuah entiti yang muflis, jika tidak kerana jaminan dan sokongan kewangan dari kerajaan untuk menanggung liabilitinya.

Sehingga kini tidak ada saman atau apa-apa tindakan yang diambil ke atas pelbagai analisa kewangan yang telah saya kongsikan dengan rakyat. Bukan saja tiada tindakan undang-undang, malah tiada pun penafian dari Dato’ Seri Najib atau Tan Sri Shahrir sendiri mengenai pendedahan yang memalukan Felda ini.

Sebab itu saya ingin perbetulkan kenyataan Tan Sri Shahrir semalam yang memberi alasan insentif-insentif ini bukanlah “gula-gula” kerana ia akan melibatkan perubahan berpanjangan di Felda. Tan Sri Shahrir memberi gambaran insentif-insentif ini adalah hasil dari penstrukturan semula pengurusan dan perniagaan Felda yang akan membolehkan Felda lebih maju.

Malangnya hujah Tan Sri Shahrir itu tidak dapat disokong mana-mana fakta kewangan berdasarkan analisa ke atas kedudukan aliran tunai (“cashflow”) kumpulan Felda setakat 31 Disember 2015.

Saya sertakan mukasurat 189 dari laporan kewangan kumpulan Felda yang diaudit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015 dengan tumpuan khusus kepada jumlah pinjaman jangka pendek (perlu dibayar dalam tempoh kurang setahun) dan jumlah pinjaman jangka panjang (perlu dibayar dalam tempoh lebih setahun), seperti berikut:

Setakat 31 Disember 2015, pinjaman jangka pendek kumpulan Felda telah meningkat dari RM1,702 juta (2014) kepada RM2,306 juta (2015).

Perincian kepada pinjaman-pinjaman yang menyumbang kepada peningkatan pinjaman jangka pendek dan jangka panjang ditunjukkan di dalam Nota 39 yang saya sertakan di bawah:


Oleh yang demikian, adalah jelas bahawa peningkatan pinjaman kumpulan Felda bagi jangka pendek (dari RM1,702 juta [2014] kepada RM2,306 juta [2015]) dan jangka panjang (dari RM7,769 juta [2014] kepada RM8,383 [2015]) adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh 3 bentuk pinjaman jangka pendek berikut:

i. Pinjaman Penyambung 2 (“bridging loan”) berjumlah RM341.6 juta. Nota 39 seterusnya menerangkan dengan lebih lanjut bahawa kadar keuntungan siling (atau kadar faedah) ialah kadar asas pembiayaan (BFR) + 4% setahun atau 10% setahun, yang mana lebih tinggi.

Ini bermakna, dalam tahun 2015 pada kadar asas pembiayaan bank-bank Malaysia yang secara puratanya sekitar 3%, kumpulan Felda telah membayar faedah 10% ke atas pinjaman RM341.6 juta ini.

Kadar 10% setahun adalah sama seperti Felda membiayai operasinya dengan membayar melalui kad kredit kerana kadar 10% adalah dalam lingkungan kadar faedah kad kredit yang dicaj kepada pengguna.

ii. Kredit Pusingan 5 (“revolving credit 5”) sebanyak RM100.6 juta yang perlu dibayar dalam tempoh setahun dan bakinya RM49.4 juta yang perlu dibayar lebih dari tempoh setahun. Maka, jumlah Kredit Pusingan 5 yang digunakan oleh kumpulan Felda dalam 2015 adalah RM150 juta.
Pada kadar faedah kos dana + 1.2% setahun yang dikenakan ke atas Kredit Pusingan 5, ia adalah dalam lingkungan caj faedah yang dikenakan ke atas overdraf iaitu BLR+1.25% setahun.

iii. Satu pembiayaan berasaskan saham yang dipanggil “Call Against Call Option” bernilai RM600 juta yang ditunjukkan sebagai pinjaman jangka panjang. Nota 39 seterusnya menerangkan bahawa COCA ini adalah satu bentuk pinjaman yang melibatkan kumpulan Felda mencagarkan sebahagian dari saham siar harga (“quoted shares”) miliknya kepada Maybank untuk mendapatkan RM600 juta itu.


Kos faedah yang perlu dibayar kepada Maybank adalah kos dana (bagi tiga bulan) + 0.43% iaitu sekitar kos dana tahunan + 1.7% setahun. Kadar faedah ini juga adalah setanding dengan kadar faedah bagi kemudahan overdraf seperti yang ditunjukkan di atas.

Pembiayaan ini perlu dibayar balik dalam tempoh 3 tahun, sebab itu ia ditunjukkan sebagai pinjaman jangka panjang.

Ini bermakna menjelang 31 Disember 2015, kumpulan Felda sudah pun terpaksa bergantung kepada pembiayaan overdraf (dan pembiayaan jangka pendek yang serupa seperti diterangkan di atas) sehingga mencecah RM1,091.6 juta (iaitu jumlah ketiga-tiga pinjaman yang diterangkan di atas) dalam masa setahun.

Mana-mana pakar kewangan dari mana-mana tahu bahawa sebuah syarikat yang menggunakan sehingga RM1,091.6 juta pembiayaan berbentuk overdraf dan instrumen yang serupa dengannya yang mengenakan caj faedah yang cukup tinggi adalah sebuah syarikat yang mempunyai masalah kewangan yang meruncing.

Malah, melihatkan kepada maklumat umum mengenai pegangan saham harga siar harga oleh Felda, saya berpendapat hanya saham-saham Maybank yang dimiliki oleh Felda yang nilainya melebihi RM600 juta dan laku untuk dicagarkan untuk mendapatkan pinjaman CACO itu.

Berdasarkan laporan The Star pada 17 Januari 2017, (rujuk http://www.thestar.com.my/business/business-news/2017/01/17/felda-seeks-to-raise-cash-via-maybank-share-sale/) setakat 31 Disember 2015 nilai saham-saham Maybank yang dipegang oleh Felda adalah sekitar RM1.5 bilion.

Selain Maybank, FGV dan Iris Berhad, tidak ada maklumat dari penyata kewangannya yang audit yang menunjukkan Felda ada pegangan saham syarikat awam yang lain yang besar. Oleh kerana kedua-dua nilai saham FGV dan Iris Berhad adalah tidak sebaik nilai saham Maybank, saya berpendapat hanya saham-saham Maybank yang ada nilai untuk dicagarkan bagi tujuan pinjaman CACO sebanyak RM600 juta itu.

Seperti yang kita sedia maklum, Felda dalam bulan Januari lepas telah menjual saham-saham Maybank yang dimilikinya yang dilaporkan berjumlah RM280 juta.

Dengan pendedahan bahawa saham-saham siar harga Felda telah dicagarkan untuk mendapatkan pinjaman jangka pendek berjumlah RM600 juta dalam tahun 2015 dan hanya saham Maybank yang mempunyai nilai yang diterima untuk dicagarkan bagi jumlah itu, saya ingin bertanya kepada Tan Sri Shahrir:

i. Adakah saham-saham Maybank yang telah dicagarkan untuk pembiayaan RM600 juta itu?

ii. Adakah saham-saham Maybank yang dijual dalam bulan Januari 2017 yang berjumlah RM280 juta ada kena mengena dengan pembiayaan jangka pendek CACO yang dilaporkan ini?


Hakikat bahawa Felda terpaksa berhutang menggunakan pinjaman jangka pendek untuk meneruskan operasinya seawal 2015 tidak ubah seperti seorang yang bergantung kepada kad kredit untuk menampung perbelanjaan seharian.

Jika sejak 2015 lagi Felda sudah tiada wang sehingga terpaksa menggadaikan saham dan menggunakan pinjaman ala overdraf, sudah tentu Felda tidak ada kemampuan kewangan untuk membayar RM1.12 bilion yang diperlukan untuk menunaikan janji “gula-gula” yang diumumkan Dato’ Seri Najib dalam bulan Julai lalu.

Sebab itu saya menasihati peneroka-peneroka supaya menerima kenyataan bahawa “gula-gula” ini hanya manis beberapa bulan sahaja. Jika Dato’ Seri Najib kekal Perdana Menteri selepas PRU14, segala masalah kewangan Felda akan dibebankan kepada peneroka-peneroka dan barulah “gula-gula” tadi bertukar menjadi pahit, masam dan payau.

Saya menasihati juga Tan Sri Shahrir supaya tidak banyak bermadah dan berpolitik dalam menangkis pendedahan saya. Beliau hanya perlu menjawab hujah-hujah kewangan yang disertakan faktanya seperti yang saya kemukakan pada hari ini.


RAFIZI RAMLI
AHLI PARLIMEN PANDAN
NAIB PRESIDEN KEADILAN


Read More

Saturday, 4 February 2017

[Video] PENEROKA Oo hah, Oo hah! Ahli Umno Kuli Batak? Nah, nah, nah, NAH! Orang kaya rampas TANAH? Jangan sampai saya jadi komunis! Mah Meri juga bimbang kena keluar dari Pulau Carey

Ahad, 5 Februari 2017
\

Projek pelabuhan menghantui kaum Mah Meri di Pulau Carey


Mah Meri - satu daripada 18 kaum pribumi di Semenanjung Malaysia - yang sebahagian besarnya telah dapat mengekalkan cara hidup mereka walaupun Lembah Klang telah pesat berkembang.
Mereka yang terkenal dengan kepakaran ukiran kayu yang indah, telah menjadi sinonim dengan Pulau Carey.
Mereka telah mendiaminya sejak zaman awal Kesultanan Selangor, dan kekal di sana walaupun selepas ia dibeli oleh seorang lelaki British dan menukarnya menjadi sebuah ladang, yang kemudiannya berada di bawah hak milik Sime Darby Bhd.
Tetapi semua itu mungkin akan berubah tidak lama lagi, kerana Pulau Carey telah dikenal pasti sebagai tapak pembinaan pelabuhan bernilai RM200 bilion.
Digambarkan sebagai sebuah bandar industri pelabuhan, projek itu dijangka meliputi kawasan seluas 100 kilometer persegi - iaitu dua kali ganda keluasan Putrajaya.
Bagaimanapun, kaum Mah Meri tidak tahu menahu mengenai projek itu, selain daripada apa yang telah dilaporkan dalam media.
Ketika mereka merayakan Hari Moyang yang dirayakan setiap tahun dan yang telah menjadi tarikan pelancong, nasib tanah nenek moyang mereka, dan juga sama ada akan ada lagi Hari Moyang di masa depan, menghantui fikiran mereka.
Tak pasti masa depan mereka
"Ramai daripada kami telah mendengar ceramah mengenai pembangunan. Kami dengar pelabuhan akan dibina di sini dan kami semua akan terpaksa berpindah.
"Budaya kami juga terpaksa akan berubah jika kami kena pindah," kata seorang pembuat kraftangan dengan nama Masmay.
Malaysiakini berada di Pulau Carey untuk menyaksikan Hari Moyang, perayaan roh nenek moyang kaum Mah Meri yang mereka percaya melindungi tanah mereka.
Kampung Sungai Judah meraikan hari lahir salah satu roh penjaga, yang jatuh pada hari kelima Tahun Baru Cina (1 Februari).
Ia adalah salah sebuah daripada lima buah kampung Mah Meri di Pulau Carey dan berhampiran Sungai Pelek.
Majlis tersebut telah diadakan di pantai tertentu di Pulau Carey sejak banyak generasi, dan menurut Daiman Pron, salah seorang daripada orang tua kampung Pulau Carey, projek bandar pelabuhan merangkumi tapak tempat perayaan mereka.
 "Saya adalah generasi kelima Tok Batin (ketua kampung) dan saya berumur 57 tahun. Majlis ini telah diadakan di pantai ini sejak sekurang-kurangnya lima generasi," kata Daiman.
Katanya, beliau hanya mengetahui tentang rancangan untuk membina sebuah pelabuhan di Pulau Carey selepas membacanya di akhbar.
"Saya difahamkan bahawa pantai ini tidak dianggap sebagai rizab Orang Asli, tetapi setakat yang saya tahu, hanya kami yang menyambut Puja Pantai dalam Malaysia," kata Daiman.
Pengarah Perkampungan Budaya Mah Meri, Rashid Esa berkata kerajaan Selangor sedang menentukan kawasan-kawasan mana di Pulau Carey yang dianggap tempat suci dan mempunyai nilai kepada kaum Mah Meri.
Sementara itu, penyelaras Pusat Keprihatinan Orang Asli (COAC) percaya bahawa kaum Mah Meri akan sama ada dipindahkan atau ditempatkan semula di kawasan yang lebih jauh dari tanah pusaka mereka dan mungkin di kawasan yang lebih kecil.
Menurut Muzium Pribumi pula, terdapat 1,149 orang Mah Meri di Pulau Carey pada tahun 2007 dan sejak itu, jumlah mereka semakin meningkat.
Daiman berkata di kampungnya sahaja, terdapat 473 penduduk.
Kebanyakan orang Mah Meri tidak tahu banyak tentang kehidupan di luar pulau mereka dan bergantung sepenuhnya kepada sumber semula jadi.
Masmay bergantung kepada pertanian semula jadi di pulau itu untuk menghasilkan kraftangan, dan suaminya juga mempunyai ladang di pulau itu.
Dia bimbang tentang masa depan mereka jika mereka terpaksa berpindah jauh dari segala yang mereka ada sekarang.
Malaysiakini.

Tahniah Najib, Edra Kini Dijual Kepada China Komunis - Lapan Aset Penting Menjadi Milik Warga Asing.

Sekarang ianya dimiliki oleh sebuah firma dari China. Puak2 UMNO kutuk cina komunis kemain lagi. Sekali 1MDB pujaan korang jual aset penting kepada firma asing dari China yang terang2 pro komunis pula tu. Cerdikkkkkk...

TNB nak mendapatkan hak ke atas Edra tetapi kononnya ada yang bercakap tak wajar jual Edra ke TNB jika TNB tawarkan nilai kurang daripada pembida lain. Hak ala.

1MDB beli tanah-tanah kerajaan pada harga murah, takpe pula?
TNB GLC milik kerajaan.
Daripada jatuh ke tangan firma asing ataupun swasta kan lebih baik berpindah ke atas GLC at least kerajaan ada kawalan ke atasnya?

100% pula tu. Pegangan firma asing tersebut berjaya dapatkan hak 100% pegangan. Tahniah. 5 aset dalam negara lebur dan 8 lagi di luar negara.
PELABURAN CERDIK 1MDB sangat DIBANGGAKAN GENERASI KITA ZAMAN BERZAMAN. INSYA-ALLAH NAMA NAJIB KITA INGAT SAMPAI MATI.

Read More

Thursday, 14 February 2013

Politik Berparang-parang.... Ngerinya..!: PERANGAI BURUK ORANG TUA TERLAMPAU & TAK BERTAMADUN....Chini Timur!


Jumaat, 15 Februari 2013


Kajian Luar Mahasiswa Universiti
Bukan Nak Berceramah....


Chini Timur
NGERINYA...Saya ada parang....



Ubah...Sekarang!

Mahasiswa Bangkit!

Read More

Thursday, 7 February 2013

UMNO PENING: Ambik Kau....Peneroka Cerdik akan sokong PAKATAN RAKYAT


Thursday, February 7, 2013
UMNO PENING!!! UMNO halang Mazlan Aliman tapi gagal halang 40 peneroka ahli UMNO sertai PKR

Borang keahlian diserah kepada Abas (baju petak).

BERA 8 Feb: 40 peneroka Felda termasuk Ketua Cawangan dan Ketua Pemuda Umno Triang 1, Bera keluar parti ekoran tidak puas hati dengan penyenaraian Felda Global Ventures Berhad (FGVH).
Kecewa dengan penipuan Felda, kumpulan itu menganggotai KEADILAN dalam majlis penubuhan Ranting Felda Triang 1, dekat sini, malam tadi sempena kemasukan mereka.
Borang keahlian diserahkan kepada Ketua Cabang Bera, Abas Awang.
Hadir sama, Timbalan Ketua Cabang, Bob Manolan.
Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal KEADILAN, Suhaimi Said berkata, peneroka terbabit yang juga ahli Umno kecewa ditipu janji manis Felda berhubung FGVH.
“Banyak perkara peneroka tak setuju, antaranya FGVH. Sebelum ini Felda menjanjikan kekayaaan dan kesenangan kepada peneroka tetapi apa yang mereka dapat hanya bebanan hutang,” katanya ketika dihubungi.




AHAD, DISEMBER 02, 2012
Bekas Pengarah Eksekutif Felda Plantation sertai PAS




Hj Mohd Said Jonit, 59 tahun, bekas Pengarah Eksekutif Felda Plantation Sdn Bhd. Lulusan Universiti Pertanian Malaysia. Orang Kluang Johor.

Berkhidmat dengan F
elda selama 38 tahun dan mempunyai kepakaran dalam dunia perladangan. Mendapat kepercayaan sejak zaman Tan Sri Raja Alias hingga ke hari ini. Sangat rapat dengan beberapa Pengarah Besar Felda kerana pengalaman luas dalam pengendalian ladang khususnya Tanam Semula.

Dalam politik, pernah menjadi Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Tenggara dan Setiausaha Pemuda Umno Bahagian Kluang di pertengahan tahun 1990 an.



Harga Saham FGVH Turun & Turun Lagi, Memasuki Zon Kerugian




Keringat Kami di PERAHHHH...
Hancus Felda....

Gambar Sepasukan Anggota Polis Pukul Peneroka Felda
Posted by Addin Deen at 3/29/2012


Salah seorang teman meminta untuk aku siarkan kejadian memukul peneroka yang menuntut semula tanah yang dirampas oleh FELDA. Kemungkinan juga kejadian ini berlaku disebabkan dari kehadiran wakil ANAK yang mendengar rintihan mereka baru-baru ini. Berikut gambar kejadian dimana polis menjalankan arahan BOS mereka.



Takbir!   Allahuakbar




Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena